Jumaat Oct 31
9 Jamadilawal 1447 (9-5-1447)
al Jauzi Siapakah?
Tokoh yang dimaksud mungkin Ibn al-Jawzi (ابن الجوزي), seorang ulama besar Islam dari mazhab Hanbali.
Berikut penjelasan ringkas tentang beliau 👇
---
🌿 Nama penuh:
Abd al-Rahman ibn Ali ibn Muhammad al-Jawzi (ابن الجوزي)
📆 Tahun hidup:
Dilahirkan sekitar 510H / 1116M di Baghdad, dan wafat pada 597H / 1201M.
🕌 Mazhab & bidang ilmu:
Bermazhab Hanbali
Seorang ulama hadis, mufassir (ahli tafsir), ahli sejarah, pendakwah dan penulis prolifik
---
📚 Sumbangan dan karya:
Ibn al-Jawzi menulis lebih daripada 300 buah buku dalam pelbagai bidang:
Tafsir: Zad al-Masir fi ‘Ilm al-Tafsir
Hadis: Al-Mawdu‘at (tentang hadis palsu)
Tasawuf dan akhlak: Sayd al-Khatir — catatan nasihat dan renungan hati
Sejarah: Al-Muntazam fi Tarikh al-Muluk wal-Umam
---
💡 Keistimewaan:
Dikenali sebagai pendakwah yang sangat fasih dan berpengaruh di Baghdad.
Banyak menentang ajaran bidaah dan fahaman sesat, termasuk ekstrem tasawuf dan falsafah yang bercampur dengan agama.
Tegas dalam menyaring hadis palsu.
---
🕊️ Keturunan dan pengaruh:
Beliau antara tokoh besar yang mempengaruhi Ibn Qayyim al-Jawziyyah — walaupun nama mereka hampir sama, Ibn al-Jawzi dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah adalah dua orang berbeza.
---
Kalau kamu maksudkan "Al-Jauzi" lain (contohnya tokoh moden atau penulis tertentu), boleh jelaskan sedikit konteks (zaman atau bidang) supaya saya pastikan yang betul.
Adakah kamu maksud Ibn al-Jawzi (ulama klasik abad ke-6 Hijrah)?
3 Dalil mengikut Al Jauzi.
1.
2. Nabi dan wahyu dari langit.
3. Fitraah adanya Allah tanpa diajar. Aabila ae.ua usaha gagal, maka namaAllah siawbut tnpaa diajar
zat, aifaat dan pentadbiran. TIDAAK sama dng manusia.
Al Hasyr ayat 19
Catatan NCS *NasaruddinCheSalleh)
Q
*FRIDAY’s SCRATCH of NCS* Sampai kan walau hanya satu ayat. #Hari selasa malam rabu @ Surau Alamin - Hadith Ghulam - 30 kisah hadis ( Bhg 2)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Kesejahteraan buat diri ini dan semua mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedaramara para sahabat para sahabiah muslimin muslimat jua yang sudi disini sebentar…
Pagi Jumaat yang penuh berkat, masa yang terbaik untuk tenangkan jiwa jua bersihkan hati. Kadang nya bukan dunia yang berat itu tetapi hati yang terlalu penuh dengan apa yang tak sepatut nya disimpan. Jadi, lepaskan dengan perlahan, gantikan dengan zikir.
للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
Sempena jumaat; Amalkan menyebut ‘Ya Allah’ 1000 kali diikuti selawat ke atas Nabi. Bahagikan lah 1000x kali zikir itu pada lima kali zikir selepas waktu solat. Setiap kali lepas solat pada hari Jumaat anda zikir 200 kali ‘Ya Allah’.
يا الله
"YA ALLAH"
Moga keluarlah kita daripada kesempitan dunia: Dikurnia kan akan keberkatan pada keturunan kita; terhalau lah syaitan; dapat keredhaan Allah; dihilang kegelisahan hati yang berdukacita; akan di kuat kan hati dan tubuh badan; juga di terangi hati dan wajah: Dimurahkan jua rezeki; merasai lah manisnya keimanan dan ketenangan. Semua ini akan men juruskan diri pada mendekati diri Allah sehingga dimasukkannya di dalam golongan orang yang mencapai tahap ihsan iaitu beribadah pada Allah seakan akan melihatNya.
Perkongsian pagi diteruskan untuk kesinambugan kisah hadis Ghulam.
#Hari selasa malam rabu @ Surau Alamin- Hadis Ghulam - 30 kisah hadis ( Bg. 2)
Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba2 bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: Wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran ! Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula pada raja. Raja terkejut bertanya: Mana kawan kawanku? Jawab budak: Allah telah menolongku hadapi mereka. Lalu budak tersebut berkata pada raja: Kamu tak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. Tanya raja: Apa dia? Kata budak: Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dan panahku dan letakkan lah panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Lepas itu, engkau panahlah aku. Kalau engkau melaku kan begitu, kamu akan dapat membunuhku. Budak itu lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata, “Balik semula pada agama asalmu”. Budak itu menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulan nya dan dikatakan kepada mereka: Bawa budak ini ke bukit sekian sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dan atas bukit tersebut. Lalu mereka bawa nya ke atas bukit. Tiba sana, budak berdoa kepada Allah:
Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.
Esok…Tiba tiba bukit bergegar
#Akhirulkalam
Syukurlah semalam di malam jumaat walau di sua dengan mesyuarat jam 830 malam, dengan izin Allah, hadir rasa dalam diri paksa diri singgah di masjd Ikram dalam IUKL ( laluan ke tempat meeting di Padi IOI CONEZION) untuk solat berjemaah isya di situ. Terimakasih Allah hadirkan rasa itu, walau diri ini antara yang sering lagha dan lupa asal kenapa di jadikan di dunia ini. Sesudah itu dinner dan bermulalah “rapat” cari solusi bagaimana nak siap kan projek bina Kompleks Anak Yatim yang sedang berjalan di jangka kena siapkan pada akhir Januari. Selepas segala solusi dunia di bentang bincangkan, pada hakikatnya; kontraktor hilang steam nak siapkan kerana unjuran tunai menujukkan ke arah “lost”. Tapi, team kami berusaha cari jalan hakikat dan mata kasar. Di hujung nya, dibuka lah jua suatu pandangan hakiki dek kerana ini adalah pembinaan untuk anak yatim, kontraktor kena berusaha pasti kan ianya siap juga. kerugian itu di kira sebagai sumbangan; yakin lah pada apa yang disebut dalam Quran Albaqarah ayat 261;
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia Nya) lagi Maha Mengetahui. - Al Baqarah 2:261.
Semoga berjaya hakikat dan hakiki buat kontraktor yang membinanya. Meeting tamat jam 1120 malam, tetapi hati tenang kerana isya sudah tertunai berjemaah..
Hati seseorang akan kembali kepada Allah dalam setiap keadaan semakin bertambah kemakrifatan kepada Allah (mengenal Allah) yang akan mendatangkan rasa takut pada Allah swt dan semakin menghinakan diri kepada Nya. MOGA MOGA ITU KITA!
Wallahualam
Barakallahufikum
Wassalam
* Copyright © Ncs68 AL CHERASI: Oct 31 ‘25, 8 Jamadil awal 1447* #JomShare
#https://www.youtube.com/live/QBPJiEW6gvI?si=zlc8uZ6ghvxMKUS1
Comments
Post a Comment