Muhassabaah Diri #13 Solat
Selasa Nov 25, 2025
4 JamadilAkhir 1447 (4-6-1447)
Muhassabaah Diri #13 Solat
"Adakah sempurna solatku!".
Ayat-ayat al-Quran Mengenai Solat
1. Perintah Mendirikan Solat
🔹 Surah Al-Baqarah 2:43

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(Al-Baqarah 2:43) |🔹 Surah Al-Baqarah 2:110

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:110) |Catatan NCS *NasaruddinCheSalleh)
*TuesDAY’s SCRATCH of NCS* Sampai kan walau hanya satu ayat #Sebalik Nikmat Hujan adanya Ujian: “Merasai beriman bilamana tiada nya ujian musibah, ini suatu perbandingan yang salah kerana benchmarknya adalah nabi saw; yang paling hebat di uji Allah”
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ
Ya allah! subuh dini hari mula menghadir kan diri dengan ada limpahan air dari langit, sesetengah jalanan dah pun banjir penuh air; lindungilah makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcikpakcik, ipar duai sedaramara, sahabat sahabiah muslimin muslimat walau dimana jua adanya semua selagi tulisan serba kekurangan ini menyelinap masuk ke mata dan minda nya; lindungi kami daripada semua musibah jika ada dari limpahan air atas kehendak Mu ini. Malah…" اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙŠِّبًا “
"Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yg bermanfaat".
Ø£َÙ…َّا بَعْدُ ; Amma ba'du; adapun setelah itu. Salam pagi di hari selasa semua. Hujan makin menderas, angin mendingin, jalanan juga mula menyepi di desa desa, tak di kota kota kerana, malah; ianya makin menghimpit bukan sepi. Teapi kami tetap melaju mencari Mu; istiqamah mendatangi rumah Mu jua kerana di suasana Dini hari begini bukan alasan untuk berhenti mentaati Mu..
Cuma mohon simpati Mu atas sifat Hebat dan Mulia nya Mu, kasihani kami ini, jangan di hempap dengan apa jua musibah yang tak tertanggung sebalik nikmat hujan tak terhitung ini.
Malam tadi, di sesetengah tempat bergelut dengan ancaman banjir, di kawasan kawasan yang tak terlibat, sempat diberi masa untuk terus berjemaah di rumah Nya. Walau pun hujan sejak semalam tidak berhenti lagi,
Saf Solat Subuh pun seperti biasa, kuliah maghrib pun masih ada untuk hadirkan diri. Dalam pada masa yang sama, tidak berhenti berdoa di hujung sujud yang rakaat terakhir, semoga Allah akan beri kan perlindungan dari apa jua kesusahan yang dihadapi mangsa banjir di kelantan, malah di area Ulu Langat disini pun juga alami ancaman banjir.
Bersabar dengan ujian Allah ini dan ini semua hadir atas kasih sayang Nya. Di kulliyah maghrib surau al amin waktu malam tadi, dalam pada ust Zuhaili mengupas intro kitab 40 hadis oleh Imam Nawawi, terselit kata kata yang boleh digunakan Untuk meredakan kerungsingan kita berdepan dengan nikmat hujan ini. Sesungguh nya apa apa pun sederhana terbaik, airpun kalau berlebihan akan bawa mudharat.
“Merasai beriman bilamana tiada nya ujian musibah, ini suatu perbandingan yang salah kerana benchmarknya adalah nabi saw, paling hebat di uji Allah” - Ustaz Zuhaili 3 Jamadil akhir 1447 H @ surau al amin.
Maka ; TERCETUSLAH…#Jangan katakan kamu beriman sebelum diuji
"Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam macam ujian kepadanya kerana Aku mahu men dengar suaranya.";(2) "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiar kan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"(3) - Ankabut
Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman” Mereka tidak dibiar kan buat dakwaan seperti itu hingga terdedah pada ujian dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka.
"Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (Kahfi:7-8).
Secara terang difirman kan olehNya bermaksud: "Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali."
(al Anbiya:35).
Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan at-Tirmidzi: Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan
Al-Alaq:6-8 pula "Ketahuil ah ssngguh nya manusia benar benar melampaui batas ketika menganggap dirinya serba cukup. Sesun gguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembali
Sabda Rasulullah SAW: "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatir kan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan hingga binasa, sebagai mana bergelumang dan binasanya umat yang terdahulu." (Bukhari)
"Dan antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah." Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksana kan perintah Allah swt, dia menganggap gangguan itu seakan seksaan daripada Allah. Dan jika datang per tolongan daripada Allah, mereka pasti akan berkata: "Sesung guhnya kami berserta dengan kamu (kaum mukmin)." Ssngguh nya bukan kah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia? Dan sesungguhnya Allah swt mengetahui orang yang beriman dan benar benar mengetahui orang yang munafik." (AlAnkabut:10-11).
"Ujian yang tiada henti hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak anaknya, tapi dia bersabar, akan menemui Allah swt dalam keadaan tidak berdosa." (At-Tirmidzi)
Semoga bermanfaat dan membantu untuk berdepan dengan musibah
#Akhirulkalam
Ambil ilmu, muhasabah dan perbaiki diri, yang mana rasa boleh ambil, ambillah; kalau rasa tak boleh sila hanyutkan sahaja ke laut ya
Al-Israq : ayat 7; Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu ber buat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat huku man bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh musuh mu memasuki nya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis habisnya apa saja yang mereka kuasai. (17: 7)
Al-Israq sendiri bermaksud PERJALANAN MALAM. Dan Malamdinihari umpamanya benda yang tidak nampak, hakikat kiasan PERJALANAN KEROHANIAN.
Bila kita nak berubah ke arah nakkan kebaikan, bersedia lah menghadapi musuh yang terlebih awal mendiami hati kita, bersedialah menhadapi dugaan yang bakal menguji keimanan kita dari 8 arah angin iblis masuk. Maka dari situlah timbul rasa tertekan, Malas, bosan, nak cepat, tak ikhlas dan lain2, persepsi dan prasangka. ONLY THE STRONG WILL SURVIVE, dengan sabar pasti darjat seseorang akan meningkat.
Wallahua’lam
Barakallahufikum
Wassalam
* *Copyright © Ncs68 AL CHERASI: Nov 25 2025, 4 Jamadilakhir 1447*
Kisah Hidup Shahnon Ahmad
(Jan 1933 - Dis 2017)
Di sebuah kampung kecil bernama Banggol Derdap, Sik, Kedah, pada 13 Januari 1933, lahirlah seorang anak lelaki yang kelak menjadi suara lantang rakyat marhaen—Shahnon bin Ahmad. Beliau dibesarkan dalam suasana kampung yang serba kekurangan, dikelilingi sawah, lumpur, serta manusia-manusia yang hidup dengan kerja keras. Dari pengalaman hidup inilah nanti lahir karya-karya yang begitu jujur tentang penderitaan dan ketabahan.
Sejak kecil, Shahnon sudah minat membaca. Walaupun hidup susah, beliau rajin mencatat, menulis dan memerhati gelagat manusia. Pada usia remaja, beliau mula menulis cerpen dan menghantar karya ke majalah. Tidak lama kemudian, bakatnya disedari.
Beliau menyambung pengajian dan akhirnya bergelumang dalam dunia akademik, sehingga menjadi Profesor di Universiti Sains Malaysia (USM). Di kampus inilah, Shahnon memberi nafas baru kepada penulisan Melayu, mendidik ramai pelajar, dan menjadi rujukan dalam bidang kritikan dan teori sastera.
Namun nama Shahnon memuncak dengan karya-karya besarnya. Novel "Ranjau Sepanjang Jalan" mengangkat kisah perjuangan petani miskin, Lahuma dan Jeha, dengan gambaran yang begitu hidup—seolah-olah Shahnon menumpahkan pengalaman zaman kecilnya di Kedah. Novel ini menjadikannya terkenal, bahkan diangkat ke layar perak.
Tahun demi tahun, Shahnon terus menulis — kadang tenang, kadang lantang. Sesekali beliau menghasilkan karya bernada keras dan satira politik, seperti novel "Shit" yang menimbulkan kontroversi tetapi membuktikan keberaniannya mengkritik keadaan negara.
Pada tahun 1982, beliau dianugerahkan Sasterawan Negara, satu pengiktirafan tertinggi dalam dunia kesusasteraan Malaysia.
Pada penghujung 1990-an, Shahnon mengejutkan ramai apabila memilih terjun ke dalam gelanggang politik. Beliau bertanding atas tiket PAS dan menang sebagai Ahli Parlimen kawasan Sik dalam pilihan raya 1999. Di Parlimen, beliau terus membawa suara rakyat desa yang menjadi tema hidupnya.
Walaupun aktif dalam politik seketika, jiwanya tetap kembali kepada dunia penulisan dan akademik. Sastera adalah denyut nadi dirinya.
Pada 28 Disember 2017, Shahnon Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun. Pemergiannya meninggalkan satu warisan besar — bukan sekadar buku, tetapi cermin kehidupan orang kecil, kritikan pada ketidakadilan, dan keberanian untuk berkata benar.
Firaun
Haman
Qarun
Ulul Azmi - Noh, Ibrahim, Isa, Musa. Muhamad
Cabaran Nabi Noh
1. Kaum yang degil dan keras hati
Kaum Nabi Nuh menolak dakwah selama 950 tahun.
✔️ Mereka enggan beriman
✔️ Mereka melawan kebenaran
✔️ Mereka menutup telinga & mata daripada kebenaran
2. Dituduh pendusta & dihina
Mereka mengejek dan merendahkan Nabi Nuh.
Surah Hud 11:27
“Kami tidak melihat engkau melainkan manusia biasa seperti kami… kami tidak percaya kepadamu.”
3. Diperlekeh kerana golongan miskin ikut baginda
Pembesar kaumnya menghina pengikut Nabi Nuh yang miskin.
Surah Hud 11:29
“Aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman.”
4. Dihina kerana membina bahtera
Ketika Nabi Nuh membina kapal besar di atas darat, mereka mentertawakan baginda.
Surah Hud 11:38
5. Isteri & anak sendiri enggan beriman
Cabaran keluarga paling berat:
Isterinya termasuk golongan pengkhianat (Surah At-Tahrim 66:10)
Anaknya Kan‘an enggan naik kapal dan tenggelam (Surah Hud 11:42–43)
6. Dicabar oleh pembesar kaumnya
Mereka meminta Nabi Nuh mendatangkan azab jika benar.Surah Hud 11:32
“Datangkanlah apa yang engkau janjikan, jika kamu orang yang benar.”
7. Dakwah panjang tetapi hasilnya sangat sedikit
Walaupun berdakwah hampir satu milenium, pengikut baginda cuma sedikit.
Surah Hud 11:40 menunjukkan jumlah mereka sangat kecil.


Comments
Post a Comment