Isnin Oct 27
5 Jamadilawal 1447 (5-5-1447)

Kuala Dungun hadapan Cafe He&She ITM Dungun

Adakah Al Quran Qadim atau Mahkluk?

Dalam akidah Islam (khususnya menurut pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah), hukum mengenai al-Qur’an adalah seperti berikut:

✅ Al-Qur’an itu Kalamullah (Kalฤm Allah) – iaitu firman Allah

Ia bukan makhluk, tetapi qadim (azali), wujud bersama sifat Allah.

Allah bersifat dengan berkata-kata (sifat kalam), dan sifat Allah adalah qadim, tidak dicipta.

๐Ÿ›‘ Pandangan “Qur’an itu makhluk” adalah pegangan golongan Mu‘tazilah

Mereka mengatakan bahawa Qur’an adalah makhluk baharu. Pandangan ini ditolak oleh jumhur ulama Ahl al-Sunnah.
✨ Dalil dan penjelasan ulama Ahl al-Sunnah:
1. Imam Abu Hanifah berkata: “Al-Qur’an adalah kalamullah yang tidak dicipta. Barang siapa mengatakan ia makhluk, dia kafir.”
2. Imam Ahmad bin Hanbal mempertahankan bahawa al-Qur’an bukan makhluk dalam peristiwa Mihnah (ujian akidah pada zaman Khalifah al-Makmun).
3. Imam al-Asy‘ari dan Imam al-Maturidi – kedua-duanya menegaskan Qur’an adalah sifat Allah yang qadim.
๐Ÿ“Œ Bezakan: Lafaz & tulisan kita adalah makhluk, tetapi kalam Allah itu sendiri bukan makhluk
Suara kita membaca Qur’an = makhluk
Mushaf (buku) = makhluk
Isi/firman Allah yang terkandung di dalamnya = qadim, bukan makhluk.
๐Ÿ“ Rumusan:
Perkara Hukum
Al-Qur’an sebagai kalam Allah Qadim, bukan makhluk
Sifat kalam Allah Qadim
Mushaf, tulisan, suara bacaan Makhluk


Catatan NCS *NasaruddinCheSalleh)

*MONDAY’s SCRATCH of NCS*  Sampai kan walau hanya satu ayat. #Ustaz Zul pandan in the house @ Surau al amin; pagi ahad 26/10/25. - musibah hutang kerajaan Uthmaniah

‎ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡.

SYUKURLAH DAPAt singgah di sini hari isnin yang dingin; Ucapkan ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠ dan semoga Allah mempermudahkan urusan semua mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedaramara sahabat juga sahabiah muslimin muslimat jua yang ada masa untuk sebentar membaca isi picisan ini. 

‎ู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง 
‎ู…ُุญَู…َّุฏٍ

Jangan biarkan masalah kelmarin menghancurkan semangat pagi ini. Setiap pagi adalah lembar baru dalam buku kehidupan. Tidak sedikit orang merasa lesu dan tak bersemangat untuk memulai di sebuah pagi hari. Beragam cara dilakukan untuk membangkitkan semangat di pagi hari. yang terbaik adalah balik lah ke jalan Allah dengan hayati AlQuran dan sunnah…

Untuk pagi ini, suka sangat semalam dapat bersama duduk bersimpuh di depan ustaz Zul Pandan mendengar perkongsiannya berkenaan jatuhnya sebuah kerajaan Uthmaniyyah dek kerana hutang negara; ini bukan hanya suatu sejarah tapi Suatu pengajaran bila si pemerintah atau ketua keluarga yang bergelut dengan hutang ianya boleh mununggang terbalikkan sesebuah negara atau pun keluarga. Dari satu catatan kerdil pagi semalam banyak yang kena d cari gali tapi belum ada masa  lagi. Apa apa pun pagi ini saya share kan sedikit nota dari apa yang di catatkan.. 

#Ustaz Zul pandan in the house @ Surau al amin; pagi ahad 26/10/25. - musibah hutang kerajaan Uthmaniah

* Surah Al-Baqarah, ayat 282: * "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendak lah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)." 


Pagi ini kisah di ceritakan untuk ambil pengajaran dari kisah hutang yang boleh menjatuhkan sebuah negara dan juga sebuah keluarga. Kenapa perlu di ceritakn? Bilamana Kerajaan islam Uthmaniyyah dah mula berhutang dgn kerajaan perancis, jatuhlah dan ianya dah jatuhpun tak selesai hutang dan dari 1924 jatuhnya Uthmaniyyah 1954 baru selesai. 108 juta sehingga ke 220 juta. Tahun 1299 Uthmaniyyah telaj ditubuh kan bertahan 625 tahun dan Semua teknologi dalam islam moden yang dekat dengan zaman kita ada pada waktu itu di bina dicipta oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Kelemahan ketara kerajaan ini adalah tidak mahu beranjak mengikuti keperluan zaman.
Hebat tak Hebat kerajaan Uthmaniyyah ni puak puak eropah yang dalam dark ages pun hanta orangnya belajar di tanah Tanah Uthmaniyyah untuk ambil ilmu. Akhirnya suatu perkembangan dalam ilmu telah digunakan oleh barat untuk kembangkam ilmu ilmu dikutip dari kerajaan uthmaniyyah menjadi lagi hebat dan akhirnya pihak uthmaniyyah tertinggal di belakang teknologi baru. 

Sultan abdul majid 2 sultan terakhir. 

Teknologi barat di ubah suai dari ilmu yang dipungut dari Uthmaniyyah yang tidak mahu di ikut  Uthmaniyyah akhir nya membawa pada kejatuhan nya. 

#1453 pembukaan Constantinople 
#Masa ni melaka dah ada, masa tu kerajaan sultan mansur shah 

Selepas dunia 1, 1914-1918 kerajaan Uthmaniyyah terlibat; diajak jerman yang cuba nak kuasai dunia selepas mereka sedari banyak kawasan dah di jajah negara besar lain. Bila kalah, dah makin teruk berhutang. 

•Punca hutang

Perang krimier 1853 - 1856 lawan russia kerana rebut juruselam yang di claim oleh kristian othodox russia. 
Perebutan laut hitam juga masa itu. Uthmaniyyah dibantu perancis dan brittish yang tak mahu russia yanb menang dan kuat. Perang ini dimenangi oleh Uthmaniyyah tetapi berhutang dengan perancis dan brittish dengan serahkan bon oleh kerajaan uthmaniyyah sebanyak 5 juta pound tapi diberi hanya 3 pound juta dengan interest 6%. Terkenalah pihak kerajaan ini dengan hutang dan juga riba. 1856, perjanjian paris dimeterai.
Perancis kuasai laut hitam. Kerajaan Uthmaniyyah tak mampu membayar hutang maka di buat hutang baru nak bayar hutang, ini berlaku 4 kali lagi selepas itu. 

Bersambung….

#Akhirulkalam 

Alhamdulillah. Dilalui semalam dengan baik; cuma kena tahu bila terlepas solat di waktu aula atau pun berjemaah di rumahNya pada awal masuk waktu pasti akan ada possibility untuk miss berjemaah. Selebihnya ada di kehendak Allah. Itulah takdir semalam solat zohor jam 230 petang tapi kerana di masjid ada saja yang follow jadi makmum. Moral of the story; kalau terlepas waktu jemaah solat lima waktu; usahlah untuk solat di masjid dapat pahala iktikaf dan akan ada peluang berjemaah juga…

Riwayat Al-Bukhari: "Barangsiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan niat untuk membayarnya, Allah akan memudahkan baginya untuk melunasinya. Tetapi sesiapa yang mengambilnya dengan niat untuk menghilangkannya (tidak membayar), maka Allah akan membinasakannya." 

Wallahualam 
Barakallahufikum 

Wassalam

* Copyright © Ncs68 AL CHERASI: Oct 27 2025,  4 jamadil awal 1447* #JomShare

Comments

Popular posts from this blog