Sabtu
*FriDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat ~ Cetusan Dari Kulliyah subuh oleh Ust Saifudin @ surau al amin ; Men gintai Palestin (akhir)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam Sabtu dalam restu Nya selamat berhujung minggu. Semoga hari ini diiringi dengan restu, kasih sayang, dan keberkatan buat mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai sedaramara, sahabat sahabiah muslimin muslimat seluruh nya walau dimana berada nya.
Manfaatkan masa bersama keluarga tersayang, mulakan pagi dengan niat yang baik, sentiasa bersyukur segala nikmat. Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan suatu kesihatan yang baik…
Semoga Sabtu ini menjadi hari yang tenang.
Selawat dan salam junjungan besar Nabi Muhammad saw semoga menDapat syafaat di akhirat nanti.
"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”
Santunilah Allah swt sebaik mungkin kerna kita akan memgadap Nya di suatu hari nanti. Mudah mudahan Allah pertemukan kita semua di bawah payung Rahmat dan Kasih Sayang Agung NYA disaat itu nanti. Sementara didunia, Jadilah orang baik. ALLAH akan datangkan yang baik2 kepada kita. Aaamin…
Walaupun di dunia kelihatan seperti boleh berbuat sesuka hati di akhirat kelak Allah swt akan menghitung detail pada setiap amalan kita..
Pagi ini masih lagi bersama dengan penggalian dalam pengintaian palestine. Ini adalah bahagian akhir..
#Mengintai Palestin (akhir)
Musa as berkata pada orang Israel, “Tuhan akan mem bawa kamu ke tanah orang Kanaan, yang telah dijanjikan Nya kepada kamu dan nenek moyang kamu.” (Exodus, 11).
Manakala; Ayat 21 surah al Maidah juga telah dijadikan alasan untuk lebih agresif dapat kan Palestin: (Nabi Musa berkata lagi): “Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan jangan lah kamu berbalik undur belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak jadi orang orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)”.
Apakah Yahudi lupa mereka sendiri yang ingkar dengan perintah Tuhan hingga dicela dan sesat selama 40 tahun lamanya?
“Sesungguh nya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir Sinai; maka jangan engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu. - (al-Maidah :26)
Impak Agresif British Kekal hingga Hari Ini. Perang Dunia berakhir 1918 dengan kalah nya Empayar Uthmaniyah di Palestin. Secara tk langsung Palestin dalam genggaman kuasa British bermula pada tahun yang sama.
Kemenangan itu mendorong cadangan pembahagian nya negara negara Sham kepada keluasan; nama baru melalui Mandat British 1920. Negara Sham diletakkan di bawah pentadbiran British dan Peranciis dan dinamakan dengan nama Syria, Lubnan, Iraq, Jordan dan Palestin.
Apabila negara haram Israel ditubuhkan pada 1948, ini tanda pengakhiran kepada Mandat British yang dikuat kuasakan selama 25 tahun. Direkodkan sepanjang pen guatkuasaan Mandat British, rejim Zionis desak British tuna ikan janji mereka, iaitu mewujudkan negara Yahudi. Menangnya Israel dalam peristiwa anNakbah bukan saja jadi detik hitam kuasa British sehingga dikatakan Queen Elizabeth ‘merajuk’ kerana British dihalau keluar Israel, tapi juga menyebab kan trauma kepada seluruh rakyat Palestin. Manakan tidak, kira kira 750,000 rakyat Palestin terpaksa menjadi pelarian bukan sahaja di negara luar, malah di dalam negara sendiri. Tak cukup dengan itu, Zionis-Yahudi juga buat operasi penghapusan etnik dan pembunuhan beramai ramai rakyat Palestin.
Sejarah yang telah direkod kan ini begitu kontra dengan kenyataan Baskin, G (2022): “Israelis refuse to take any responsibility for the animosity of Palestinians toward Israelis or towards Jews. Many Israelis make this claim because Pales tinians have been killing Jews since way before 1967.”
Adakah wajar dikatakan penduduk Palestin meng amalkan keganasan pada Yahudi sedangkan mereka sekadar mempertahankan tanah yang telah dirampas rejim Zionis? Pencerobohan Yahudi ke tanah Palestin juga terkaitrapat sentimen anti-semitik yang dipelopori rejim Nazi melalui insiden Holo caust. Masuknya warga Yahudi beramai ramai ke Palestin sehingga ke hari ini dah cukup menjadi penilaian mereka cari perlindungan di bawah naungan Zionis kerna ketakutan dan lari dari isu isu menyelubungi negara asal mereka. TAKDIR ALLAH..
Tammat …
#Akhirnya kalam
Alangkah dangkalnya ilmu kepada seseorang itu jika menyetujui setiap tindak tanduk Yahudi-Israel ke atas Palestin kerana satu pertiga surah surah Makkiyah telah membuktikan kepentingan Baitul Maqdis untuk seluruh umat Islam dan semestinya sejarah penindasan Israel ke atas rakyat Palestin juga tak menipu.
Semoga suatu hari nanti, seluruh dunia terbuka mata dan minda isu Palestin perlu dicakna serius. Ia bukan isu penduduk Palestin semata tapi merangkumi isu seluruh umat Islam dan pada skop yang lebih besar, sudah tentu ia merupakan isu kemanusiaan global. Di sinilah titik tolak untuk kita menilai sejauh mana empati serta simpati seseorang diukur.
Semoga kita terus berdoa dan berqunut nazilah Walau pun akan sampai masanya tetapi kena berusaha dari sekarang..
Barakallahufikum buat semua..
SELAMAT BERJUANG BER SEMANGAT DEMI UNTUK MASJIDIL AQSA!
Wallahu ‘alam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 24 JAN 2026, 5 SYAABAN 1447*
#Ramadhan 25 hari lagi
Aisah rha. UTube
Anak saudara - URWAH
Urwah bin Zubair ialah anak saudara (keponakan) kepada Aisyah binti Abu Bakar. Beliau adalah anak kepada kakak Aisyah, iaitu Asma' binti Abu Bakar, menjadikannya salah seorang tabi'in yang rapat, perawi hadis utama daripada Aisyah, dan merupakan salah seorang daripada Tujuh Fuqaha Madinah.
- Hubungan Kekeluargaan: Anak kepada Asma binti Abu Bakar dan Zubair bin Awwam.
- Perawi Hadis Utama: Urwah banyak meriwayatkan hadis daripada ibu saudaranya, Aisyah, mengenai kehidupan Nabi Muhammad SAW.
- Seorang Tabi'in: Beliau tergolong dalam generasi tabi'in yang berilmu tinggi dan merupakan salah seorang daripada Tujuh Fuqaha Madinah.
Comments
Post a Comment