Selasa Dis 30, 2025
9 Rejab 1447) (9 - 7-1447)


Ayahnda


*TUESDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat  #Ust Hasnul @ SAA Btho #keberkatan di bulan haram (2)

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

SebarkanSalam ❤.. 

‎اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”

Bayangkan kita ucapkan salam dengan ucapan yang diberikan Allah  swt kepada Nabi saw. Bahkan Rasulullah mengajar ummah mengucap
kan salam atas diri masing2 dan seluruh hamba Allah yang soleh dalam setiap bacaan tahiyat dalam solat dengan lafaz, 

‎السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِيْنَ

 "Salam sejahtera ke atas kamu dan juga ke atas hamba Allah yang soleh". (Ada dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah bin Mas'ud, hadis 831.)

Maka amatlah perlu kita menghadir kan makna itu setiap kali bacanya dalam tahiyat.

Salam selasa buat makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik dan pakcik, iparduai saudaramara, sahabat dan sahabiah muslimin muslimat dan buat

Orang mukmin mesti mem perbanyak kan memberi dan sebarkan salam.

"Ya! Berikanlah salam kepada setiap muslim lain yang kita jumpa samada kenal atau tidak!"

"Salam membuka pintu rezeki kerana barangsiapa menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu rezekinya"

Salam juga adalah cara men
doakan kesejahteraan orang lain,

"Barangsiapa mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat kembali kebaikan tersebut."

Selamatlah semuanya, syukurlah hidup masih diselubungi dengan rasa ingin menunaikan solat berjemaah. Walau semalam hanya subuh berjemaah dirumah Nya lagi empat berjemaah bersama ahli keluarga. Cuma yang tertinggal, majlis ilmu saja. 

Untuk itu pagi ini dikongsi kan lebihan nota di pagi sabtu oleh Ustaz Hasnul. 
Semoga kita mulakan pqgi dengan ilmu. 

##Ustaz Hasnul @ SAA Btho
##keberkatan bulan haram (2)

Doa yang dibaca dalam setiap awal setiap bulan hijriah: antaranya di Malam 1 rejab awal syaaban dan Awal ramadhan. 

“Ya Allah engkau menzahir kan kepada kami; kehidupan ini dengan aman damai dan kesejahteraan islam, bulan yg penuh dengan kebaikan.

Bila dah masuk rejab baca lah doa berdasarkan sunnah nabi saw. - ya Allah berkati lah kamu dalam bulan rejab syaaban dan panjangkan hidup kami sehingga ke bulan Ramadan. 

Perhatikanlah bila masuk rejab dan syaaban ni biasa nya akan ramai meinggalkan dunia, jadilah ramadhan lalu adalah ramadahn terakhir. Jaga jagalah semua..

Kata kata ulamak .. 

Rejab menanam, Syaaban menyiram, di Ramadahn menuai ; Rejab umpama angin, Syaaaban umpama awan dan Ramadhan pula umpama hujan

Dah bolehlah warming up berpuasa dan buatlah akan amalan bulan Rejab. Di dalam rejab berlakunya isyra mikraj. 
Ayat pertama surah isra’ men yebut kan akan perkara ini. 

‎سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ ١

Maha Suci Allah yang telah menjalan kan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid AlHaraam (di Makkah) ke Masjid AlAqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesngguh nya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Kita kini berada dalam rejab akan meraikan isra mikraj dan janganlah apa yang berlaku di bumi Syam. Kita di Malaysia aman damai tapi lihatlah kehidupan mereka di sana. Mereka terus berjuang untuk kehidupan di dunia dengan mengharapkan suatu kebaikan di sana nanti. 

Bulan rejab bulan menanam. Bulan zulka’dah, bulan yang nabi bermimpi mengerja kan umrah. Dimaklumkan kepada sahabat, gembiarlah semua mereka kerana akan ke Mekah akhir nya. Zulhijjjah pula adalah bulan haji. Hanya berlakunya haji dalam bulan zulhijjah.

ESOK; Kenapa 4 bulan ini di kategorikan sebagai bulan Haram (mulia dan barokah)? 

#Akhirukalam 

Jalan cerita hidup kita penuh dengan kejutan. Kita hanya mampu rancang, tapi semua nya Allah yang tentukan. Jadi sentiasa bertawakkal kepada Allah naa. Serahkan urusan kepada Allah. Tugas kita ber usaha dan berdoa 

Agama untuk orang yang berakal…

Ali Imran ayat 190 – 191 :

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda tanda bagi orang orang yang berakal, (190) (yaitu) orang2 yang mengingat Allah sambil berdiri duduk atau dalam keaadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau men ciptakan ini dengan sia sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka (191)

Seorang disebut benar berakal sehat, bilamana ia taat beribadah kepada Allah. Dan ibadah yang paling utama adalah tauhid…

Wallahu ‘alam.

Barakallahufikum buat semua. Wassalam

#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 30 Dec 2025, 10 REJAB 1447* 
#Ramadhan51

Comments

Popular posts from this blog