Khamis Dis 25, 2025
5 hb Rejab 1447) (5- 7-1447)

Ramadhan - 55 Hari

Mutiara Kata - 6
"Kubur: Permulaan Taman Syurga dan Kawah Neraka"

Insan Ingat Lah - 


Suboh Surau Al Amin

Orang tua pintu tengah syurga...

Daripada Abu Darda’ r.a., aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
“Bapa (ibu bapa) itu adalah pintu tengah syurga. Maka jika kamu mahu, sia-siakanlah pintu itu, atau peliharalah ia.”

^ThursDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat #Between maghrib dan isya di surau al amin di malam ke 4 bulan Rejab- Kitab 40 hadis Jalan ke Syurga: bersama Ust Abdul Halim Azam. (2)


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

‎اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”

Salam pagi Sabtu ! Semoga pagi Sabtu makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai saudara mara, sahabat sahabiah dan muslimin muslimat ; sesiapa melintasi picisan ini, ceria, penuh keberkatan, awal permulaan kepada hujung minggu yang indah bersama keluarga, diiringi rezeki yang  melimpah ruah, kesihatan yang baik, bahagia selalu. Selamat menikmati hari Sabtu! 

Memulakan hari dengan pemikiran positif; ini sangat lah penting bagi menyokong perjalanan kita setiap hari
yang mendatang. Temukan inspirasi motivasi menjalani hari merujuk pada Quran dan Sunnah..

Ayat 5 Al-Insyirah): "Maka (tetapkanlah kepercayaan mu) bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan”

“Ya Allah Kami reda Engkau sebagai Tuhanku. Islam sebagai agamaku dan Nabi Muhammad Saw sebagai Nabi dan Rasulku.” (Ahmad)

Selamat berjuang untuk sebuah akhirat..

Sambungan nota semalam.. 

#Kitab 40 hadis Jalan ke Syurga: be#mendidikrsama Ust Abdul Halim Azam. (2) • #mendidik berbuat baik pada anak perempuan 

Dari aisyah ru: Seorang miskin datang ke rumah ku dengan mendokong dua anaknya, lalu aku memberi nya tiga biji kurma pada nya. Perempuan itu, memberikan sebiji seorang. Sebiji dia nak makan, tapi saat dia nak makan, anaknya nak lagi. Lalu dia belah kurma yang sebiji itu dan memberikan pada anak anak nya. Dan siibu tidak makan. Lalu ku cerita akan pada nabi saw, akan rasa kagum nya aku pada si ibu itu. Lalu nabi saw bersabda : ssgh nya Allah telah anugerahkan syurga pada perempuan itu atas perbuatan baiknya itu atau Alllah bebaskan perempuan itu dari api neraka.

Dari abu said alkhudri ra; nabi saw: sesiapa yang ada 3  atau 2 anak perempuan dan mejaga mereka dengan ilmu agama dan besarkan mereka sehingga mengahwinkan dangan suami yang baik, pasti akan di balas dengan syurga. 


“Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu bersabar dengan kesusahan dan kesukaran mereka (kerenah mereka), Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dengan rahmatNya kepada mereka. Lalu lelaki itu bertanya: Jika ada 2 orang anak perempuan wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya, jika ada dua orang anak perempuan. Lelaki itu bertanya: Jika ada seorang anak perempuan? Baginda bersabda: Ya, walau pun jika hanya ada seorang anak perempuan”

Kalau dah tak de anak, buat lah baik pada cucu pula. Nak menjaga anak perempuan semasa Kecil amatlah susah dan perlu pengorbanan dan memang berbeza menjaga anak perempuan. 

#Extra note: 

#Suami yang kematian isteri perlu kahwin lagi kerana ia memenuhi fitrah semula jadi lelaki berkahwin dan mencari peneman, selain mem bantu menguruskan kehidupan harian seperti memasak, mengemas, dan jika ada anak anak menbantu membesar kan anak anak, jika anak2 sudah berdikari, sudah pasti anak nak hidup dengan keluarga masing masing; jadi untuk seorang lelaki ia mengelakkan kesepian dan memenuhi keperluan kasih sayang, yang mana dalam Islam, ia dibenarkan selepas tamat tempoh edah, dan isteri baharu akan menjadi pendamping di dunia dan akhirat. Kahwin semula adalah satu pilihan yang membantu lelaki memenuhi keperluan fitrah, mengurus kan kehidupan, membina keluarga baharu, dan ia adalah sesuatu yang dibenarkan serta digalakkan dalam Islam selagi ia dilakukan mengikut syariat

#Wanita adalah fitnah hiasan dunia tapi keindahan wanita adalah wanita solehah. Islam amat menjaga wanita, mahal nya wanita sebab itulah ianya perlu di tutup anggota daripada pandangan bukan mahram. 

#Akhirukalam 

Terima kasih Allah atas segala gala nya. Semoga tidak lah kami termasuk dalam puak puak yang melupakan Mu.

Barakallahufikum buat semua..


Wallahu’alam.
Wassalam

#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 25 Dec 2025, 5 REJAB 1447* 
#Ramadhan55

Comments

Popular posts from this blog