Muhassabaah Diri #14 Syukur
Rabu Nov 26, 2025
5bJamadilAkhir 1447 (5-6-1447)
Muhassabaah Diri - Syukur
Syukur apa yg ada, Bersabar dng apa yg tiada
Nasihat pada Diri
Bersyukurlah atas apa yang Allah masih tinggalkan pada kita, bukan hanya merisaukan apa yang Dia ambil. Kadang-kadang kita melihat kekurangan hingga terlupa betapa banyak nikmat yang masih mengalir setiap hari — udara yang kita sedut, rezeki yang tidak pernah putus, keluarga yang masih bersama, dan hati yang masih mampu berdoa.
Syukur bukan hanya pada nikmat yang besar, tetapi pada perkara yang kecil yang sering kita pandang remeh. Syukur menjadikan hati tenang, fikiran lapang, dan langkah hidup lebih ringan. Orang yang bersyukur tidak pernah merasa miskin, walaupun sedikit; dan orang yang tidak bersyukur tetap merasa kosong, walau sebanyak mana pun dia memiliki.
Bersyukurlah. Kerana setiap kali kita menghargai apa yang ada, Allah akan membuka pintu-pintu nikmat yang kita tidak sangka-sangka.
Surah al-Baqarah 2:152
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
“Ingatlah kepada-Ku, Aku ingat kepada kamu; dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu kufur.”
Nabi tidur dalam keadaan syukur – Hadis Sahih Bukhari & Muslim
Rasulullah SAW bangun malam hingga bengkak kakinya. Aisyah r.a. bertanya, “Mengapa engkau lakukan ini sedangkan Allah telah mengampuni dosamu?”
Baginda menjawab:
“أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا”
“Tidakkah aku ingin menjadi hamba yang bersyukur?”
Catatan NCS *NasaruddinCheSalleh)
*WednesDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat #Pesanan ringkas sang musafir
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Salam musafir dari Gambang dekat kuantan seawal pagi Rabu buat mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai saudara mara, sahabat sahabiah muslimin muslimat walau dimana jua adanya.
Masa malam telah digunakan untuk menggembara ke kuantan malam tadi, mencari rezeki sebalk sebuah projek “refurbishment” Pengkalan udara kuantan. Semoga Allah telah restui perjalananan itu dan meletak kan ke sisi suatu perkara yang boleh di gunapakai di sana nanti. Itulah yang secara ideal dalam sebuah kehidupan yang di harapkan seorang muslim. Selamat dunia selamat akhirat. Dan selamat sampai ke Hotel DSH sibarea gambang. Oleh kerana itu penulisan pagi ini tidak dapat di isi dengan baik sperti biasa kerana kesuntukan masa untuk mengilhamkan dari ilmu ikmu nota yang trrsimpan rapi dalam NOTE i Phone. Maka, atas dasar itulah harap Allah berikan jua perkara yang baik buat diri ini sama sepeti pagi pagi yang sebelum nya kerana melazimi perkara yang baik, nanum kehendak Mu juga tiada lapang pagi ini untuk menulis perkongsian…
#Tidak dapat dinafikan bahawa dalam Islam terdapatnya beberapa pengecualian atau rukhsah diberikan kepada orang yang musafir dan begitu juga kepada orang yang sakit. Misalnya, orang yang dalam musafir diberikan keizinan mengqasarkan atau pun menjamak kan solatnya. Begitu juga halnya bagi orang yang sakit, dengan syarat-syarat yang telah digariskan.
Benar, sekiranya seseorang itu sedang bermusafir atau sakit yang membataskan amalannya, dia turut diberikan pahala sama seperti yang dia kerjakan ketika mukim atau ketika dia dalam keadaan sihat. Hal ini jelas sehinggakan Imam al-Bukhari menamakan salah satu bab dalam kitab sahih nya sebagai Bab: Ditulis kan Pahala untuk Musafir seperti Dia Beramal masa dianya Bermukim. Kemudian Imam al-Bukhari meletakkan di bawah bab tersebut hadith, daripada Abu Musa bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Apabila seorang hamba sakit atau bermusafir maka dituliskan kepadanya pahala sama seperti yang dia kerja kan ketika mukim dalam keadaan sihat.” Riwayat al-Bukhari (2996)
Semoga Allah SWT memberi kan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Itulah yanb ada untuk pagi ini, moga semuanya dalam rahmat Allah, kekal lah di jalan Allah: lazimilah tatkala masih sihat..
#Akhirukalam
Jom akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا وَأَهْلِنَا وَمَالِنَا، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِنَا وَآمِنْ رَوْعَاتِنَا ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيْنَا وَمِنْ خَلْفِنَا وَعَنْ أَيْمَانِنَا وَعَنْ شَمَائِلِنَا وَمِنْ فَوْقِنَا ، وَنَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ نُغْتَالَ مِنْ تَحْتِنَا
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pada Mu keampunan dan keselamatan (‘afiyat) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pada Mu akan keampunan dan keselamatan (‘afiyat) dalam agama, dunia, keluarga dan harta kami. Ya Allah, tutupilah aib kami dan berilah ketenteraman di hati kami. Ya Allah, jagalah kami dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atas kami. Kami memohon perlindungan dengan keagungan Mu agar tidak disambar dari bawah kami.”
TAHNIAH PADA YANG SUBUH NYA BERJEMAAH DI RUMAH ALLAH
Wallahua’lam
Barakallahufikum
Wassalam
* *Copyright © Ncs68 AL CHERASI: Nov 26 2025, 5 Jamadilakhir 1447*

Kuliah Maghrib Uat Hishamusin Abd. Aziz
Note - Muhassabah Diri - Reda
Dengar - buat yang pekak. Hilang kemerduan bacaan Quran. Lantunan ayat2. Kata2 Allah SWT.
Muhasabah Diri: Nikmat Pendengaran yang Allah Beri
1. Nikmat yang sering kita lupa
Allah SWT memberi kita telinga untuk mendengar — tetapi sering kita gunakan tanpa sedar. Betapa ramai manusia lahir tanpa pendengaran, namun kita diberi nikmat ini setiap hari.
2. Dalil dari Al-Qur’an
Allah berfirman:
> “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu, lalu Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
— Surah An-Nahl 16:78
Ayat ini menegur kita bahawa pendengaran adalah pintu ilmu, pintu hidayah, dan pintu syukur.
3. Muhasabah: bagaimana aku gunakan pendengaranku?
Adakah aku mendengar ayat Allah dengan penuh perhatian, atau hanya lalai?
Adakah aku mendengar nasihat baik daripada orang, atau aku abaikan?
Adakah telinga ini digunakan untuk mendengar ghibah, fitnah, maki hamun, atau perkara yang merosakkan hati?
Pernahkah aku memuji Allah atas nikmat telinga yang masih berfungsi setiap hari?
4 Hadis Rasulullah SAW
Baginda bersabda:
> “Sesungguhnya Allah itu baik dan hanya menerima yang baik.”
Maknanya, Allah mahu telinga kita mendengar perkara yang baik, bukan yang merosakkan.
5. Renungan ringkas
Telinga tidak pernah berhenti bekerja, hatta ketika kita tidur. Namun hati sering lupa bersyukur. Setiap kali kita mendengar azan, bacaan Qur’an, suara insan tersayang — itu semua tanda Allah masih sayang.
Doa pendek muhasabah pendengaran
> “Ya Allah, jadikan pendengaranku ini sentiasa mendengar yang benar, jauhkan aku daripada suara yang mematikan hati, dan kurniakan aku telinga yang patuh kepada-Mu.”

Comments
Post a Comment