Muhassabaah Diri #19 Mohon pada khalid

Isnin Dis 1, 2025
10hb JamadilAkhir 1447 (10 - 6-1447)



Muhassabaah Diri 
"Minta lah pada Allah"




Catatan NCS *NasaruddinCheSalleh

*MONDAY’s SCRATCH of NCS*  Sampai kan walau hanya satu ayat •INTRO TO NOTA KULLIYAH USTAZ AZHARI MUSA. (1)

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Semoga Hari ni isnin in shaa Allah cuaca cerah, matahari akan bersinar nanti. Ahad semalam cuaca agak panas; walaupun sisa influenza A masih ada terasa tetapi degree nya pun semakin menurun: cerialah mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai saudara mara, sahabat dan sahabiah muslimin muslimat yang sayangi Allah sekalian.

Dalam pada diri ini masih lagi di kuarantine dari menghadiri solat jemaah disurau tapi ada nota “besar” berada di lubuk nota menunggu nak di share kan. Jadi pagi ni, tidak nak cerita panjang panjang tapi bak share dulu hadis panjang ini hal berkenaan manusia mencari nabi saw di padang mahsyar. Ini kerana hadir agak lewat sedikit ketika ust Azhari Musa berkulliyah maghrib tapi dari isi akan syarahan nya ia memulakan dengan hadis ini. Semoga kita temasuk dalam puak puak yang menemui syafaat itu di Mahsyar. Tapi saya percaya tidak ramai yang nak amik pot kisah ini, sebab semuanya sibuk uruskan dunia. 
Cerita akhirat pun tak guna kalau duit tak de , betul kan? 

Tak pe baca je: kalau nak jadi baham bacaan pun tak pe. 

#Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat nabi Muhammad mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata:“Marilah kita pergi meminta syafaat pada Muhammad !”
.
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan; Kumpulan orang tua yang menjerit jerit.Kumpulan pemuda.dan Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar mimbar.
 .
Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang kiamat. Mereka semua berminat pd mimbar Nabi Muhammad Mimbar terletak berhampiran dengan tempat berlaku nya kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi Adam as dan Hawa ada di bawah mimbar Nabi. Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat nabi Muhammad  serta cantik wajah mereka.” Mereka menyeru mana Muhammad? Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah mem bakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”

Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai.” Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila Nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri. Pengikut (umat Nabi Muhammad berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”

Nabi Nuh berkata: “Sesungguh nya, aku sibuk dengan kesalahan ku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Mintalah padanya agar menolong kamu!”

Nabi Ibrahim berkata: “Sesungguh nya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as Mintalah pertolongan darinya!”

Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukul nya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”

Mereka pergi berjumpa Nabi Isa a.s. Nabi Isa as berkata: “Sesungguhnya Allah telah melaknat orang2 Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk; tika Mariam melihat umat Nabi Muhammad dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”

Suara Mariam, didengari oleh Nabi Muhammad. Nabi Adam berkata pdnabi Muhammad  “Ini umat mu, Muhammad! Mereka berkeliling mencari
mu untuk meminta syafaat kepada Allah. 

Nabi Muhammad menjerit dari atas mimbar bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan sentiasa memohon kepada Allah untukmu!”

Umat Nabi Muhammad berkumpul di sisinya.

Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!”

Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhan ku telah memanggilku. Moga moga Dia akan meminta kepadaku.”

Nabi Adam as pergi menemui Allah. Allah berfirman:“Wahai Adam! Bangunlah dan hantar kan anakmu ke neraka!”

Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”

Allah berfirman: “Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”

Allah berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yg berdusta dan Aku haramkan kepada pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhenti lah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang ada berat pada kebaikannya dari dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa berunding dgn Ku! Sesungguhnya Aku telah jadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dgn 10 pahala agar memberitahu mereka , sesungguhnya Aku tak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembali kan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”

Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
.
.
‎والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
 Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar..

Bersambung esok..

Mubarak alaikum pada yang subuh berjemaah di rumah Nya..

Ahlan wa sahlan December..Masihi. 

Barakallahufikum 
Wassalam

* *Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 1Dec 2025, 10 Jamadilakhir 1447*


Ustaz Mahadi Abd Razak

Mintalah pada Allah SWT

Memahamj di mana kita perlu meminta pertolongan.

Comments

Popular posts from this blog