Muhassabaah Diri #15 REDA

Khamis Nov 27, 2025
6hb JamadilAkhir 1447 (6-6-1447)



Mimpi apa semalam
Dengan Rafiz Rashid. Dia bawa buah mempelam. Pergi buka belakang innova. Jom pergi Ikea!


Muhassabah Diri - Reda
Dengar - buat yang pekak. Hilang kemerduan bacaan Quran. Lantunan ayat2. Kata2 Allah SWT. 
Muhasabah Diri: Nikmat Pendengaran yang Allah Beri

1. Nikmat yang sering kita lupa
Allah SWT memberi kita telinga untuk mendengar — tetapi sering kita gunakan tanpa sedar. Betapa ramai manusia lahir tanpa pendengaran, namun kita diberi nikmat ini setiap hari.

2. Dalil dari Al-Qur’an
Allah berfirman:

 “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu, lalu Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
— Surah An-Nahl 16:78

Ayat ini menegur kita bahawa pendengaran adalah pintu ilmu, pintu hidayah, dan pintu syukur.

3. Muhasabah: bagaimana aku gunakan pendengaranku?

Adakah aku mendengar ayat Allah dengan penuh perhatian, atau hanya lalai?

Adakah aku mendengar nasihat baik daripada orang, atau aku abaikan?

Adakah telinga ini digunakan untuk mendengar ghibah, fitnah, maki hamun, atau perkara yang merosakkan hati?

Pernahkah aku memuji Allah atas nikmat telinga yang masih berfungsi setiap hari?

4  Hadis Rasulullah SAW
Baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah itu baik dan hanya menerima yang baik.”
Maknanya, Allah mahu telinga kita mendengar perkara yang baik, bukan yang merosakkan.

5. Renungan ringkas
Telinga tidak pernah berhenti bekerja, hatta ketika kita tidur. Namun hati sering lupa bersyukur. Setiap kali kita mendengar azan, bacaan Qur’an, suara insan tersayang — itu semua tanda Allah masih sayang.

Doa pendek muhasabah pendengaran

“Ya Allah, jadikan pendengaranku ini sentiasa mendengar yang benar, jauhkan aku daripada suara yang mematikan hati, dan kurniakan aku telinga yang patuh kepada-Mu.”

Suboh Surau Al Amin

Catatan NCS *NasaruddinCheSalleh)

*THURSDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat - Catatan sebalik rehat yang panjang .. #zikir Nabi SAW apabila terjaga tengah malam

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

SALAM PAGI KHAMIS salam DHUHA buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai saudara mara, sahabat sahabiah dan muslimin jua muslimat walau dimana jua berada..

Selamat bertugas semua atas tugasan apa sekalipun. Syukurlah perjalanan balik dari Gambang semalam. Di sepanjang di negeri Pahang hujan menenami dan sebaik masuk ke negeri selangor perlahan lahan ianya tukar ke gerimis sehinggalah tiba di Desa Melawati lokasi pejabat hujan mulai kurang. Mungkin ini tandamya pantai timur memasuki fasa tengkujuh. Syukurlah. Alhamdulillah. Persinggahan di area RNR Temerloh menjadi tempat berterima kasih pada yang Esa. Kerananya di situ lah, “hadiah” Allah untuk musafir di realisasikan - solat jamak taqdim magbrib dan qasar isya didalam maghrib. Ini suatu hadiah yang tidak sepatutnya di tinggalkan setiap kali bermusafir kerana atas Allah. Itulah situasinya, masih kekal ingatan pada Nya, dalalm apa jua dosa yang di perlakukan itu ada lah tanda kena tiap tiap hari mencari jalan kembali pada Nya..

Untuk pagi ini, menerima suatu rehat yang baik dari Allah, tersedar jam 545 pagi, tak sempat nak belek apa pun. Hatta tahajjud pun juga terlepas dan tinggal hanya membaca wirid sambil dalam berbaring …

‎لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

“Tidak ada Tuhan Selain Allah, tidak ada sekutu bagi Nya, milik Nya segala kekuasaan dan bagi Nya segala pujian. Dia Maha kuasa atas segala sesuatu”

Kemudian di atas katil juga, sebelumnya bangun persiap kan diri ke surau berjemaah subuh; berdoa mohon Allah ampunkan diri sendiri dan untuk ibu bapa dan sekalian umat muhammad .. 

‎اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

“Wahai Tuhanku, ampunilah saya dan kedua orang tua saya dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi saya diwaktu kecil."

Di sambung lagi dengan doa ini..

‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ، إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ

“Ya Allah, ampunilah seluruh kaum muslimin dan kaum muslimat, kaum mukminin dan kaum mukminat, baik yang masih hidup maupun yang sudah meninggal, Sesungguhnya, Engkau adalah Dzat yang Maha Mendengar, Mahadekat, Dzat yang mengabulkan doa.

Semoga ada doa malaikat untuk saya atas doa di atas.. 

Sebenarnya Allah sudah sedarkan saya seawal jam 430 pagi tapi hanya sempat bangun ke bilik air dan lepas itu, sambung tidur sehingga di kejutkan jam 515 pagi dek alarm Iphone, namun; diusia begini sudah mula merasai kepenatan mengharungi permusafiran dan perlukan masa untuk refresh. Lalu, tertidur dan mujur kebiasaan bangun sebelum waktu nya subuh membantu terjaga jam 545 pagi. Namun, apa2  pun alhamdulillah dapat berwirid dan berdoa seperti yang di atas walaupun hanya di katil tidur.  Semoga doa di terima Allah sebagai satu pahala ibadah. Aaamin ..

So untuk perkongsian pagi ini, saya menggali sesuatu tentang zikir Nab SAW bila terjaga tengah malam; paling tidak kalau pun tak sempat tahajjud..


#zikir Nabi SAW apa bila terjaga tengah malam

‎. لَا إِلَهَ إِلَّا اللّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Zikir ini menekankan pada keesaan Allah, mengingat kan kita bahawa segala urusan dunia dan akhirat berada di tangan Nya. Membaca zikir ini ketika terjaga tengah malam mem buat hati akan lebih tawaduk, menghilangkan rasa resah mempermudah doa. Nabi SAW mengajarkan hamba Allah bersungguh sungguh dalam mengakui keesaan Allah, kerana itu membuka jalan kepada pengampunan dosa dan keberkatan hidup. Ulama menekankan bahawa zikir ini menenangkan hati dan menanam kesedaran Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

‎. سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Zikir ini membersihkan hati dari sifat sombong dan meng ingatkan selalu bersyukur. Dengan menyebut Subha nallah, ertinya kita memuji kesempurnaan Allah; dan Walhamdulillah menekankan syukur atas nikmat; La ilaha illallahu meneguhkan tauhid; dan Allahu Akbar mengingat kan kebesaran Allah yang tiada tanding nya. Ketika terjaga di tengah malam, baca zikir ini akan memberi ketenangan, fokus dan men yiapkan hati untuk doa yang lebih khusyuk.

‎. لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلّا بِاللّهِ

Zikir ini adalah pengakuan tiada kekuatan melainkan dari Allah. Ia membantu menghapus rasa lemah, cemas, atau resah. Terjaga tengah malam adakalanya membuat hati terganggu:  bacaan zikir ini membawa pada menenangkan jiwa, memberi keberanian meng
hadapi cabaran dan meng
ingatkan bahawa segalanya bergantung kepada kuasa Allah. Kata ulamak: amalan ini menguatkan iman dan keyakinan bahawa Allah mendengar doa hamba Nya.

‎. رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ

Zikir ini mengajarkan kita tidak hanya mendoakan diri sendiri, tetapi juga ibu bapa yang masih hidup atau telah pergi. Baca doa ini selepas tiga zikir sebelumnya akan menambah keberkatan dan menyiapkan hati memohon segala hajat. Nabi SAW dah menekankan kepentingan berdoa untuk kedua ibu bapa, kerana doa anak yang soleh jadi pemberat amal baik orang tua di akhirat, mengamalkan zikir ini ketika terjaga tengah malam, hati menjadi tenang, penuh kasih sayang dan doa akan lebih mustajab. In syaa Allah. 

Tinggal saja kita untuk beramal dengan; jangan buang peluang yang Allah kejutkan kita setiap awal pagi sebelum masuk subuh walaupun tidak sempat bertahajjud..


Semoga kita kekal bertawakal pada Nya.. Aaminn

#Akhir kalam.. 

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluan nya) ." (At-Thalaq: 3)

"Seandainya ber tawakal pada Allah dengan sebenar benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab ra.)

Carilah takwa, Allah swt akan beri "jalan keluar dari segala perkara yang menyusah kan, dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan amalan takwa. Amalan taqwa ini jadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu melimpahi dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian Nya.

Mudahan kita termasuk golongan yang membaca dan beramal dengan amalan yang baik..

SELAMAT TUNAIKAN SOLAT DHUHA.

Wallahua’lam
Barakallahufikum 
Wassalam

* *Copyright © Ncs68 AL CHERASI: Nov 27 2025, 6 Jamadilakhir 1447* 
PM d


Klau bkan awak punya jangan ambik
Klau salah jgn buat
Klau tak pasti jgn ckap
Klau tak tahu diam


Muhassabah Diri # Marah



Comments

Popular posts from this blog