Selasa Dis 23, 2025
3 hb Rejab 1447) (3- 7-1447)
Ramadhan - 57 Hari
Mutiara Kata
"Beribadat Bagaikan Mati Akan Menjelabg Esok Hari"
- Insan Ingat Lah -
*TUESDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat # Apapun Keadaannya, Jangan Pernah Tinggalkan Majlis Ilmu
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”
Setiap pagi adalah anugerah dari Allah utk memperbarui komitmen keimanan memper baiki diri, meraih keberkahan Nya. Mulakan hari dgn doa dan perintah Allah, agar akan dapat ketenangan dan juga keberkahan dari Nya.
Ya Allah, di Selasa pagi yang penuh kesempatan baik ini aku memohon jadikanlah keajaiban dari kekuasaan Mu yg menyelesaikan masalah ku dan membuka pintu pintu rezekiku yang besar dan lancar. Engkau Yang Maha Penguasa dari ketetapan dan kejadian, maka tetapkan dan jadikan lah yang terbaik bagiku dan bagi keluargaku.
Aamiin ...
Pagi ahad hari terakhir duduk dalam ilmu. Kalau di ikutkan malam ini dah mandatory untuk berada dalam majlis ilmu.
Jika tidak duduk di majlis ilmu selama tiga hari, hati boleh menjadi "mati" atau keras kerana ilmu adalah makanan hati, sama seperti tubuh badan yang memerlu kan makanan; perumpamaan ini menekankan kepentingan ilmu menyuburkan iman dan mencegah hati daripada menjadi keras atau mudah terjerumus dalam maksiat, sebagaimana dinukil kan dalam kitab kitab agama (seperti Iihya ulumuddin yang mengatakan hati tanpa hikmah selama 3 hari akan mati, jadi sentiasa mencari ilmu itu penting.
Semoga ada izin dari Nya untuk bersama jemaah di mana mana masjid rumah Nya untuk menadah ilmu.
Untuk mengubat hati terimalah;
#Apapun Keadaannya, Jangan Pernah Tinggalkan Majlis Ilmu
Pada majlis ilmu ada dua hal utama yang membuat istiqamah sampai ajal menjemput: pertama adalah ilmu yang menjaga kita dan kedua adalah sahabat yang sollih yang selalu ingat kan akan akhirat.
Saudaraku, apapun keadaan nya , jangan pernah tingga lkan majlis ilmu.jika tidak lboleh setiap hari, jadi kan 3 hari aekali,, mungkin sebulan sekali, jika tidak tak mungkin 2 atau 3 bulan sekali, insyaa allah waktu itu selalu ada, yang menjadi intinya adalah apakah kita mengutamakan atau tidak? Jika tidak jadi prioriti maka tidak akan ada waktu dan tidak akan ada usaha untuk itu. Jangan pernah juga meninggalkan majlis ilmu kerana sudah merasa berilmu atau telah menjadi “ikhwan senior”, para ustadz dan ulama pun terus belajar dan menuntut ilmu.
Saudaraku, mereka yang berguguran dipersimpangan jalan dakwah adalah orang perlahan lahan meninggal kan majlis ilmu secara yang keseluruhan, ada yang ah tenggelam dgn kesibukan dunia atau merasa sudah berilmu kemudian menjadi sombong dan tergelincir.
Abdullan Mubarak menunjuk kan kehairanan, bagaimana mungkin seseorang jiwanya baik jika tidak mau menuntut ilmu dan menghadiri majlis ilmu. Beliau berkata, “Aku heran mereka yang tidak menuntut ilmu, bagaimana mungkin jiwanya mengajak kepada kebaikan.”
INGATLAH; Ilmu yang menjaga KITA ..
Dengan ilmu pemahaman yang benar seseorang agar terjaga dari kesalahan dan ketergelinciran. Ibnul Qayyim berkata, “Ilmu itu menjaga pemiliknya sedangkan pemilik harta akan menjaga hartanya.”
Dengan menghadiri majlis ilmu juga akan menimbulkan ketenangan kebahagiaan yang mejadi tujuan hidup di dunia ini. Apabila niatnya ikhlas, maka akan merasakan ketenangan di majlis ilmu dan akan terus mencari majlis ilmu di mana pun berada. Majlis ilmu adalah taman surga yang membuat seseorang merasakan ketenangan.
”Jika kamu melewati taman-taman surga, maka singgah lah dengan senang.” Para sahabat bertanya,”Apakah taman-taman surga itu?” Beliau menjawab,”Halaqah halaqah (kelompok) zikir.” [HR Tirmidzi
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,
“Sesungguhnya zikir di antara amal memiliki kelezatan yang tidak boleh diserupai oleh sesuatupun, seandai kan tidak ada balasan pahala bagi hamba kecuali kelazatan dan kenikmatan hati yang dirasakan oleh orang yang berziki, maka kenikmatan berzikir saja sudah men cukupi, oleh kerana itu majlis majlis zikir dinamakan taman taman surga.”
“Dan tidaklah sekelompok orang berkumpul di dalam satu rumah di antara rumah rumah Allah; mereka mem baca Kitab Allah dan saling belajar diantara mereka, kecuali ketenangan turun kepada mereka, rahmat meliputi mereka, malaikat mengelilingi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan (para malaikat) di hadapanNya.” [Muslim]
#Akhirulkalam
Di majlis ilmu kita akan pasti bertemu dengan sahabat yang selalu ingatkan akan akhirat. Di majlis ilmu kita akan berjumpa dengan sahabat yang benar benar sejati, sahabat yang selalu mem beri kan nasihat dan mengingat kan kita apabila salah.
Sebuah ungkapan arab berbunyi:
“Sahabat sejati mu adalah yang senantiasa jujur (kalau salah diingat kan), bukan yg senantiasa membenar kan mu”
Dengan Sering berjumpa dengan orang solih yang sabar dengan kehidupan dunia ini dan tidak rakus akan harta dan kedudukan, hidup kita akan mudah dan lebih bahagia.
Perhatikan bagaimana Ibnul Qayyim kisahkan tentang guru beliau Ibnu Taimiyyah,
“Kami (murid murid Ibnu Taimiyyah), jika kami ditimpa perasaan gundah gulana atau muncul dalam diri kami prasangka-prasangka buruk atau ketika kami merasakan kesempitan hidup, kami segera mendatangi beliau untuk meminta nasehat, maka dengan hanya memandang wajah beliau dan mendengarkan nasehat beliau, serta merta hilang semua kegundahan yang kami rasakan dan berganti dengan perasaan lapang, tegar, yakin dan tenang”
Wallahu’alam.
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 23 Dec 2025, 3 REJAB 1447*
#Ramadhan57
TAQWA (Siri AmalanKu) Adi Hidayat
Disebut 240kali dlm AlQuran.
1. Anak Yatim - Memelihara anak yatim (kematian bapa).


Comments
Post a Comment