Jumaat
Pada hari pembukaan kota Makkah, Rasulullah SAW menghalalkan darah sembilan orang penjenayah besar, Rasulullah SAW mengarahkan mereka dibunuh sekalip mereka ditemui di bawah kelambu Kaabah. Mereka ialah Abdul Uzza bin Khatal, Abdullah bin Abi Sarh, Ikrimah bin Abu Jahal, al-Harith bin Nawfal bin Wahab, Muqays bin Sabbabah, Hubar bin al-Aswad dan dua orang penyanyi milik Ibnu Khatal yang sering menyanyikan lagu-lagu yang mengejek Rasulullah SAW, serta Sarah, seorang wanita pelayan kepada Bani Abd al-Muttalib. Dialah orangnya ditemui padanya surat Hatib.
*FriDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat ~ Cetusan Dari Kulliyah subuh oleh Ust Saifudin @ surau al amin ; Men gintai Palestin (3)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam hari Jumaat di seawal pagi hari nya yang berganda kebaikan pahala andai setiap perlakuan kita ke arah yang l kearah itu. Semoga setiap langkah hari jumaat dibalas pahala yang berganda.
“JUMAAT: PELUANG REBUT PAHALA BERGANDA!” ; jom kita perbanyakkan amalan amalan yang mendatangkan pahala dan keberkatan pada hari yang mulia ini.
Selawat dan salam junjungan besar Nabi Muhammad saw semoga mendapat syafaat di akhirat nanti.
"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”
Pagi ini masih bersekitar dalam bab Palestine. Kita teruskan berkongsi nota mengintai Palestine.
#Asal Usul ‘Palestin’ dan Geografinya
Ikut Sejarah nama Palestin bermula daripada perkataan Arab - فلسطين, Filastin. Palestin ketika itu; kawasan antara Mediterranean dan Sungai Jordan. Sehingga lah penghujung Zaman Gangsa, . Kepentingan kawasan yang bernama Filastin dilihat bila ia terkait dengan penubuhan kawasan pemerintahan dan ketenteraan yang dinamakan sebagai Jund Filastin (جُنْد فِلَسْطِيْن). Kawasan ini pula dikatakan terletak di dalam sebuah wilayah luas yang dikenali sebagai Bilad al Sham. Berdasarkan peta terkini, Bilad alSyam yang dipecahkan pada beberapa buah negara; Syria, Palestin, Lubnan, Jordan, dan selatan Turkiye.
Menariknya era pemerintah Bani Umayyah, Filastin ini penting berbanding negara sekitar nya ini berdasarkan kenyataan buku, Palestine: A Four Thousand Year History; “However, of all the neighbouring contries, Palestine’s historic links with al-Sham under Islam were the closest and most enduring.” “The term Filastin was viewed as a component of the wider region of alSham.”
Walau pum ada sejarawan menolak akan kewujudan Palestin itu sebagai satu unit pentadbiran rasmi, susahnak di nafikan kewujudan negara itu antara Mesir dan alSyam dari segi sejarah, seni dan budayanya. Nak nak selepas British memperkenal kan Mandat Palestin 1920 dan dilaksanakan pada 1923, Palestin yang luas dan gah suatu ketika dahulu makin kecil sempit apabila bangsa Yahudi semakin memenuhi tanah suci itu!
Ikutkan kepada satu fakta; pertumbuhan populasi bangsa Yahudi sebelum Mandat British cuma 6% tetapi berkembang 33% pada 1947. Data ini disokong rekod pihak British ; l jumlah penduduk Yahudi 401,600 orang pada 1938 berbanding tahun 1919 seramai 58,000 orang.
Evolusi Sistem Pentadbiran di Palestin; sebelumnya Brittish ianya di bawah pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah. Empayar Turki Uthmaniyah kuasa Islam paling lama dan berjaya memerintah Palestin sehingga lebih 400 tahun bermula 1516 hingga 1917. Malah, jika menelusuri sejarah, pada zaman aka pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab lah agama Islam dibawa ke tanah suci itu melalui pembukaan kali pertama Baitul Maqdis dari cengkaman Empayar Rom. Ianya di bawah gerakan tentera Islam yang dipimpin Khalid Ibn al-Walid pada 636 Masihi . Kemudian, wujud pula Empayar Umayyah membangunkan Palestin yang direkod sekitar 637 dan 638 Masihi. Usaha Empayar Umayyah yang mahu maju kan Palestin dan negara sekitarnya dilihat bila mereka mewujudkan Jund Filastin di dalam sebuah negara besar, dikenali Bilad alSyam. Terma jund sebenarnya merujuk kepada sebuah wilayah yang ada di dalam Bilad al-Sham.
Sekumpulan jund ini pula dirujuk l ajnad dan satujund diperintah oleh gabenor Arab digelar amir.
Menariknya, Jund Dimashq dan Jund Filastin berperanan penting kepada keseluruhan empayar. Ini juga bermakna Palestin dikawal ketat pemerintah Umayyah.
Di sinilah bermulanya Baitul Maqdis sebagai salah satu negara Islam yang gah.
#Akhirukalam
AlAqsa bukan hanya untuk kita tatap dan kita dengar semata mata, bahkan untuk kita ambil semangatnya demi mempertahankan maruah bumi suci kita daripada menjadi tawanan zionis. Apa pun yang terjadi, moga doa kita buat seluruh saudara kita di sana tak kan pernah terhenti. Sematlah dalam jiwa kita, nada2 semangat agar kita jadi yang pertama mempertahan kannya.
Kenapakah Solahuddin yang bukan berbangsa Palestin dan bukan orang Arab telah berhabis habisan sehingga seluruh usianya digunakan bebaskan Masjid alAqsa dan Palestin? Ini lah satu soalan cepu emas perlu dijawab oleh kita semua. Bahkan, beliau sentiasa kelihatan serius dan tidak pernah ketawa tika diangkat menjadi Sultan.;“Bagaimana mungkin untuk aku ketawa sedangkan Masjid alAqsa di bawah jajahan musuh”.
"Barangsiapa menguasai bumi Palestin bererti dia akan menguasai dunia" : Solahuddin al Ayyubi.
Barakallahufikum buat semua..
SELAMAT BERJUMAAT BERSAMA SEMANGAT MASJIDIL AQSA!
Wallahu ‘alam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 23 JAN 2026, 4 SYAABAN 1447*
#Ramadhan 26 hari lagi

Comments
Post a Comment