Khamis

Makan ni saja...



*ThursDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat #Ust abdul Razak Mahadi - kitab bahrul mahzi ( Ihfazillah Ya Fazka) 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Salam khamis di tahun 2026 bersama, Pemurah Pengasih dan Penyayang nya Allah swt buat makayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai juga sedaramara, sahabat sahabiah muslimin muslimat dan jua pada yang sempat menjengah ruang maya ini. SELAMAT LAH melangkah ke tahun masihi 2026, tahun yang men jadi rujukan kebanyakan orang dalam berurusan seharian. Semoga semua nya dalam perhatian Nya membawa kita ke alam seterusnya selepas ini. 
 
‎اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”

Bersempena dengan itu, sama2 lah kita panjatkan  DOA "PENGIKAT KASIH"  AGAR KITA MENCINTAI DAN DICINTAI KERANA ALLAH ..

‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمَ. اللَّهُمَّ صَلَّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. يَا رَحِيمُ يَا وَدُود، اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي/اجْعَلْنَا مَحْبُوبًا فِي قُلُوبِ __ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Wahai yang Maha Penyayang dan yang Maha Mencintai, jadikan saya/ jadikan kami disayangi di dalam hati .. nama/panggilan) dengan rahmat-Mu wahai yang paling Maha Penyayang.”

Pada tempat kosong tu, boleh pilih untuk sebutkan nama atau panggilan yang diingini:

1. Suami/isteri.
2. Ibu Bapa.
3. Anak.
4. Saudara-mara.
5. Kawan.
6. Guru guru.
7. Orang orang soleh.

Jangan risau, jika tidak mampu sebutkan dalam bahasa Arab maka boleh ucapkan dalam bahasa Melayu, Allah Maha Men getahui segalanya. Paling penting kita gembira dan ikhlas dalam berdoa.

MasyaAllah, selain amalkan untuk diri, sama sama kita ajarkan juga doa ini kepada ahli keluarga agar selalu membacanya. Bayangkan, suasana keluarga meng aminkan doa ini ketika di bacakan selepas solat berjemaah bersama, diakhiri dengan bersalaman dan berpelukan sesama insan tersayang. InsyaAllah ini ikhtiar kita membina bahagia, dan keluarga Syurga. 

Untuk perkongsian pagi ini, di kongsi kan satu nota di catat pada malam Rabu di surua al amin ketika ustaz 
abdul razak mahadi men yampaikan kulliyah mem bahas kitab Bahrul Mahzi…

#Ust abdul Razak Mahadi - kitab bahrul mahzi

Janganlah Nak kan pada Allah hanya ketika susah, masa senang Allah seolah olah tak pernah ada. 

“ Ingatkan Allah masa senang mu; nescaya Allah akan ingat masa susah mu”

Masa senang selalu berharap berdoa pada Allah, masa susah Allah akan dengar doa kita, antara suara suara yang selalu berdoa masih senang dan sihat. Masa senang buat amalan soleh dan bila sakit susah tidak mampu nak buat kerana banyak halangan, pahala amalan itu seolah olah berjalan seperti kita berbuatnya juga. Ini maksud nya masa susah Allah ingat kita. 

Ihfazillah Ya Fazka; pelihara lah Allah, maka Allah akan memelihara kamu.

Ingatlah janganlah letakkan solat atau berbuat amal soleh sebagai umpan untuk kita nakkan habuan bai dari Allah, buatlah kerana ianya kerana Dia kerana dia maha pemurah Maha penyayang. Siapa pun Allah akan beri kalau ada usaha, pemberian itu akan bermakna jika disayangi Nya, dia hanya sayang orang beriman tapi Dia beri pada semua yang berusaha. Yang disayangi Nya berusaha akan dapat dengan berkatNya. 

Ingatlah selepas solat kita akan rasa menunggu solat lain pula, bertali arus selagi bernafas biarlah fikrah tunggu solat ada dalam jiwa sehingga nyawa terlepas dari badan ertinya kita akan mati dalam solat.

Telah diangkat kalam dan keringnya dakwat. Sudah semuanya dalam suatu ketetapan Allah. 

#Akhirukalam 

Semoga kita dapat beramal dan menjadi insan yang sentiasa berkasih sayang dan mendapat cinta yang Maha Penyayang.

Wallahu ‘alam.

Barakallahufikum buat semua..

Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 1 Jan 2026, 12 REJAB 1447* 
#Ramadhan 49 hari lagi

Comments

Popular posts from this blog