Khamis  Oct 30
8 Jamadilawal 1447 (8-5-1447)

Maghrib Surau AlAmin. 

B.R.I - Belt.Road.Initiative. Refer kpd China Globalization.. 

PERU - Changkai Port. BANGLADESH - Padma Bridge. MALAYSIA - ECRL. 

Catatan NCS *NasaruddinCheSalleh)

*ThursDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat. #Hari selasa malam rabu di Surau Al amin. Hadith Ghulam - 30 kisah hadis ( BAHAGIAN 1) 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Buat diri ini dan semua mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedaramara para sahabat para sahabiah muslimin muslimat jua yang ada masa kesini sebentar; salam semangat pagi hari khamis, semoga diberkati Allah pada pagi ini. Di kurnia kan ketenangan, kekuatan iman, juga kesihatan yang baik. Teruskanlah buat baik bantu sesama; paling paling Jangan, lupa utk bersyukur dengan nikmat Allah. Setiap apa jua usaha yang di buat pd hari ini walaupun sekecil mana ia adalah permulaan pasa sesuatu yang besar di hari depann…jadikanlah Khamis ini penuh barakah rezeki yang melimpah. 

BerZikir lahdi  pagi Khamis Subhanallah 33x ...
Alhamdulillah 33x
Allahu Akbar 34x
La ilaha illallah 100x

Semoga hari Khamis ini jadi hari penuh dgn ketenangan, keberkatan doa dimakbul kan Allah SWT. 💚

‎للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا 
‎مُحَمَّدٍ

Every morning starts a new page in your story. Make it a great one today.

Alhamdulillah. Semalam berlalu dengan baik, walau ada terasa ada sedikit gangguan di dada sebelah kiri, itu tanda lupa diri bila ubat cair darah dah dua hati di tinggal kan. Yang lain, zohor dan asar termiss berjemaah, itu lah yang sedih. UDah lah ianya miss berjemaah; tak solat di rumahNya pula. Semoga Allah izinkan yang lebih baik hari ini…

Pagi ini sekadar berkongsi suatu catatan dari satu kulliyah di catat dan di gali di malam selasa hari rabu yang lalu di surau al amin.. 

#Hari selasa malam rabu di Surau Al amin. Hadith Ghulam - 30 kisah hadis

•Kisah Budak yang dapat lihat semula menyatakan tuhan aku yang sembuh kan dia; raja yang beranggapan dia saja tuhan. Marahlah raja itu, dan di siksa nya budak ini. 

Demi langit yang mempunyai gugusan bintang, dan hari yang dijanjikan, dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit. yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar, [al Buruj, 85:1-5]

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya; Siapa yang mengembali penglihatanmu? Kata pembesar tersebut: Tuhanku. Raja sangat marah dan mengatakan: Ada ke tuhan lain selain dariku?? Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini”.

Lalu budak itu menjawab, “Aku tak dapat menyembuh kan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah. Lalu ia pun ditangkap dan terus di siksa sehingga lah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan siksaan).

Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarah supaya meninggalkan agamanya tp rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji, tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi. 

Potongan surah al-Buruj, ayat 1 hingga 5 tersebut menceritakan sebuah kisah ahli sihir, rahib, anak muda (ghulam), dan orang-orang yang dilemparkan ke parit. Ia berkait rapat dengan hadith yang akan dibincangkan selepas ini.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, adalah  seorang rahib. Budak tu telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak itu akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya:

“Jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibu bapaku mena hanku (di rumah), jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.” Hadis Riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq) Tarmizi (No. 3263 Kitab Tafseer Al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis di sebutkan oleh Imam An-Nawawi dalam Kitab Riyadhus-Solihin di bawah Bab Sabar.

Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa: Budak itu kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Saiyidina Omar ra. telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka.
Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Esok… Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi).

#Akhirulkalam 

Marilah kita bersama sama meraikan hari ini dengan doa dan harapan yang positif, agar setiap langkah kita membawa kebaikan dan keberkahan.

Jumpa esok dengan sambungan kisah asha bul ukhdud..

Wallahualam 
Barakallahufikum 

Wassalam

* Copyright © Ncs68 AL CHERASI: Oct 30 ‘25,  7 jamadil awal 1447* #JomShare

Comments

Popular posts from this blog