Khamis
*THURSDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat ~ Cetusan Dari Kulliyah subuh oleh Ust Saifudin @ surau al amin ; Men gintai Palestin (2)

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Salam Khamis semua. Di hari Kamis yang positif terasa, Bersemangat melangkah tanpa henti, Dengan penuh keyakinan, setiap langkah dijaga, Kejayaan pun pasti, impian tercapai.. 

Ya Allah, Tetapkan hati kami di atas agamaMu. Kurniakan kami iman yang sempurna, rezeki halal, ilmu bermanfaat, anak anak soleh, keluarga yang bahagia, kesihatan pun berpanjangan, perlindungan dunia akhirat. Jauhkan kami dari penyakit, fitnah  dosa. Ampunkan dosa kami, ibu bapa, keluarga, guru dan seluruh umat Islam.

‎رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Selawat dan salam junjungan besar Nabi Muhammad saw semoga mendapat syafaat di akhirat nanti.

"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”

Alhamdulillah. Semalam berlalu menjejaki Syaaban walaupun bersisa dosa tapi ada pahala juga yang di raih sebaliknya. Tak mampu diri menjadi sesempurna zero defect kerana diri hanyalah manusia biasa. Semoga Allah terima segala istighfar dan memaximakan akan segala perbuatan pahala. Terima kasih Allah - jemaah solat dirumahNya masih diizinkan tinggal nak perbetul kan niat pergi ke rumah Nya kerana Nya. 

Untuk perkongsian pagi ini, masih lagi membara dalam menjejaki kisah Palestine; apa lagi isu ini adalah isu aqiqah bukan isu bangsa. Bukan nya bangsa Arab nak kena fikir kita yang muslin tapi bukan arab ni pun nak kena fikir juga…

#Mengintai Palestin (2)

Media massa acap sembang sisi hodoh Palestin yang dah 75 tahun menjadi mangsa pada pencerobohan rejim Zionis. Malah, memang susah nak dinafikan apa yang ada di media itu berjaya menyimpulkan yang Palestin seakan tidak hidup walaupun sebenarnya masih ‘bernafas’ bersandarkan ekonomi yang sederhana utuh keharmonian budaya yang tak pudar.  Jika dilihat kembali pada sejarah Palestin, negara ini bukanlah sekadar tanah yang menjadi rebutan Yahudi-Israel tetapi juga menyimpan pelbagai sejarah Islam dan agama lain seperti Yahudi dan Kristian. 
Misalnya ketika orang Islam lihat Baitul Maqdis sebagai tempat berlakunya Israk Mikraj, selain menjadi kiblat pertama sebelum Kaabah, penganut Kristian  percaya di situlah berlakunya kematian Jesus sebelum dibangkit kan semula. Manakala Yahudi pula pentingkan kesucian Bukit Sion di Baitul Maqdis. Maka tidak hairanlah jika cerdik pandai menyimpulkan Baitul Maqdis tempat yang terpenting bagi tiga agama samawi. Inilah Palestin Sebelum ‘Dilanggar’ British

Allah berkali2 jelaskan hal keberkatan bumi Palestin di dalam kalambNya. Sepertiga surah Makkiyah (surah surah yang diturunkan di Mekah) menyebut tentang Baitul Maqdis baik secara eksplisit dan implisit? Salah satu daripadanya dibuktikan dalm ayat pertama Surah al-Israa’:

“Maha Suci Allah yang telah men jalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al Haraam ke Masjid al Aqsa, yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesung guhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Bagaimanapun, kita tahu tak yang  bahawa Palestin yang kita kenali pada hari ini jauh sekali berbeza dengan keadaan asalnya sebelum Deklarasi Balfour dimeterai pada tahun 1917? 

Deklarasi Balfour adalah bukti kejayaan British merampas Palestin dari Empayar Uthmaniyah, kononnya ia juga menjadi jaminan pada bangsa Yahudi tanah yang dijanji kembali menjadi milik mereka. 

Jumpa esok; Asal Usul ‘Palestin’ dan Geografinya.

#Akhirukalam 

Hence, umat Islam tidak seharusnya terpedaya terkeliru dengan seruan seruan ke arah penerimaan nilai-nilai kemanusiaan atau nilai nilai universal, dengan memandangnya ia hanyalah isu kemanusiaan semata mata.

Islam telah menetapkan:  haram pada menyerahkan tanah pada perampas, apa tah lagi jika yang merampas itu adalah musuh. Jika ia berlaku, maka menjadi kewajipan untuk dapatkan tanah litu kembali. Inilah isu Palestin, isu tanah umat Islam yang dirampas oleh Yahudi laknatullah. Maka wajib umat Islam dapatkan kembali tanah ini. Apabila musuh merampas dan mempertahankan dengan tentera, maka wajib pula bagi umat Islam mengambilnya kembali dengan kekuatan tentera. Islam menegaskan umat ini wajib bela saudara dizalimi.

ALLAHUAKBAR 
ALLAHUAKBAR 
ALLAHUAKBAR 

Bertabah bersabar demi akhirat TAPI kekal Berusaha ber ikhtiar untuk dunia juga.

Barakallahufikum buat semua..

Wallahu ‘alam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 22 JAN 2026, 3 SYAABAN 1447* 
#Ramadhan 27 hari lagi

Comments

Popular posts from this blog