Sabtu Dis 27, 2025
6 Hb Rejab 1447) (6- 7-1447)

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
(At-Taubah 9:36) |Berkat . Di manakah letaknya BERKAH?
Tiga kedudukan - Tempat, Waktu(masa) dan Amalan.
4 Bulan HARAM Dalam Islam
Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram
*SATURDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat #Bersama Ustaz Dr Fairuz - Cara hilang marah
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”
Salam sejahtera makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai saudaramara, sahabat dan sahabiah muslimin muslimat dan juga sesiapa yang sudi singgah sebentar diruang sini. Selamat pagi Sabtu Dah hari Sabtu sudah hampir ke penghujung pengembaraan di bulan Disember 2025.
Teringat pada cerita SPACE 1999. Bagaimana bayangan pengarah drama manifestasi ruang angkasa tahun 1999. Masa tayangan tu ialah tahun 1980. Sekarang dah 2025. Tidak dapat nak di bayang kan keadaan 10 tahun lagi. Apakan keizinan Allah pada manusia untuk mencipta apa lagi merentasi waktu yang sedang berlari. Apa pun jua ingatlah, bahawa Kiamat itu benar.
Al-Hajj : 7: "Dan sesungguh nya hari Kiamat itu pastilah datang, tidak ada keraguan padanya; dan bahwasa nya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur."
Frasa "sesungguhnya kiamat itu pasti datang" pengingat akan janji Allah swt tentang hari akhir yang tak terelak kan, menjadikannya salah satu rukun iman yang wajib diyakini oleh setiap Muslim. Maka, jangan tunggu begitu sahaja.
Alhamdulillah malam tadi dapat ber simpuh disampai kan seketika di ruang utama surau al amin BTHO, men dengar kulliyah maghrib oleh ustaz Dr Fairuz Nazir Masjid BTHO. Dan masa nak solat, satu saf bersebelahan dgn nya. “ lama tak nampak? Ada sebelah mana?” Tanya nya ringkas. “ ada ada lagi ustaz, kekadang ikut waktu, asal masuk waktu cari masjid, banyak juga masa di pejabat jadi banyak ada di masjid yang berdekatan kawasan pejabat” jawab saya ringkas. Syukurlah semangat melekat kan diri di masjid masih Allah kekalkan dalam diri ini. Moga nya kekal sehingga akhir hayat. Semoga akan lah kita termasuk dalam 7 golongan yang mendapat naungan Allah swt di Hari Kiamat. Antara nya ; orang yang hatinya terikat di masjid. Seseorang yang hatinya sentiasa rindu dan suka gemar memakmurkan masjid dengan solat dan aktiviti masjid.
Untuk pagi ini, saya kongsi kan sedikit apa yang sempat dicatat dari kulliyah ustaz Dr Fairuz malam tadi semoga ia menjadi manafaat buat semua…
#Bersama Ustaz Dr Fairuz - Cara hilang marah
Bukannya orang hebat akan hebat dalam semua bidang. Maka jangan sombong. Yang hebat semua adalah Allah swt.
Tariklah dalam diri perasaan hina, ada pun merasa hina jauh lebih baik dari merasa hebat. Semuanya akan ada saat kita bertemu Allah yang hebat, apa nak jadi kalau kita memakai rasa hebat didunia. Rasa hebat membawa pada cepatnya datang perasaan marah.
Perasaan marah apa pun akan datang hadir hatta nabi sendiri, sebab itu nabi dan rasul itu dari kalangan manusia - aku ini manusia biasa seperti kamu - ana basarun. Ianya supaya senang kita manusia biasa nak mengikut apa yang nabi buat. Andai nabi itu dari kalangan malaikat sudah tentu kita manusia tidak boleh ikut.
Suatu hari sayyidina omar datang pada nya perasaan marah, lalu dia masukkan air ke dalam hidung, ia nya menenangkannya ; sssghnya marah (ghadab) itu datang dari syaitan dan memasuk kan air ke dalam hidup dan menghembusnya cara mem buang marah.
Bila kamu marah kamu dongak ke langit atas kepala kamu kemudian kamu lihat bumi di bawah tapak kaki kamu dan lihatlah keseluruhannya alam dan agungkan pencipta Nya
Kenapa kita marah? Sebab kita rasa kita hebat, lalu bila lihat ke langit dan bumi ingatlah kita ini kecil sahaja kerdil hina dibandingkan besarnya langit dan bumi terbentang di depan mata. Maka, buanglah rasa ego itu!
Pandanglah bumi dan langit rasailah kekerdilan kita; badingkan kita dgn bima sakti, jangan biar rasa sombong menguasai diri kerana kalau sudah sombong tidak kira siapa kita maka tidak ada gunanyq kita.
“Orang yang sombong biasanya akan cepat marah”
ESOK; “Setiap perkara yang dicakap berulang ulang akan lama lama melekat kesannya”
#Akhirukalam
Teruskanlah menjalani kehidupan dunia ini dengan matlamat akhirat, mencari keseimbangan tuntutan dunia dan akhirat, menjadi kan dunia sebagai jambatan bekalan untuk kehidupan kekal, bukan destinasi utama, dengan sentiasa mengikut petunjuk Allah agar amalan dunia kita mendapat ganjaran di akhirat kelak,
Al-Qasas ayat 77/ “ Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupa kan bahagianmu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik pada mu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan jangan lah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguh nya Allah tidak suka kepada orang2 yang berbuat kerosakan ".
Dunia ini sementara, setiap amalan kita akan dihisab serta dibalas di akhirat kelak.
Barakallahufikum buat semua..
Wallahu’alam.
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 27 Dec 2025, 7 REJAB 1447*
#Ramadhan53

Comments
Post a Comment