Rabu Oct 29
7 Jamadilawal 1447 (7-5-1447)
Quantity vs Sospihcate
Catatan NCS *NasaruddinCheSalleh)
*WEDNESDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat. Dari surau Al amin BTHO Malam selasa; hari isnin: Kenapa 40 ?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Happy Wednesday! May God bless today Wednesday with smiles, laughter, love, kind ness and also peace. Have a wonderful day. Buat diri ini dan semua mak ayah, ahli ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedaramara paea sahabat sahabiah muslimin muslimat dan tak lupa yang sanggup menjengah ruang maya ini, as the sun rises, may your heart rise with it, full of gratitude for the new day and all the possibilities it holds. Good morning and have a blessed Wednesday.
للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
Every morning starts a new page in your story. Make it a great one today.
Pagi ini suka nak petik kata kata ustaz yang menyampai kan kulliyah maghrib di surau Al amin pada Malam selasa; hari isnin: Kenapa 40 - siapa yang pelihara 40 hadis, kata nabi saw, Allah akan beri dia cahaya di wajahnya di hari akhirat.
Hadis 40 dinama demikian kerana ia adalah himpunan empat puluh dua hadis yang dikumpul oleh Imam Nawawi yang kebanyakannya adalah hadis hadis prinsip asasi agama Islam. Penamaan ini juga merujuk kepada satu riwayat hadis yang menyata kan ganjaran kepada yang hafaz empat puluh hadis, ia akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai orang yang faqih dan berilmu.
Betapa besarnya perhatian dan juga kecaknaan para tokoh ulama’ umat Islam kepada usaha pengumpulan empat puluh hadis ini kerana didasar kan pelbagai riwayat menunjukkan keutamaan dan kelebihannya.
Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa di antara umatku yang menghafaz empat puluh hadis berupa perkara agamanya, maka Allah akan bangkit kannya pada hari Kiamat bersama rombongan fuqaha’ dan ulama’.”
Dalam riwayat lain: “Allah akan membangkitkannya sebagai seorang yang faqih (ahli fiqh) dan ‘alim.”
Dalam riwayat Abu al-Darda’: “Maka aku (nabi) pada hari Kiamat nanti sebagai syafaat dan saksi baginya.”
Dalam riwayat Ibn Mas’ud: “Dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga melalui pintu mana sahaja yg kamu kehendaki.”
Dalam riwayat Ibn ‘Umar: “Dia dicatat termasuk golongan ulama’ dan dikumpulkan pada golongan syuhada’.”
Berdasarkan kenyataan di atas, jelas penyusunan 40 Hadis kebiasaan ulama’ sejak zaman salafus soleh lagi untuk dijadikan panduan dalam kehidupan kita. Hal ini kerana hadis Rasulullah SAW amat banyak menjangkau ratusan ribu dan mungkin jutaan hadis ber sanad yang berlainan, di samping matan matan juga ada berlainan. Usaha mengambil dan juga menapis pelbagai jenis hadis dilakukan supaya kita boleh mengamalkannya dengan sebaiknya dalam kehidupan berdasar kan neraca Syari’ah dan Hadyun Nabawi.
Mudah mudahan Allah SWT memberi pertolongan dan rahmat Nya kepada kita semua. Aamin.
#Akhirkalam
“Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah2 masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.”(Al-An’am 6:122)
Hence, carilah cahaya bekalan sejak di dunia melalui amalan amalan yang telah disebutkan di dalam AlQuran dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Iman itu akan bertukar jadi cahaya sebenar yang mampu kita lihat di akhirat kelak.
Banyak cerita akhirat, tetapi sekarang ni kita buat sardin kelak, tunggulah NcS
Wallahualam
Barakallahufikum
Wassalam
* Copyright © Ncs68 AL CHERASI: Oct 29 ‘25, 6 jamadil awal 1447* #JomShare

Comments
Post a Comment