Muhassabaah Diri #12 Rambut

Isnin Nov 24, 2025
3 JamadilAkhir 1447 (2l3-6-1447)

Maghrib Surau Al Amin

Apa Igauan Semalam

Bunoh orang yang masuk rumah mati fgn pisau prngkianat bangsa . Nal bangun Suboh, terjumpa ir Hj Saalleh, sedang buat Diploma Phd di Thailand. !!

Muhassabaah Diri #12 Rambut

Rambut disebut dalam konteks Haji

Allah menyebut tentang mencukur atau memendekkan rambut (حَلْق / تَقْصِير) ketika menunaikan Haji atau Umrah.

Surah Al-Fath 48:27

 “Kamu akan memasuki Masjidil Haram dengan aman, dengan mencukur (حَالِقِين) dan memendekkan rambut (مُقَصِّرِينَ)...”

Catatan NCS *NasaruddinCheSalleh)

*SunDAY’s SCRATCH of NCS*  Sampai kan walau hanya satu ayat. # Ustaz Amaludin @ surau al AminZ Al imran 33 - 37 ( bgian 2) 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Selamat pagi ahad yang membahagia buat mak ayah, ahli saya, adikberadik, ipar duai, pakcik makcik, sahabt sahabiah muslimin muslimat sekaliannya.  Syukuri semua kerana hembusan nafas pagi ini, tanda kasih Allah masih melindungi setiap langkah kita…

Tiada apa nak di perkatakan pagi ini, sekadar perkongsian nota..

##Ustaz Amaludin @ surau al AminZ Al imran 33 - 37 ( bahagian 2) 

•Reaksi Isteri ‘Imran Selepas Melahirkan 

Ayat 36 Surah Ali-Imran mengisahkan:

‎
“فَلَمَّا وَضَعَتۡهَا قَالَتۡ رَبِّ إِنِّى وَضَعۡتُهَآ أُنثَىٰ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا وَضَعَتۡ وَلَيۡسَ ٱلذَّكَرُ كَٱلۡأُنثَىٰ ۖ وَإِنِّى سَمَّيۡتُهَا مَرۡيَمَ وَإِنِّىٓ أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ”
bermaksud, “Maka tatkala isteri ‘Imran melahirkan anak nya, dia berkata: ‘Ya Tuhan ku, ssungguhnya aku melahir kannya anak perempuan; Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak lelaki tidaklah spt anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya, anak2 keturunan nya kepada (pemeliharaan) Engkau dari syaitan yang terkutuk’.”

Walaupun berharap lahirkan anak lelaki, isteri ‘Imran tetap bersyukur dan menamakan anak perempuannya nama Maryam. Dia telah memohon perlindungan Allah untuk Maryam dan keturunan nya dari syaitan. Doa ini juga ada diguna ketika aqiqah. 

Allah Menerima Nazar Isteri ‘Imran dalam Ayat 37

‎
“فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٖ وَأَنۢبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنٗا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا ۖ كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيۡهَا زَكَرِيَّا ٱلۡمِحۡرَابَ وَجَدَ عِندَهَا رِزۡقٗا ۖ قَالَ يَٰمَرۡيَمُ أَنَّىٰ لَكِ هَٰذَا ۖ قَالَتۡ هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ”
bermaksud, “Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidik nya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemelihara nya. Setiap kali Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: ‘Hai Maryam dari mana kamu mem peroleh (makanan) ini?’ Maryam: ‘Makanan itu dari sisi Allah’. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki Nya tanpa hisab.”

Allah menerima nazar dengan penerimaan yang baik dan Maryam dibesarkan dalam asuhan yang baik, di bawah jagaan Nabi Zakariya. Keajaiban sering berlaku dengan Maryam apabila rezeki yang tidak terduga datang padanya, menunjuk kan keberkatan dan rahmat Allah.

Mengapa Allah Memilih Individu dan Keluarga Tertentu?

Allah memilih individu dan keluarga tertentu seperti yang dinyatakan dalam ayat 33 kerana mereka semua itu ada kesolehan ketakwaan yang tinggi serta bertindak sebagai model teladan pada umat manusia. Mereka telah diberikan tanggungjawab besar dalam menyampaikan ajaran Allah dan memimpin umat manusia ke jalan yang benar.

- Pengajaran Utama dari Ayat 33-37

Pengajaran utama dari ayat,  keikhlasan dalam beribadah, kekuatan doa, kepentingan nazar yang baik. Allah Maha Mengetahui dan juga Maha Mendengar, Dia memberikan rezeki pd yang dikehendaki Nya. Kebesaran Allah dalam memilih dan mengangkat individu dan keluarga yang tertentu adalah bukti kuasa dan hikmah Nya. Ayat Surah Ali Imran ayat 33-37 juga mengingatkan kita tentang pentingnya jaga hubungan dengan Allah dan berdoa dengan ikhlas. Keikhlasan dan ketakwaan adalah kunci mendapat rahmat dan juga keberkatan Allah, sebagai mana yang jelas dalam kisah keluarga ‘Imran dan Maryam. Ayat2 ini juga menegaskan Allah sentiasa mendengar doa hamba2 Nya, memberi kan rezeki tanpa batas pada mereka yang dikehendaki Nya.

#Akhirukalam 

Berdoa lah pada Allah hatta pada sesuatu perkara yang manusia lihat ianya mustahil. Syukur kita pada Allah atas apa jua yang Allah dah beri kan, antara yang boleh di buat dalam nyata kan rasa syukur dalah ber ibadah, berzikir dan setia pada Allah.

Alhamdulillah. Walaupun semalam agak longgar dan kurang ketat sangat dalam menguruskan urusan hal hal ukhrawi tetapi sekali sahaja terhentak dengan urusan dunia - menerima berita hal ada pencerobohan tanah di kampung oleh sebuah lagi bangunan terbina di atas tanah pusaka - terus merayu kepada Allah memohon agar memberi penyelesaian yang terbaik.

Jadi jangan terburu buru dan jangan tergesa gesa. Yakin dengan janji Allah : ‘Bersama kesusahan itu, kemudahan!’ Kadang kala,  dibersihkan dahulu, benar2 dibersihkan oleh Allah dengan diberi kan musibah, sehingga akhirnya layak mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Dan Kedudukan yang tidak boleh dicapai oleh amalan tetapi dangan reda Allah swt…

Have a blessed month of JamadilAkhir🌹

Wallahualam Barakallahufikum Wassalam

* *Copyright © Ncs68 AL CHERASI: Nov 23 2025, 2 Jamadilakhir 1447*


Dr Zuhaili

Peribadi Imam Nawawi (Ringkas & Mudah Ingat)

Nama penuh: Yahya bin Sharaf an-Nawawi
Dilahirkan: Tahun 631H di Nawa, Syria
Wafat: 676H (umur 45 tahun)
Mazhab: Syafi‘i

Imam Nawawi lahir pada tahun 631 Hijrah di sebuah kampung kecil bernama Nawa, dekat Damsyik (Syria). Nama sebenarnya ialah Yahya bin Sharaf, tetapi masyarakat kemudian menamakannya An-Nawawi kerana berasal dari Nawa.

Sejak kecil, beliau menunjukkan tanda kecerdasan luar biasa. Ketika masih kanak-kanak, beliau tidak berminat bermain seperti rakan sebaya. Beliau lebih suka duduk membaca al-Qur'an, menghafal dan bertanya tentang hukum. Para guru kagum kerana beliau cepat menghafal dan memahami.

Pada usia 10 tahun, bapanya membawa beliau ke Damsyik untuk belajar di madrasah-madrasah besar. Di sana, hidupnya berubah sepenuhnya. Dari pagi hingga malam, beliau menghadiri 12 hingga 18 kelas sehari—hafalan hadis, fiqh, nahu, usul, tafsir dan lain-lain. Beliau hampir tidak pernah membuang masa. Tidurnya sangat sedikit, makan juga sedikit, hanya makanan asas yang halal dan cukup.

Walaupun hidupnya penuh kesempitan, beliau terkenal dengan kezuhudan dan ketakwaan. Beliau tidak suka menerima hadiah dan tidak mahu bergantung pada pemerintah kerana bimbang unsur syubhah. Para guru dan sahabat menyaksikan betapa beliau sangat menjaga hati dan amal.

Dalam masa yang singkat, ilmunya meningkat dengan cepat sehingga akhirnya beliau menjadi guru utama di Damsyik. Ramai ulama besar datang menghadiri kuliahnya walaupun beliau masih muda. Ketika itu, beliau mula menulis buku—dan tulisannya sangat berkat sehingga digunakan berabad-abad selepas wafatnya

Imam Nawawi juga terkenal dengan ketegasan menegur pemerintah. Beliau menulis surat kepada sultan apabila melihat kezaliman atau cukai yang menindas rakyat. Walaupun ditekan, beliau tidak gentar kerana yakin pada kebenaran.

Beliau wafat pada usia 45 tahun, satu usia yang sangat muda. Tetapi hidupnya penuh keberkatan. Walaupun pendek, beliau meninggalkan karya-karya yang kekal sepanjang zaman—diajarkan di masjid, universiti, dan madrasah di seluruh dunia.

“Imam Nawawi: alim besar mazhab Syafi‘i, sangat zuhud, sangat rajin belajar, warak, tegas pada kebenaran, meninggal pada usia muda tetapi meninggalkan karya kekal sepanjang zaman.”

Surah Al-‘Ankabūt (29): 2–3

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Maksudnya:

“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja berkata: ‘Kami telah beriman’, sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang berdusta.”


Comments

Popular posts from this blog