Ahad Dis 21, 2025
1 hb Rejab1447(1 - 7 -1447)

Ramadhan - 59 Hari


*SUNDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat •#Ustaz Nazri in the house : FEQAH. 
(Bahagian 2) 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

‎اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”

Ya Allah, ya tuhan kami, di pagi hari ahad yang mulia ini, kami bermohon ke hadratmu, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

Ya Allah, ya tuhan kami, kami mohon kepada mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh solehah, rumah tangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia akhirat.
aminnnn...

SELAMAT PAGI makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai saudaramara, sahabat sahabiah muslimin muslimat dan sesiapa yang melintasi picisan ini  

JOM SEDEKAH SUBUH ! 

Perkongsian subuh di teruskan..

•#Ustaz Nazri in the house : FEQAH. (Bahagian 2) 

#Cara Berpisah (Mufaraqah) Daripada Imam

Tiada lafaz niat yang khusus untuk berpisah daripada imam. Makmum boleh sahaja berniat dalam hati untuk berpisah daripada imam. Contoh: “Aku berpisah/mufaraqah daripada imam”

Kebiasaannya, tindakan berpisah daripada imam ini diambil apabila imam melakukan kesalahan yang besar dalam solat yang melibatkan rukun seperti tertinggal atau terlebih bilangan rakaat solat. Walau bagai manapun, terlebih dahulu jemaah yang berada berdekatan dengan imam perlu menegur;  menyebut Subhanallah (bagi imam lelaki) dan menepuk belakang tangan sendiri supaya didengari oleh imam (bagi imam perempuan). 

“Sekiranya imam lupa  perbuatan (solat), lalu meninggalkannya, atau ingin mengubahnya, maka mustahab (sunat) bagi makmum untuk bertasbih untuk memaklumkan imam.”

Jika imam menyedarinya; mengerja kan rukun yang tertinggal, maka makmum wajib mengikutnya. Jika imam masih melakukan kesalahan tersebut barulah makmum diwajibkan berpisah daripada imam. Manakala dalam hal sunat, ada beberapa keadan yang perlu difahami 

Pertama, jika imam dan makmum tertinggal perbuatan sunat dan telah bergerak melakukan rukun seterusnya (contoh: telah sujud dan tak membaca Qunut), maka tidak perlu lagi kembali melakukannya.

Kedua, jika imam dan makmum tertinggal perbuatan sunat dan teringat sebelum melakukan rukun seterusnya maka boleh mengulangi perbuatan sunat semula.

•Sujud sahwi - imam buat makmum kena buat, makmum yang tak buat, akan batallah solatnya. 

Ya, hukumnya adalah makmum wajib ikut sujud sahwi jika imam melakukan nya kerana lupa, dan solat makmum batal jika dia tidak ikut (sengaja) sujud , kerana ia dianggap perbuatan tambahan yang tidak diwajibkan pada makmum, melainkan makmum berniat mufarakah  (berpisah dari imam). Namun, jika makmum terlupa untuk sujud sahwi dan terus memberi salam bersama imam, solatnya tidak batal, dan jika imam teringat untuk sujud sahwi, makmum yang turut salam tadi wajib kembali sujud bersamanya. 

Perincian Hukum Sujud Sahwi:

* Makmum Wajib Ikut: “apabila imam sujud maka hnedaklah kamu (makmum) bersujud” ( bukhari) 
* Makmum Tidak Ikut (Sengaja): Solatnya batal, kerana ia dikira melakukan perbuatan tambahan tanpa sebab.
* Makmum Tidak Ikut (Tidak Sengaja):Jika makmum tidak tahu imam lupa, dia tidak perlu sujud. Jika dia tahu tetapi tidak ikut, solatnya batal.
* Situasi Berbeza: Jika imam memberi salam tetapi makmum sedar imam lupa dan terus sujud sahwi tanpa mufaraqah, solat makmum batal kerana perbuatan tambahan.
* Makmum Masbuk (Terlambat): Jika makmum masbuk ikut sujud sahwi bersama imam, sunat baginya mengulangi sujud sahwi sekali lagi di akhir solatnya kerana sujud pertama itu mengikut imam, bukan kerana sebabnya sendiri. 

#Next: istiklaf - nak ganti iman. 

“Jaga jaga ibadah ini kalau kita buat dengan betul pun kena ada rasa takut dan harap pada Allah.. “

Wallahu’alam 

#Akhirukalam 

Rupanya melihat apa yang kita ada dan meraikannya sebagai sebuah nikmat, ialah cara termudah untuk kita bahagia. Yakinlah bahawa Allah telah menentukan masa hadapan kita dengan sebaiknya. 

Wallahu’alam.

AHLAN WA SAHLAN YA REJAB

Barakallahufikum 
Wassalam

* *Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 21 Dec 2025, 1 REJAB 1447*

Comments

Popular posts from this blog