Rabu
Isra Wal Mikraj
Perjalanan
*WEDNESDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat ~ Cetusan Dari Kulliyah subuh oleh Ust Saifudin @ surau al amin ; Mengintai Palestin (1)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam Rabu menggebu, buat mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai sedara mara, sahabat sahabiah muslimin muslimat dan juga kepada yang dizin Allah meronda ke pojok ini pagi ini.
Semoga semangat tidaklah menurun. Bah kan semakin bersemangat memulai hari pertengahan minggu dengan penuh tenaga. Semangat itu tak pernah redup; ada yang datang, ada yang pergi; itu lah perjalanan waktu yang terus berputar. Isnin sahaja berSemangat, Selasa tu lak memBahagiakan ; Rabu dah mula rasa menggebu - ber semangat berkobar kobar, juga membara untuk berada di atas jalan Allah…
TABARAKALLAH ; MAHA SUCI ALLAH.
Selawat dan salam junjungan besar Nabi Muhammad saw semoga mendapat syafaat di akhirat nanti.
"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”
Nak mulakan pagi ini dengan sesuatu yang baik; jom kita mulakan dengan share suatu perkongsian penggalian dari cetusan yang di sebut ustaz Saifudin di pagi Ahad yang lalu. Dek keberadaanya kita dalam Syaaban akan dijadi kan Allah semua ilmu ilmu akan melekat dalam minda untuk fikrah iman dan amal…
“Sebelum israel masuk Palestine sudah ada penduduk asal; ini fakta yang nak di sembunyikan untuk zaman ini puak israel men dabik dada mengatakan mereka adalah penduduk asal bumi Palestine. Israel ni bangsa tak ingat nikmat diberi beberapa nabi hingga nabi ismail ; sedang mereka ini pun ada yang menbunuh nabi nabi” - ust Saifudin @ surau al amin pagi Ahad lalu..
#MENGINTAI PALESTINE (1)
#“Siapa Penduduk Asal Palestin Sebelum Bani Israel?”
Dalam sirah dan juga tradisi Islam, kita tahu bahawa bani Israel pernah mewujudkan kerajaan di bumi Palestin suatu ketika dahulu. Tetapi sebelum mereka duduk secara kekal di situ, siapa penduduk asal Palestin sebelum mereka?
Jawapannya ialah orang Kanaan. Sebelum itu, Palestin dikenali sebagai tanah orang Kanaan, diorang ni sama dekat dengan bani Israel macam orang Melayu dengan orang Minang, cuma orang Kanaan ni orang pagan dan kauk yang sesat.
Kemudian, di bumi Palestin ni juga pernah dihuni orang Philistine, yang juga punca datangnya nama Palestin. Philistine ni asalnya orang Greek menetap di Palestin dan lama lama berasimilasi dengan penduduk setempat di situ.
Kalau kita ikut sirah, kita juga ada belajar kisah Nabi Daud as lawan menentang Jalut. Versi Yahudi dipanggil David menentang Goliath. Jalut ni orang Philistine lah, tapi ada juga diriwayatkan yang Jalut ni orang Amalak, suku orang Kanaan.
Jadi, nak dijadikan cerita, sebelum kedatangan bani Israel ke Palestin semasa zaman purba dulu, Palestin pernah dihuni orang Kanaan dan juga Philistine. Ada juga kau lain seperti orang Jebus, tapi paling terkenal Kanaan dan Philistine.
Menariknya, keturunan orang Kanaan masih wujud sampai sekarang dan mereka inilah orang Lubnan dan juga orang Palestin tu sendiri. Yang Lagi menarik ialah orang Palestin juga merupakan kaum yang paling dekat sekali DNA dia dengan orang Yahudi sebab orang Palestin tu sendiri merupakan keturunan orang Yahudi purba dulu tapi dah peluk agama Kristian, Islam atau kekal dengan Yahudi. Sebab tu lah masih ramai keluarga di Palestin sana yang masih boleh trace balik nenek moyang mereka ke orang Yahudi balik.
Jadi bila kita nak cakap pasal claim Yahudi tuntut tanah Palestin ni sebab tu tanah nenek moyang mereka, sebenarnya tanah Palestin tu sendiri sudah pernah dihuni orang lain.
Ironiknya, penduduk asal tanah Palestin purba dulu juga nenek moyang orang Palestin juga.
#Rujukan DUNIA TANPA TEMBOK
Sambung esok lak; Sisi si Palestin Sebelum British
#Akhirukalam
Teruskanlah berdoa untuk Palestine!
"La hawla wala quwwata illa billah" - Tiada daya, tiada upaya melain kan dengan Allah ; berserah kepada Nya, dan beramalah selepas solat dengan AlFatihah, Ayat Kursi, 3 Qul untuk kekuatan mental dan fizikal, tanpa Nya tiada lah guna diberi kekuatan jika Dia tak lapangkan kesulitan.
Semoga Allah melapangkan apa jua kesusahan kesulitan orang orang islam di dunia fana ini walaupun dunia ini penjara buat muslim..
Bertabah bersabar demi akhirat TAPI kekal Berusaha ber ikhtiar untuk dunia juga.
Barakallahufikum buat semua..
Wallahu ‘alam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 21 JAN 2026, 2 SYAABAN 1447*
#Ramadhan 29/28 hari lagi
Comments
Post a Comment