Isnin Dis 29, 2025
8 Rejab 1447) (8- 7-1447)

Ke makam Bonda


 *MONDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat  #Ust Hasnul @ SAA Btho #keberkatan bulan haram
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
‎اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”

Salam ISNIN buat makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai saudaramara, sahabat dan sahabiah muslimin muslimat dan buat yang lapang ke sini pagi ini.. 

Kadang-kadang hari Isnin datang bersama rasa berat dan malas, tetapi sebagai hamba Nya, kita diajar untuk memohon kekuatan dari Allah agar di jauhkan dari itu semua. 

Hidup lah bersama Allah di hari Isnin, jadikan lah Isnin sebagai hari bermula penuh keberkatan, perbanyakkan amalan sunat; tahniah pada yang ber puasa sunat Isnin, sentiasa berzikir dan berdoa, dan yang menjadikan setiap usaha sebagai ibadah, kerna Isnin adalah hari amalan di bentangkan kepada Allah dan hari bersejarah penting bagi umat Islam - kelahiran Nabi Muhammad SAW. Ini adalah tentang menjadikan Isnin bukan "Monday Blues", tetapi hari untuk meningkatkan semangat juang dan kebersamaan dengan Allah melalui amalan. Aaaminn.

Semoga isnin kita akan lebih tenang dan bertenaga serta diberkati Nya.

Syukurlah hari ini tercipta dalam sejarah bilamana permusafiran darii kluang menuju ke GLAMHALL di damansara, berhenti di IGC, sehingga waktu maghrib. Tergunalah empat waktu menjadi 2 waktu jamak dan qasar, anugerah illahi dek kerana tidak memasuki Bandar Tun Hussein Onn. 
Mudah nya islam itu tapi janganlah di permudahkan. 

“ solat jamak qasar sah dilakukan sehingga anda tiba di destinasi (rumah/tempat tinggal) dan status musafir tamat, selagi ia dilakukan dalam tempoh musafir yang dibenar kan (maksimum 3 hari 3 malam, tak termasuk hari tiba dan pulang), syarat musafir lain dipenuhi; jika sudah sampai dan masuk kawasan rumah/taman, kelonggaran ini tamat, dan solat seterusnya perlu sempurna (4 rakaat) atau jamak taqdim jika waktu solat belum tamat”

Semoga bermanafaat!
Untuk pagi ini, ada suatu perkongsian nota di catat di lagi sabtu ketika bersama ustaz Hasnul abu bakar. 

#Ustaz Hasnul
‎ٱللَّٰهُ رَبُّنَا وَرَبُّ ٱلْعَالَمِينَ
 "Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan sekalian alam," 
Esanya Allah sebagai Pencipta dan Pengatur seluruh kewujudan, Dia ada lah Rabb Tuhan, Pemelihara, Pengurus segala galanya, manusia dan seluruh alam semesta; bergantungah sepenuh nya kepada Allah untuk segala gala nya. 
Buah kendodongkan buah pulasan, Para jemaah Ahlan wa sahlan. Telor rebus telor dadar, Jemaah al amin apa khabar? 
#keberkatan bulan haram

Attaubah ayat 36
‎إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًۭا فِى كِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۭ ۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا۟ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ كَآفَّةًۭ كَمَا يُقَـٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةًۭ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ ٣٦
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu meng aniaya diri kamu dalam bulan bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan
Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagai mana mereka memerangi kamu seluruh nya; ketahuilah sesungguh nya Allah beserta orang orang yang bertaqwa.
Ayat ini dikuatkan dengan sepotong hadis 4054 dalam Bukhari 

Ssghnya masa detik terus bergerak sebagaimana Allah ciptakan langit dan bumi dalam setahun ada 12 bulan dan 4 yang haram itu adalah zulkaedah, zulhijjah, dan juga muharam ( jika ikut turutan) dalam hijriah dan rejab pula ( terasing ) dan syaaban. 

Dulu lama kini sekejap,  
Selamat datang bulan rejab

Kini kita berada di bulan rahmat dan mulia. Ada juga di kalangan manusia yang berada dalam kemuliaan dan berkah - ziadatul khair pi amar. lokasi kemuliaan ada di yaman; ada dalam anbiyat ayat 71. Ianya bumi sham - barokna telah di berkati dan akan sampai bila2 akan di diberkati. 
Keberkataan waktu masa detik, yang dimaksud kan al haram adalah terhormat disisi agama. Bukannya “haram” dalam makna hukum yang tidak boleh di buat tapi ianya adalah kemuliaan dan keberkahan. 
Bersambung esok..

#Akhirulkalam 
Hidup lah dengan Allah; jadikan lah Allah as pusat segala kehidupan, letakkan harapan hanya kepada Nya, sentiasa mengingatiNya dengan zikir, berserah diri, mencari redhaNya, dan jalani hidup dgn penuh ketaatan,  akhlak mulia, rasakan akan kebersamaan Nya dalam suka dan duka, jadikan lah dunia tempat persinggahan, mencintai dan mengasihi sesama manusia kerana Allah. 
Ini adalah gaya hidup yang mencari kebahagiaan sejati diakhirat  melalui hubungan yang erat dengan Allah swt. 
Wallahu ‘alam.
Barakallahufikum buat semua..
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 29 Dec 2025, 9 REJAB 1447* 
#Ramadhan52

Comments

Popular posts from this blog