Khamis Jan 29, 2026
10 Syaban 1447 (10 -8-1447)
*THURSDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat ~ cerusan kulliyah Ust Dr Fairuz @ surau amin. Jangan MARAH
لا تغضب ; - Bahagian 2
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam rabu penuh hikmah dan nikmat sebalik Islam yang diikuti mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai sedara mara, sahabat sahabiah muslimin muslimat sakalian. Hikmah hari Rabu adalah dengan keberkatan, teruskan amal kan bacaan selawat Selawat dan zikir sambil memohon kebaikan dan perlindungan Allah, moga hari ini menjadi antara yang tenang untuk beribadah. Nikmat Islam mendidik kita untuk sentiasa bersyukur, bermuhasabah, memilih jalan kebaikan dalam setiap urusan. Jaga moral dan akhlak. Semoga Rabu ini menjadi titik tolak kebaikan yang berterusan.
"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”
Alhamdulillah ; masih terus menelusuri kehidupan ini dengan izin Nya; islam kekal dalam amalan dan dalam segenap pertimbangan kehidupan. Terimakasih Allah. Compang camping sedikit sana sini menjadi lumrah insan bergelar manusia. Terimalah diri yang seadanya kerana kita masih ada nyawa untuk berjuang demi alhirat. Tanpa dunia tiada akhirat. Juga Tanpa kehidupan dunia sementara, tiada peluang mengumpul amal soleh, iman, dan takwa yang menjadi bekalan kekal di akhirat. Dunia; jambatan atau ujian, perbuatan di sini menentukan nasib abadi di sana. Dan INDEED dunia dan akhirat tidak boleh dipisah
kan kerana dunia adalah alat, dan akhirat adalah matlamat.
Kesinambungan nota diterus kan…
#Jangan MARAH
لا تغضب ; - Bahagian 2
Kita Kena bagi rahmat kena bagi kasih dan juga sayang; jangan lah benci membenci.
Terutamanya bila sedara seagama..
Barkasihan belas lah dengan orang yang dibumi nescaya yang d langit juga pasti akan menyayangi kamu. : "Orang yang mengasihi nescaya akan dikasihi oleh Allah Yang Maha Pengasih. Kasihi lah siapa yang di bumi, nescaya kalian akan dikasihi siapa yang di langit." (Ahmad, Abu Dawud : hasan sahih)
Tazkirah itu penting sebab itulah jika ada yang memberi peringatan kepada kita. Bila orang nasihat kita kenalah terina kasih. Hati hati marah ini sgt bahaya. Jangan lah pula berkata “Apa ni kamu bukan tuhan” pada yang berpesan tapi “Berkasih sayang lah kita”
Pimpinlah manusia dengan Allah, jgn tinggal hukuman Allah. Nasihat tu nasihat juga tapi jika ada terkena dengan hukum hudud ianya kena lah juga laksanakannya; WAJIB.
Janganlah kamu mengalah kan tuhan; Allah dengan sifatnya bengis marah tapi tetap dengan kasih sayang.
Jangan jadi bodoh sombong,
Sukar tetapi sedikit demi sedikit harap ada yang lekat dalam hati pendengar.
#Akhirukalam
Semoga Allah tetapkan hati kita kepada iman dan islam. Semoga Allah tetap kan hati kita untuk cintakan kebaikan hingga Akhir hayat. Namun begitu, fitrah hati manusia adalah sentiasa berbola balik dan kerap bertukar. Ada juga perumpamaan menyamakan hati manusia berbolak balik lebih pantas dari air yang mendidih dalam sebuah periuk. Hati kita sentiasa berbolak antara kebaikan dan juga kejahatan. Namun, Allah juga yang memberikan ilham ikhtiar kepada hamba Nya untuk memilih jalan yang betul. Hence, berdoalah agar Allah meneguhkan hati kita supaya berada pada jalan yang benar.
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Ya Allah, Zat yg membolak balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada Mu!”
Amin.
Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Barakallahufikum semua. Teruskanlah BERSAMA ISLAM..
Wallahu ‘alam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 29 JAN 2026, 10 SYAABAN 1447*
#Ramadhan 20 hari lagi
Imam al-Bāqillānī (الإمام الباقلاني) ialah seorang ulama besar Ahlus Sunnah wal Jama‘ah, terkenal sebagai tokoh akidah Asy‘ariyyah, ahli kalam, dan fuqaha mazhab Maliki.
Berikut ringkas tapi padat 👇
Nama penuh :Abu Bakr Muhammad bin at-Tayyib al-Bāqillānī
Wafat: 403H / 1013M
Bidang kepakaran - Akidah (Ilmu Kalam) – pembela kuat fahaman Asy‘ari. Usuluddin, Usul Fiqh, Fiqh
Mazhab Maliki
Balaghah & i‘jaz al-Quran
Kedudukan & gelaran
Digelar “Lisan al-Ummah” (lidah umat). Antara pembela akidah Ahlus Sunnah paling berpengaruh. Dikenali sangat cerdas, hujah tajam, berani berdebat
Peranan besar
Membela akidah Islam daripada:
Golongan Mu‘tazilah, Batiniyyah, Falsafah Yunani melampau dab Golongan sesat zaman beliau.
Pernah dihantar sebagai utusan ilmiah ke Rom (Byzantine) untuk berdebat dengan pendeta Kristian — dan menang dengan hujah
Antara karya terkenal
At-Tamhīd, Al-Insāf, I‘jāz al-Qur’ān (kitab penting menjelaskan keajaiban bahasa & makna al-Quran)
Sumbangan besar
Mengukuhkan manhaj Asy‘ari selepas Imam al-Ash‘ari
Menjadi rujukan ulama besar selepasnya seperti:
Imam al-Juwayni, Imam al-Ghazali (secara tidak langsung).
Kata ulama tentang beliau
“Jika tidak ada al-Bāqillānī, nescaya rosak akidah ramai manusia.”

Comments
Post a Comment