Sabtu Nov 1,2025
10 Jamadilawal 1447 (10-5-1447)
Sabtu datang lagi...
Suboh Al Amin
Baca Status kawan2 dlm WA. Menangkap kisah Juan Jadin,
Tgk Drama Youtube - Indon, Inggeris
Catatan NCS *NasaruddinCheSalleh)
Q
*SATURDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat. #Hari selasa malam rabu @ Surau Alamin - Hadith Ghulam - 30 kisah hadis ( Bgh 3)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Selamat pagi Sabtu! Hari cuti ni, tenangkan fikiran, buat la apa yang buat hati gembira. Rehat sekejap pun sudah cukup berharga buat diri ini jua semua mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedaramara para sahabat para sahabiah muslimin muslimat jua yang sudi jenguk ke sini ruang maya yang tak seberapanya ini.
Jangan biarkan sesuatu yang terjadi di masa lalu merosak kan kehidupan mu. Hiduplah untuk masa kini, berjuang lah untuk masa akan datang. Happy Saturday. “Bismillah”
Awali pagi dengan menyebut nama Allah, dan selalulah mengingat Allah, dengan begitu kita akan jauh dari perbuatan yang sia sia..
للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
Hidup itu tak melulu tentang mengejar keinginan yang belum tentu kita miliki. Tapi tentang bagaimana syukuri apa yang sudah dah di miliki. Nasihat Pagi: “Setiap kali kita perbaiki niat, maka Allah akan memperbaiki keadaan kita. Setiap kali kita harapkan kebaikan untuk orang lain, ln shaa Allah kita akan juga mendapat kebaikan dari arah yang tak disangka.
Alhamdulillah hari semalam jumaat berlalu dengan solat jumaat tertunai dengan yang terbaik, selamat dan paling best, selepas lama tak dapat duduk didalam masjid usai solat Jumaat, biarpun taklah berzikir sangat tapi terasa damai tenang dan fikiran terlantun throw back zaman remaja di kampung dulu. Solat jumaat dulu2 macam perayaan. Terima kasih Allah berikan momen itu semalam. Bangkit lah pagi ini untuk sebuah catatan lagi dalam kehidupan yang bakal meng hiasi tayangan perdana di akhirat. Bersedialah untuk itu juga.
Untuk pagi ini perkongsian cerita dari hadis Ghulam di sambung lagi…
#Hari selasa malam rabu @ Surau Alamin - Hadith Ghulam - 30 kisah hadis ( Bg. 3)
Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.
Dari Suhaib; Rasulullah saw. pernah bercerita: Di zaman dahulu ada seorang raja yang ada seorang tukang sihir. Bila tukang sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja itu, “Aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku”. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir itu ajarkan ilmu sihirnya. Waktu berlalu dan pada suatu hari budak itu bertemu seekor binatang besar (singa) yang menghalang laluan orang ramai. Budak itu berkata di dalam hatinya, “Pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib”. Lalu diambil seketul batu dibaca: “Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini berilah laluan kepada orang lain.”
Lalu dilontar batu binatang tersebut pun mati. Orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut mengatakan dia ada ilmu yang semua tak mengetahuinya
Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata padanya; Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Kau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, Engkau nanti akan diuji. Apabila engkau diuji Allah, maka jangan sekali kali engkau beritahu tentangku.
Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihidapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena penyakit sehingga buta mata. Bila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak; berkata kepada budak itu; semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.
Budak berkata : “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuh kan. Jika engkau beriman dan percaya pada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuh kan penyakit mu. Lalu si raja buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuk nya dan matanya sembuh seperti sediakala. Lalu raja pun mengumpul kan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma; diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanah nya. Panah itu mengenai bawah telinganya. Perlahan lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia.
Tiba tiba orang ramai berkata: Budak ini tahu l perkara yang kita tidak ketahui. “Kami percaya kepada tuhan budak ini”.
Raja menjadi kelam kabut dan dikatakan kepadanya, “Apakah tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! telah menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman.”
#Akhirulkalam
Begitulah pengajarannya, kalau kita dah letakkan lah di depan, banyak terbentang jalan dakwahnya. kekallah yakin pada Allah..
Semoga di rahmati Allah kita semua.
Wallahualam
Barakallahufikum
Wassalam
* Copyright © Ncs68 AL CHERASI: Nov 1 ‘25, 9 jamadil awal 1447* #JomShare

Comments
Post a Comment