Muhassabaah Diri #16 Dosa
Jumaat Nov 28, 2025
7hb JamadilAkhir 1447 (7-6-1447)
Muhassabaah Diri
"Dosa itu Satu Ujian dan Satu Jebakan. Yang pasti, ia akan datang mengunjungi setiap insan. Pahala juga ujian. Yang pasti, kedua2nya bertuan. Si tuan telah mengajar kepada manusia bagaimana untuk melayari Dosa dan Pahala. Pilihlah yang mana engkau ingin ikut. Dosa yang tidak terampun pasti ada jalan swblum beejumpa sang pencipta
Iman dan Amal
Tazkirah tentang ujian nabi Noh dan kurniaan Allah buat manusia yang mentaatinya.
Catatan NCS *NasaruddinCheSalleh)
*friDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat •alfatihah untuk Sapiah bt Mahmood/ Rahmah - #Bacaan Talkin dalam Bahasa Melayu
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
SALAM PAGI Jumaat salam tahajjud buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai saudara mara, sahabat sahabiah juga muslimin muslimat yg amat dikasihi Allah.
Alhamdulillah. Terjaga di awal dinihari Jumaat ini walaupun dalam keadaan badan yang demam urat. Menerima pekhabaran pergi nya ke rahmatullah ibu mertua di Kluang, bergegas menuju ke kluang bersama ahli keluarga. Permusafiran tiba tiba jadi bersambung, hari sebelumnya ke kUantan semalam ke kluang. Kurang rehat menyebabkan badan di hinggap demam sakit urat yang dah sekian lama tak di rasai. Apa apa pun amat bersyukur sangat kerana menyaksi kan pengebumian ibu mertua dengan penuh kemudahan. Bed riddennya hanya 2-3 bulan, selama itu dia tidak lagi memberi respon pada alam dunia dan setiap kali balik ziarahinya saya dapat rasakan dia berada di alam lain.
Allahuakbar; semuanya mudah, tiba jam 230 petang, jenazah telah selamat di mandikan dan dikafankan oleh pihak masjid Jamek Bandar kluang yang menyediakan mobile van jenazah untuk memandikan dan kafankan jenazah. Kemudianya, usai solat jenazah di rumah kalangan Ahli kekuarga, jenazah di bawa ke Masjid untuk di solatkan sekali lagi selepas solat asar oleh jemaah masjid. Betapa nya terkeluar dari mulut yang meng angkat jenazah, jenazahnya ringanlah amat. Sesampai di kubur Padang Tembak Kluang, semua telah siap di bali menggunakan jentolak. Ianya di lakukan amat mudah sekali dalam tempoh yang cepat. Mengambus nya menggunakan jentolak. Kemudia tiba lah saat talkin di baca. Semuanya itu adalah untuk yang masih hidup.
Terimakasih Allah memudah kan urusan ibu mertua di kebumikan dan semoga ia menjadi indikator sebagai ahli kubur yang di pertonton kan syurga masa di alam barzakh.
Oleh itu untuk pagi ini, sama sama kita hayati sedikit apa yang ada bacaan talkin…
#Bacaan Talkin dalam Bahasa Melayu
•Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri, kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..
Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang pada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebaga imana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
•Siapakah Tuhan kamu?
•Siapakah Nabi kamu?
•Apakah agama kamu?
•Apakah kiblat kamu?
•Siapakah saudara kamu?
•Apakah pegangan iktikad kamu?
•Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu men jawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah ber gopoh gapah, biarlah tenang dan berhati hati dan
Hendak lah kamu jawab begini:
•Allah Taala Tuhanku,
•Muhammad nabiku,
•Islam agamaku,
•Kitab suci Al-Quran ikutanku,
•Baitullah itu kiblatku, malahan solat 5 waktu,
•puasa di bulan Ramadhan,
•mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
•Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangun kan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmur salinwalham dulillahi rabbil alamin.
ALLAHUAKBAR
#Akhirukalam
Semuanya adalah benar .. kisah dalam kubur kisah padang mahsyar kisah titian sirat, tinggal kita sahaja menunggu untuk berdepan dengan situasi itu semua…
Sekalung tahniah, pada imam yang menbaca talkin tanpa teks semalam. Isi nya membuat air mata basah mengalir di pipi, kenangkan nasib diri akan sampai juga nanti.
Selamat berjuang untuk kehidipan di akhirat, dunialah tempatnya…
Barakallahufikum
Wassalam
* *Copyright © Ncs68 AL CHERASI: Nov 28 2025, 7 Jamadilakhir 1447*
Muhassabah Musibbah itu Ujian

Comments
Post a Comment