Sabtu Dis 20, 2025
29 hb JamadilAkhir 1447(29-  6-1447)

Ramadhan - 60 Hari

3. Mutiara Kata
"Hindar Kemungkaran Dengan Zakrul Maut"

- Insan Ingat Lah - 

Dinner di Rosz - IOI Mall

Siapa AMIR BIN LUHAY

Rasulullah ﷺ menyebutnya secara khusus dalam hadis sahih:
“Aku melihat ‘Amr bin Luhayy menyeret ususnya dalam neraka; dialah orang pertama yang mengubah agama orang Arab.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*SATURDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat •#Ustaz Nazri in the house : FEQAH. 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
‎اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”
Salam sabtu salam isyrak pagi yang masih mendingin dek musim teng kujuh dah mula melingkari dengan hujan setiap hari. Hujan yang turun bukanlah sekadar fenomena alam, tetapi ia adalah limpahan rahmat dan peluang keemasan untuk bermunajat kepada Allah.
Hujan di muara airnya deras, Payung sekaki kongsi ber sama; Di Musim tengkujuh banyak terjejas, Berhati hati jika hendak ke mana mana.
Perjalanan ke tanah rendah sekebun bumi bumi puteri saadong dalam perancangan sejak seminggu yang lalu pun masih tertangguh dek kerana musim tengkujuh. Kena Bersabar dan akan di rancang semula..
Alhamdulillah malam tadi dapat duduk dalam majlis ilmu mendengar ustaz nazri berkulliyah  bab FEQAH. 
Inilah bab yang paling di gemari para jemaah; kalau di layan boleh berpanjangan sehingga jam 9 malam. Tapi semalam ustaz mengawal  sehingga masuk isya sahaja. Untuk pagi ini disertakan apa yang di ulang kaji di malam tadi….
#Ustaz Nazri in the house : FEQAH. 
•IMAM BANGUN TERLEBIH RAKAAT, makmum tak ikut imam, 
Jika imam bangun terlebih rakaat (misalnya naik rakaat ke 5 dalam solat Zohor), makmum yang sedar haram mengikutinya; makmum perlu duduk diam, jika imam tak turun, makmum kena niat mufaraqah (berpisah) dan teruskan solat sendirian, selesaikan dengan sujud sahwi, manakala imam perlu sujud sahwi sebelum salam kerana terlupa sunat. Maka, Makmum tidak boleh ikut berdiri kerana itu mengikut orang salah dan solatnya batal, kecuali jika dia tak sedar. 
Tindakan Makmum
* Jika sedar:
    * Jangan ikut berdiri. Duduk diam di tempatnya.
    * Jika imam tidak turun, makmum niat mufaraqah (berpisah) dan solat sendirian.
    * Selesaikan solatnya, termasuk sujud sahwi jika perlu (jika dia terlupa sujud sahwi bersama imam).
* Jika tidak sedar:
    * Jika makmum turut berdiri tanpa sedar, solatnya sah. 
Tindakan Imam
* Jika sedar selepas berdiri tegak:
    * Tidak boleh sengaja turun untuk duduk kembali (kecuali segera/baru nak berdiri).
    * Teruskan solat hingga selesai.
    * Sujud sahwi sebelum salam kerana terlupa tasyahhud awal (sunat).
* Jika makmum menegur:
    * Jika makmum menegur imam tersalah rakaat, ulama berpendapat imam tidak perlu mengikut teguran makmum jika dia yakin betul.
* Jika dia tahu dia salah:
    * Jika imam tahu dia salah (misalnya terlebih rakaat), dan dia teruskan, solatnya mungkin batal jika dia sengaja. 
Situasi ini perlu dikendalikan dengan tenang. Makmum yang sedar mempunyai tanggungjawab untuk tidak mengikut kesilapan imam, manakala imam perlu sujud sahwi untuk mengelakkan batal solatnya kerana terlupa sunat (tasyahhud awal). 
•Mufaraqah. Jalan paling selamat. 
Mufaraqah daripada segi bahasa bermaksud berpisah atau meninggal kan. Mufaraqah dalam solat jemaah ialah tindakan makmum yg berpisah daripada imam. Tindakan mufaraqah atau berpisah dari imam  dibahagikan kepada lima hukum antaranya:
Wajib – Apabila melihat imam melakukan perkara yang membatalkan solat.
Sunat – Apabila melihat imam tertinggal perkara sunat dalam solat seperti qunut dan tasyahud awal.
Harus – Apabila imam terlalu memanjangkan bacaan.
Makruh – Makruh berpisah daripada imam tanpa ada keuzuran kerana meninggalkan fadilat (kelebihan) solat jemaah yang lebih banyak.
Haram – Haram berpisah daripada imam jika perbuatan tersebut menyebabkan syiar Islam tidak menyerlah contohnya dalam solat Jumaat.
ESOK; Cara Berpisah (Mufaraqah) Daripada Imam
#Akhirulkalam 
Alhamdulillah. Semuanya dalam perlindungan semoga terus kekal istiqamah setia pada  islam dan mencintai Allah dan para nabi nya terutamanya nabi saw. 
Perlu perjuangan bahkan pergolakan batin yang boleh jadi tidak sedikit. Apalagi godaan dari lingkungan yang boleh  mempengaruhi akan keistiqomahan. Jika tak  kuat memegang prinsip, sangat mungkin seorang muslim tergelincir berakhir pada akhir yang buruk. Padahal,
ia semasa hidupnya sudah bekerja keras dlm kebaikan. Oleh kerana  itulah kita perlu berdoa kepada Allah Swt agar dianugeragi satu sikap istiqomah hingga akhir hayat menjemput.  Agar istiqomah hingga kematian menyambut kita. 
Allah swt lah yang men gendalikan segala sesuatu nya, termasuk hati kita. Maka, mohonlah kepada Maha pembolak balik hati yg menggenggam hati setiap manusia.
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas Agama Mu.”
Wallahu’alam.
Barakallahufikum 
Wassalam
* *Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 20 Dec 2025, 29 Jamadilakhir 1447*

Comments

Popular posts from this blog