Ahad Dis 28, 2025
7bHb Rejab 1447) (7- 7-1447)
Memanah - Perancangan itu.milik kita, ketentuan itu milik Allah SWT. Kejituan pemahaman mengapa Rasululllah SAW memberatkan "Memanah". Mata, tangan, fokus.
- Ust Zul Pandan -

*SUNDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat #Bersama Ustaz Dr Fairuz - “Setiap perkara yang dicakap berulang ulang akan lama lama melekat kesannya”
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”
Salam bersama udara sejuk seawal si pagi ahad salam kembara musafir makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai saudaramara, sahabat dan sahabiah muslimin muslimat dan buat yang sudi mampir ke ruang tak seberapanya ini.
Doa daripada musafir lalu ini, berbahagialah dunia dan akhirat semuanya..
Alhamdulillah; bergerak ke kluang sambil menyiinggah santuni kenduri kahwin di EMBUN resort Putrajaya, dan sebelum tiba ke destinasi dalam berdepan dengan Jem kreenng Plus Highway sejak dari SEREMBAN, sempat menyinggah di udang mee udang galah Muar. Akhirnya bermula jam 1130 pagi keluar dari Seri Minang dan tiba di Kluang jam 6 petang. Dan dipastikan hadiah Allah berupa jama dan qasar di gunapakai. Wirid dan zikir dalam solat solat di panjang kan sedikit kerana rakaat solat sudah pun di mudah kan Allah dari empat ke dua cuma maghrb jer yang tak berubah. Apa lagi yang nak didustakan tentang nikmat iman dan amal, walaupun diri penuh kekurangan tapi Allah masih sudi beri keizinan Nya. Tidak ada sikit pun kekuatan beribadah kalau bukan atas izin Nya.
Untuk pagi ini, nak sambung nota ketika bersama Ustaz Dr Fairuz. Semoga adalah manafaatnya..
##Bersama Ustaz Dr Fairuz - “Setiap perkara yg dicakap berulang ulang akan lama lama melekat kesannya”
Dengan anak anak kena banyaklah berpesan dan berwasiat. Walaupun kadang kadang anak anak rasa kita suka berleter. Pentingnya pesanan dan wasiat itu hanya boleh disampai kan ketika kita masih hidup, kalau dah mati tak boleh berpesan berwasiat lagi. Jangan kecewa. Walaupun anak tak dengar masa kita pesan wasiat tapi in shaa Allah mereka akan ingat sewaktu saja kita sudah tidak ada lagi didunia. Berpesanlah pada anak anak, jangan kecewa kerana mereka akan mengingatinya suatu hari nanti. Jangn berhenti berwasiat pada anak anak. In shaa Allah akan jadi ilmu manafaat dan akan jadi amal jariah kita dalam kubur.
“Setiap perkara yg dicakap berulang ulang akan lama lama melekat kesannya”
Kadang kadang sesuatu nasihat dan peringatan itu perlu diulang ulang agar ianya melekat kukuh di dalam hati sanubari
Semoga kita tidak berhenti menduduki majlis ilmu dan ridak bosan dengan ilmu yang berulang ulang. Kerana itu lah yg akan membentuk kita.
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ (٥٥)
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (Adz-Dzaariyaat: 55)
#Akhirukalam
Cukuplah sekadar ini dahulu tulisan pada kali ini. Mudah-mudahan tulisan ini bermanfaat kepada kita semua supaya sukakan kepada mendengar dan menerima tazkirah. Dengar dan terimalah tazkirah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Mudah mudahan kita tergolong kalangan orang-orang yang beriman. Seterus nya dengan mendengar menerima tazkirah dapat menambah kan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt.
Selamat berehat dan meyantuni akan jemputan yang menang tak terkira di hujung december musim cuti.
Wallahu ‘alam.
Barakallahufikum buat semua..
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 28 Dec 2025, 8 REJAB 1447*
#Ramadhan53
Comments
Post a Comment