Isnin
*MONDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat ~ Nota kulliyah Ust Saifudin @ surau al amin ; 20-26 AL MAIDAH. (2)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam hari Isnin yang hangat membara bersama pagi yang bersemangat; membentuk satu lagi kisah kehidupan demi akhirat buat mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai sedara mara, para sahabat sahabiah muslimin muslimat seantero dunia di mana jua. Nikmati lah hari Isnin dengan penuh semangat; lakukan lah yang terbaik!
Selawat dan salam junjungan besar Nabi Muhammad saw semoga mendapat syafaat di akhirat nanti.
"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”
Berlalu seminggu sudah Syaaban. Ada tiga minggu lagi berbaki. Bersedia ke?
inilah tempoh 'warm up' persediaan rohani dan fizikal, bukannya masa untuk leka, bersihkanlah hati tingkatkan amalan. Banyak banyak kan lah bermuhasabah diri dan mohon lah keampunan agar jiwa kita bersih menyambut bulan Ramadan. Syukur lah setiap hari diberi semangat berhijrah ke arah kebaikan sentiasa, walau pun selalu disibukkan dengan urusan dunia..
Demi sebuah hari baik satu lagi hari ini. Sama sama kita memulakan pagi hari isnin di minggu yang baru ini dengan nentelaah sebahagian lagi nota yang di petik daripada kulliyah Us Saifudin; Tafsir ayat 20-26 surah Al Maidah. Pagi ini ayat 22.
#Ustaz Saifudin ( 2 )
Musa as memerintah Bani Israil memasuki kota Aqsa dan memerangi penduduk nya. Tetapi para pemimpin yang lain beritahu keadaan itu kepada kaumnya hingga mereka ketakutan, menolak taat pada Allah dan menolak mengikuti rasulNya Musa as.
22. Mereka berkata, “Wahai Musa! Sesungguhnya di dalam, kaum gagah perkasa. Dan sungguh kami tidak akan kami memasukinya sehingga mereka keluar dari dalam. Maka jika mereka keluar darinya, maka akan sungguh kami orang orang yang masuk.”
Bani israel beralasan bahwa di dalam negeri yang musa perintah kan memasukinya memerangi penduduk nya tersebut ada suatu kaum yang gagah berani, yang tubuh berbentuk besar lagi sangat kuat. Mereka tidak sanggup hadapi melawan nya. Tidak mungkin bagi mereka memasuki selama mereka itu masih ada di negeri tersebut. Jika mereka telah keluar dari negeri itu, barulah israel memasuki nya; jika tidak, tidak ada kemampuan bagi bani israel nak melawan mereka. Dalam hal ini; ahli tafsir menyebut kan beberapa berita yang dibuat buat oleh bani Israil tersebut [sebagai berita bohong] tentang kebesaran kemampuan yang gagah perkasa tersebut, diantara nya ada makhluk, yang se tinggi tiga 3.333,3 hasta. Ini berita memalukan untuk disebut kerana nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya, Allah menciptakan Adam dengan tinggi 60 hasta. Dan ketinggian itu terus berku rang sampai sekarang ini.”
Apa jadi selepas nya; jumpa esok…
#Akhirukalam
Inilah sikap sebenanya bani israel tapi zaman moden ini mengaku tanah palestine itu tanah mereka.
Isu tuntutan tanah Palestin oleh Bani Israel di zaman moden sering canang oleh mereka dengan satu naratif keagamaan "tanah yang dijanjikan," namun fakta sejarah menunjukkan yang mereka ini sejak dari awal tidak berani nak mendaulat kan palestine sepeti diarah kan Musa as, selepas itu kemasukan mereka banyak dibantu oleh muslihat, tipu daya, dan sokongan kuasa British yang memang tidak nak tumpang si laknatullah Yahudi ini di tanah meeka. Hinggalah tercetus Konflik berakar umbi kan daripada penjajahan dan perampasan tanah penduduk asal negeri Palestin.
Teruskan berjuang berdoa untuk palestine.. isu aqidah bukan bangsa.
Barakallahufikum buat semua..
ENJOY ISNIN BERSAMA ISLAM
Wallahu ‘alam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 26 JAN 2026, 7 SYAABAN 1447*
#Ramadhan 23 hari lagi
Masjid Quba
Telaga di Masjid Quba -
Kisah Telaga - Al Araasi (pemilik yahudi)
1. Air masin tetapi terasa manis
2. Sihir yaahudi
3. Musa AL Asahaari - jumpa Nabi di Maajis Quba bukan Maajid nAbawi. Sia jaga pintu. Sahabat2 Abu Bakr, Umar dan Usman.
Comments
Post a Comment