Ahad Feb 1, 2026
13 Syaban 1447 (13-8-1447)



*SUNDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat  # SALAM NISFU SYAABAN. Cetusan kulliyah maghrib Ust Zahzan @ surau al amin BTHO

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Salam Ahad syukur kehadrat Nya; INDEED; Setiap pagi adalah suatu nikmat baharu daripada Allah swt buat mak ayah, ahli ahli saya, jua adik beradik, makcik pakcik dan iparduai sedara mara, para sahabat sahabiah muslimin muslimat di seantero alam. Selamat pagi Ahad ; Salam hujung minggu semua. Pagi yang indah dengan ucapan Syukur Alhamdulillah.

"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”

Terimakasih Allah dengan takdir yang baik baik buat majlis resipsi du Alam Maya semalam. Doa diri sendiri, doa dari ibu buat anaknya terutama nya, doa ahli ahli dan dari semua memohon kebenaran Nya memberkati dan juga merahmati majlis semalam menjadi kan ianya satu penyerahan kerana hebat mana kita merancang Allah saja lah menentukan. Hadir seramai 1380, yang kurang di cukup kan dan yang terlebih di rahmati. Itu saja harapan pada setiap majlis yang dah di rancang. Semoga yang datang keana Allah dan yang menganjur kan pun kerana Allah. 

Tabarakallah, Terimakasih semua yang hadir…

Alhamdulillah malam tadi dapat juga bertandang ke majlis ilmu duduk di depan walau datang lewat dalam kepenatan berdiri dari jam 10 pagi sehingga jam 4 petang. Berbuat suatu yang diluar kemampuan sebenarnya, hanya izinNya semua nya itu berlaku. Tambah pula yang datang mengisi ilmu pada hari semalam adalah Ustaz ZahaZan pula. Maka sedikit pengisian pagi ini di kongsi kan nota berikut…

“Nisfu syaaban lagi tinggal dua hari, beribadahlah bersendirian, banyak lah akan kebaikannya.. “ - ustaz Zahazan

Berdasarkan hadis hadis yang banyak tentang nisfu syaaban ini,  ada beberapa  faedah diambil. Di antaranya ialah:

* Kita dituntut pada malam ini perbanyakkan doa kepada Allah . Ini kerana, tak dinafi kan di malam tersebut ada kelebihan bila mana padanya ada keampunan penerimaan yang khusus yang memohon keampunan berdoa pada Nya. Oleh sebab itu, Imam asSyafi‘i masukkan malam nisfu Syaaban sebagai salah satu daripada lima malam yang mustajab untuk berdoa di dalamnya. 

* Selain itu, dari hadis juga menunjukkan keampunan Allah itu amat luas. Perkara ini selari dengan firman Allah SWT:

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

 “Sehingga aku berkata (pada mereka): ‘Pohonkan lah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguh nya Dia adalah Maha Pengampun’.”
(Surah Nuh: 10)

* Allah SWT tidak akan mengampun kan dosa syirik melainkan dengan taubat. Firman Allah SWT:

‎إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik yang memperse kutukan Nya ( dgn sesuatu apa jua), dan akan ampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yg dikehendaki Nya (menurut aturan Syariat-Nya). Dan sesiapa yang mem persekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.” (al-Nisa’: 48)

* Orang yang bermusuhan tak akan dapat keampunan daripada Allah. Perkara ini jada disebut dalam sebuah hadis sahih, daripada Abu Hurairah , Nabi bersabda:

“Sesungguhnya pintu pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis dibuka, lalu diampun kan setiap hamba yang tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu kecuali orang yang antara dia dan saudaranya yang saling bermusuhan. Kemudian, dikatakan: ‘Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai, tangguhkanlah dua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguh kanlah dua orang ini hingga mereka berdamai’.” Muslim (4652)

* Allah tak akan meng ampun kan dosa orang  ada sifat dengki dan Allah swt akan membiarkan mereka ini sehinggalah ditinggal kan sifat itu.“Janganlah saling membenci, jangan saling mendengki, dan jangan saling membelakangi (bermusuhan). Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.” al-Bukhari (6065)

* Selain itu, orang orang yang membunuh diri tidak akan dapat keampunan dari Allah; dosa membunuh diri termasuk dalam dosa2 besar yang memerlukan seseorang itu untuk bertaubat. “Hendak lah kamu menjauhi tujuh perkara yang membinasa kan (tujuh dosa dosa besar). Mereka bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah perkara perkara tersebut?’ Baginda bersabda: ‘Syirik kepada Allah, sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang dibenar kan, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari medan perang, dmenuduh (berzina) terhadap wanita!wanita yang memelihara maruah diri serta beriman lagi baik (lalai daripada pengaruh sekeliling).’” (2766)

#Akhirulkalam 

Sekalipun kelebihan malam nisfu Syaaban adalah sabit, tapi amalan tertentu yang berbentuk khusus pada malam tersebut tak ada sama sekali, melainkan amalan bersifat umum seperti banyakkan zikir, beristighfar pada Allah, solat solat sunat, bersedekah dan berdoa jua macam macam lagi. Tambahan pula, ada  kalangan ulama yang sangat beri perhatian memuliakan malam nisfu Syaaban ini. Ikutkan dari assatizah, di zaman dulu, para tabiin memuliakan malam nisfu Syaaban dan mereka bersungguh sungguh beribadah pada malam itu.

Berbuatlah sesuatu untuk diri sendiri.

SALAM NISFU SYAABAN

Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas pada kita semua dalam beragama. 

Ameen.

Wallahu a‘lam

Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 1 Feb 2026, 14 SYAABAN 1447* 
#Ramadhan 16 hari lagi

Siapakah Abdullah bin Mubarak
Seorang.Ulamak yg memberikan seluruh belanja Hajinya pada seorg wanita dan anak2nya. Namun setelah balik.ke kg beliau, masyarakat tlah menyambut kepulangan Hj nya. 

Beliau menafikn beliau menunaikn Hj, namun masyarakat ttap dng pendapat mreka. 

Ya, ada kisah haji Abdullah bin al-Mubārak yang sangat masyhur dan menyentuh hati 🌙
Kisahnya
Pada suatu tahun, Abdullah bin al-Mubārak berniat menunaikan haji. Dalam perjalanan, beliau singgah di sebuah perkampungan. Di situ beliau melihat seorang wanita miskin mengambil bangkai burung untuk dibawa pulang.
Beliau terkejut lalu bertanya. Wanita itu menjawab:
“Aku ada anak-anak yang kelaparan. Kami tidak punya makanan lain. Bangkai ini sahaja yang ada.”
Mendengar hal itu, Ibn al-Mubārak terus tersentuh. Tanpa ragu, beliau:
membatalkan perjalanan hajinya,
menyerahkan semua bekalan dan wang haji kepada wanita itu dan keluarganya,
lalu pulang ke negerinya.
Apa yang berlaku selepas itu
Apabila musim haji berakhir, orang ramai menyangka beliau telah menunaikan haji. Mereka berkata:
“Kami melihat engkau di Arafah, di Mina, di Mekah!”
Beliau terhairan dan berkata:
“Demi Allah, aku tidak pergi haji tahun ini.”
Sebahagian ulama meriwayatkan bahawa Allah menggantikan niat ikhlas beliau dengan kelebihan yang besar — hingga orang menyangka beliau turut berada di Tanah Haram.
Pengajaran besar
Kisah ini sering disebut oleh ulama’ sebagai contoh fiqh keutamaan (fiqh al-awlawiyyāt):
Menyelamatkan nyawa & menghilangkan kelaparan kadangkala lebih utama daripada ibadah sunat.
Haji beliau ketika itu sunat, tetapi membantu orang lapar adalah wajib.
Ikhlas dan rahmat kepada manusia boleh mengangkat darjat amal.
Inti hikmahnya
Ibadah bukan sekadar perjalanan ke Mekah,
tetapi perjalanan hati menuju rahmat Allah.
Jika tuan mahu, saya boleh:
ringkaskan kisah ini untuk teks tazkirah Jumaat,
jadikan cerita pendek untuk anak-anak, atau
sediakan status WhatsApp / Telegram yang padat dan menyentuh.

Comments

Popular posts from this blog