Rabu Dis 24, 2025
4hb Rejab 1447) (4- 7-1447)
Mimpi Apa Semalam
Hadiri kelas Sanad, Ust Dr Daud SALLEH. Berumpa Prof. Dr. Lim Swee Tin, guru bahasa Malaysia di SYP, Kuala Krai.
*WednesDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat #Between maghrib dan isya di surau al amin di malam ke 4 bulan Rejab- Kitab 40 hadis Jalan ke Syurga: bersama Ustaz Abdul Halim Azam.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”
Bismillah! Moga hari RABU kali ini penuh dengan rasa kegembiraan. Permulaan hari yang indah. Semoga Allah lapangkan hati kita, mudah kan urusan kita dan limpah kan rahmat dan keberkatan.
Mulakan hari kita dengan senyuman, Alhamdulillah, 'ala Kulli Hal ; nescaya dunia akan tersenyum kembali kepada kita. Selamat pagi!
SYUKUR sangat pada Nya, selepas missed malam Ahad kulliyah maghrib dan malam isnin dengan pelbagai hal urusan keluarga kononnya, akhir, malam tadi hari selasa malam rabu, nekad ketepi kan segala urusan lain untuk lapangkan duduk didepan ustaz di antara maghrib dan isya menadah telingga minda dan jiwa pada pengisian di surau al amin BTHO. Dan ternyata ianya banyak hal menyedarkan. Terutamanya bila hadis di baca berbicara bahasa ilmu perihal rapat kan diri dengan anak yatim.
Tersentuh hati dek kerana selama ini Allah ada beri peluang untuk saya santuni anak anak yatim anak anak asnaf melalui satu persatuan anak asnaf PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF AL BARAKH MALAYSIA. Tetapi beberapa bulan ini selepas bulan terakhir menyalurkan bantuan dari kawan kawan pada mereka adalah pada bulan September. Ada lah pula terabaikan message dari persatuan itu sejak awal december, astaghfirullah!
Kerana itu, hasil dari teguran kulliyah maghrib malam tadi, hati ini terus tergerak untuk menghubungi mereka dan in syaa Allah akan di salurkan pada hari jumaat nanti. Itu lah kenapa kita perlu selalu di peringatkan..
KITA SEMUA TAHU, TAPI KITA LUPA. SEBAB TU KENA INGATKAN. Hidup ni bukan sebab kita tak tahu, tapi kita selalu lupa. Lupa mati.
TerimakasihAllah.
Untuk pagi ini terimalah satu sharing nota yang dicatat di malam tadi.
#Between maghrib dan isya di surau al amin di malam ke 4 bulan Rejab: Kitab 40 hadis Jalan ke Syurga: Bersama Ustaz Abdul Halim Azam.
#Berbuat baik pada anak yatim
#Dalam Islam, anak yatim ialah kanak kanak yang ayahnya telah meninggal dunia sebelum mereka mencapai usia baligh (dewasa), walaupun mereka masih ada ibu, datuk, atau nenek. Gelaran yatim hanya untuk kanak kanak kerana mereka perlukan bantuan, manakala jika kedua ibu bapa meninggal, ia dipanggil yatim piatu dan jika sudah baligh, mereka tidak lagi bergelar yatim secara istilah syarak.
Ada Hadis tentang berbicara keutamaan memelihara anak yatim, di mana Nabi SAW ada bersabda, "Aku dan orang yang memelihara anak yatim akan berada di surga seperti ini," sambil mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengah (dirapatkan sedikit), menunjukkan betapa dekat nya kedudukan mereka di surga, dan hadis ini adalah sahih riwayat Bukhari.
Makna Isyarat: Menunjukkan betapa kedudukan yang sangat dekat dengan Rasulullah saw di dalam syurga bagi mereka yang ikhlas menyantuni anak yatim. Ini adalah anjuran besar untuk menyayangi, menjaga, dan memenuhi keperluan anak yatim kerana Allah.
Tunjukan simpati kita kepada anak anak yatim. Terutama nya pada ketika saat saat meriah seperti musim raya.
Belailah mereka dengan penuh kasih sayang usap rambut ( pada yang usia yang kena dan lelaki dengan lelaki) Bantulah mereka, terutama apalagilah kalau mereka itu dari waris waris dan kaum kerabat kita. Nabi saw sangat menyayangi anak anak yatim kerana baginda lahir sebagai yatim dan masa masih kecil lagi sudah jadi yatim piatu.
Ayah meninggal ketika di kandungan, masa umur 6 tahun, ibu pula tinggal kan dunia. Benar sungguh baginda dapat merasai perasaan anak anak yatim dan piatu ini.
Orang yang mengambil berat akan kedudukan keewangan anak anak yatim akan di masukkan ke syurga dan akan dapat berdampingan dengan nabi saw. Sebalik nya yang makan harta anak anak yatim akan masuk ke neraka dan akan memakan ketulan.
(Nota: mengambil sedikit harta anak yatim yang juga anak buah kita untuk men jaga meraka ikut keperluan tidak mengapa)
Sebagai kefahaman nya, mereka yang menjaga anak anak yatim akan dapat bersama nabi di syurga nanti. Jika dah ada peluang; janganlah lepas kan peluang menjaga anak yatim ini dan jangan rasa ianya meyusah kan kita. Ambillah kisah dari halimatul sadiah yang meng
ambil nabi saw sebagai anak susuan nya walaupun saat itu sudah tiada yang hendak ambil nya. Di campakkan rasa kasih sayang pada nabi ke dalam jiwa halimatul.
#mendidik berbuat baik pada anak perempuan
< esok ..>
#Akhirukalam
فَذَكِّرْ فَمَآ أَنتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍۢ وَلَا مَجْنُونٍ ٢٩
"Maka tetaplah memberi peringatan, dan kamu disebabkan nikmat Tuhan kamu itu bukanlah seorang tukang tenung dan bukan pula seorang gila." ( At tur 29)
Daripada ayat ini, jelaslah batapa pentingnya tazkirah. Tazkirah penting pada untuk pemberi tazkirah dan juga untuk yang diberi tazkirah. Selalunya, manfaat tazkirah itu adalah untuk orang yang kita beri tazkirah. Apabila orang yang kita beri tazkirah itu meng amalkan apa yang kita katakan, dia akan dapat pahala dan kita pun turut dapat pahala yang sama tanpa men gurangkan pahala yang dia dapat. Bagi pemberi tazkirah, Allah jadikan nya sebagai medium baiki diri nya.
Jangan fikir tazkirah itu hanya untuk orang lain, tetapi fungsi utamanya adalah untuk individu yang memberi tazkirah.
"Hai orang2 yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah ayat ayat perkataan yang benar (tazkirah), niscaya Allah memperbaiki amalan amalan kamu dan mengampuni dosa dosa kamu." (Ahzab 70-71)
Jadi, dengan tazkirah yang kita sampaikan, Allah akan tolong kita memperbaiki amalan amalan kita.
Umpama membasuh baju. Apa yang pertama bersih? Adalah tangan kita. Baju yang kita basuh itu belum tentu bersih. Tetapi yang pasti tangan kita sudah bersih.
Tazkirah yang kita buat pun begitu; yang pertama kali diperbaiki Allah Ta'ala adalah diri kita.
Tapi ingat, tazkirah sangat hebat ganjarannya. Prinsip pelaburan; "high return high risk." Jika tazkirah ganjaran yang hebat, maka ujian yang dihadapi penyampai tazkirah juga hebat.
Barakallahufikum buat semua..
Wallahu’alam.
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 24 Dec 2025, 4 REJAB 1447*
#Ramadhan56

Comments
Post a Comment