Muhassabaah Diri #18 Marah

Ahad Nov 30, 2025
9hb JamadilAkhir 1447 (9 - 6-1447)

Muhassabaah Diri # Marah
"Marahnya Umar r.a"
namun marahnya bukan seperti manusia biasa, tetapi marah yang berpandukan iman, kebenaran, dan keadilan.



Tazkirah Ust Wan Jemizan - 

Amalan mudah - Susah diamalkan - Besar fadhilatnya.

1. Zikir “Subḥānallāh, al-ḥamdulillāh, Allāhu akbar”
Ringan di lidah, berat di timbangan.
Nabi ﷺ bersabda:
“Subḥānallāh, al-ḥamdulillāh, Allāhu akbar lebih aku cintai daripada dunia dan segala isinya.”
(HR Muslim)

🌿 2. Selawat ke atas Nabi
Membuka pintu rahmat, menghapus dosa kecil dan mengangkat darjat.
Nabi ﷺ bersabda:
“Siapa berselawat ke atasku sekali, Allah berselawat ke atasnya 10 kali.”
(HR Muslim)

🌿 3. Istighfar pendek
“Astaghfirullāh.”
Mengundang rezeki, ketenangan dan perlindungan daripada bala. Surah Nuh 10–12 menjelaskan istighfar membuka pintu rezeki & keberkatan

🌿 4. Senyum
Nabi ﷺ:
“Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah.”
Ringan, tapi dapat pahala sedekah setiap kali.

🌿 5. Doa pendek selepas bangun tidur

“Alhamdulillāhillazī aḥyānā…”
Pahala syukur, hati tenang, permulaan hari diberkati.

🌿 6. Menjawab salam / memberi salam
Salam membuka rahmat dan melapangkan dada.
Nabi ﷺ:
“Tidak akan masuk syurga sehingga kamu saling mengasihi… sebarkan salam.”
(HR Muslim)

🌿 7. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali
Pahalanya seperti membaca 1 kali al-Quran, menurut hadis sahih.

🌿 8. Tahan marah
Nabi ﷺ bersabda:
“Bukan kuat itu pada gusti, tetapi yang mampu menahan marah.”
(HR Bukhari & Muslim)

Baca doa pendek masuk/keluar tandas, rumah, masjid. Amalan 5–7 saat tetapi membuka pintu perlindungan yang sangat besar.

Catatan NCS *NasaruddinCheSalleh)

*SUNDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat •CATATAN SELEPAS POSITIF INFLUEN ZA A - tanda kasih sayang Allah; terimakasih Allah. 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN DI TAHAP YG TERBAIK DARI ALLAH SWT buat mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai saudara mara, JUGA sahabat sahabiah muslimin muslimat yang dikasihi Allah sekalian. Sejahtera menbawa kepada rasa membahagia kan. kesihatan membawa pada berleluasa kerjaya, dan ianya perlu memudahkan berurusan dalam bab ibadah pada Allah. 

Itulah suara jiwa pagi ini selepas pagi Jumaat llalu disahkan positif indluenza A. 
Sakit urat tangkap urat ingga kan pinggang dan belakang kepala pusing sakit tengkok loya tak laku makan selsema, badan panas di tahap 38 C. Paling tak tahan, demam yang datang tiba-tiba, sakit kepala, sakit otot, batuk kering, sakit tekak, dan rasa keletihan yang teruk. Paling risau, katanya influenza A juga boleh menyerrang oaruparu. Apa pun jiwa bersabar dan tindakan secara fizikal kekadang menggelupur mengerang melalui proses menaham sakit itu semoga ianya benar sakit itu menbersih dosa. Malah, dalam ajaran Islam, sakit yang menimpa seorang Muslim itu bukanlah semata mata penderitaan, tetapi juga bentuk kasih sayang Allah kepada hamba Nya. Nabi SAW bersabda: 

“Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan kesalahannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Itulah di gambarkan selama dua hari dan dua malam bergelumpur mengerang kesakitan urat sepeti di cucuk di korek korek membersihkan darah dari dosa dosa yang mengalir di badan akibat perbuatan dosa yang terlarang yang dibuat dalam sedar atau tidak. Hanya kita dan Dia yang tahu sebaliknya dosa mana nak dihapuskan. Jika kita sedar dosa mana, bertaubatlah dgn taubat nasuha, jika tidak tahu pun jua bertaubatlah kerana disitulah letak nya Keagungan Allah atas sifatnya yang Pengampun Pemurah dan  Penyayang yang hendakkan kita selalu sedar, siapa kita - pendosa tapi hendak ke Syurga - kita juga adalah hanba Nya yang tak lekang dari dosa tapi masih berupaya ke syurga. 

WalauBagaimanapun, penghapusan dosa melalui sakit berlaku bila seseorang itu bersabar dan redha menerima takdir ujian yang diberikan Allah. Kesabaran menjadi kunci utama yang membezakan antara pahala dan keluhan yang sia sia.

Saat sakit inilah berjemaah dirumah Nya tidak dapat di tunaikan, malah kena di kuratine kan. Doktor pun bagi 5 hari cuti. Apalagi sakit ini senang lak berjangkit. Solat pun dibuat dalam
Keadaan kurang aman tak seperti selalu, apa tidak nya, ketika bangun nak siolat badan dah sakit, kepala pusing, sentuh masa wudhu pun rasa ngilu. Ketika ini teringatlah lima perkara sebelum lima perkara:

•waktu mudamu sebelum tuamu, •waktu sehatmu sebelum sakitmu, •masa kayamu sebelum miskinmu, •masa lapangmu sebelum sibukmu,  •hidupmu sebelum matimu. 

Nasihat ini menekankan pentingnya memanfaatkan setiap kesempatan sebelum ia berlalu, menggunakan waktu muda beribadah, kesehatan untuk beramal, kekayaan bersedekah, dan waktu luang untuk hal yang bermanfaat. 

Oleh itu di ruang pagi Ahad ini, menyambut diri yang dah mula rasa lega dari tekanan influenza A, walaupun dah mula pula berjangkit pada anak anak isteri, di kongsikan empat perkara nak di buat bila sihat dan lapang..

#4 Kesibukan  Dilakukan Imam Ghazali
Imam Ghazali pernah memberikan panduan bagaimana dirinya mengisi kesibukan bila ada waktu luang. Dikutip dari Fawaz Muhammad Sidiqi dalam buku Muda Taat, waktu luang tersebut adalah sisa waktu setelah ia menyelesaikan segala kewajiban dan kesunnahan.

1. Mencari Ilmu Bermanfaat 
Imam Ghazali akan mengisi waktu luangnya dengan cari ilmu yang bermanfaat. Tanda sebuah ilmu bermanfaat di antaranya, menambah rasa takut pada Allah, menyedari kekurangan diri, menambah cinta pada Allah, mengurangi rasa cinta dunia, mengenal bahaya yang merusak amal, dan menyingkap tipu daya setan.

2. Banyak Beribadah
Meski sudah menunaikan kewajiban dan sunnahnya, Imam Ghazali tetap memper banyak ibadah di sela waktu luangnya dengan berzikir, membaca Qur'an, membaca tasbih, dan lain sebagainya.

3. Mengabdi pada Masyarakat
Maksud dari kesibukan ini adalah menyibukkan diri dengan kegiatan yang mendatangkan kebaikan kebaikan pada orang-orang muslim. Atau menyediakan kemudahan bagi orang orang sholeh agar lancar dalam beribadah.

4. Mencari Nafkah
Terakhir, Imam Ghazali juga tidak lupa untuk mencari nafkah yang halal demi memenuhi keperluan hidupnya dan keluarganya.

Ayat pertama: 4 perkara ini adalah dilakukan  setelah ia menyelesaikan  kewajipan dan kesunnahan.

#Akhirulkalam 

Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan dan memanfaatkan nikmat itu dengan perkara yang baik. Di samping itu, mohonlah agar Allah agar terus menganuge rahkan nikmat Nya kepada kita dan menambahnya dari semasa ke semasa.

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguh nya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” - Ibrahim, ayat 7

Alhamdulillah dalam susah apa pun Allah kekalkan semangat beribadah.
Terimakasih Allah.

Mubarak alaikum pada yang subuh berjemaah di rumah Nya..
Barakallahufikum 
Wassalam

* *Copyright © Ncs68 AL CHERASI: Nov 39 2025, 9 Jamadilakhir 1447*

Tears.Of.Truth

Kuliah Ust Mahadi Abd Razak







Comments

Popular posts from this blog