Sabtu Jan 31, 2026
12 Syaban 1447 (12-8-1447)
*SATURDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat. Mensyukuri nikmat, menjunjung rahmat (cetusan khutbah Jumaat minggu lepas Masjid sekitar S’gor)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Selamat pagi Sabtu; Walau hari ini dijangka sibuk dan padat dengan acara resipsi anakda di Alam Maya Kajang, jiwa tetap semangat yang sama: HIDUP KENA TETAP BERTERAS KAN ISLAM; Allah di utamakan Nabi di sanjung. Tetap tersenyum, tetap jalan pelan pelan, yang pasti masa tidak pernah berhenti, mem bawa diri ke satu deatinasi abadi. Semoga Sabtu ini lancar, berkah, dan penuh hal baik untuk kita semua; buat mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai sedara mara, sahabat sahabiah muslimin muslimat sakalian.
"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”
Untuk pagi ini walaupun dah pun beberapa hari terlepas kulliyah maghrib tapi urusan menelaah ilmu sudah men jadi rutin seawal pagi untuk mencoret menggali ilmu buat diri dan dikongsi disini, moga menjadi suatu “penawar” di kala terkena apa pun “bisa” dalam kehidupan. Rasanya kali terakhir duduk dalam majlis ilmu adalah pada saat khurbah jumaat semalam dan pada khutbah jumaat sebelum ada tersimpam satu kata kata untuk di terokai - “Mensyukuri nikmat, menjunjung rahmat”
#“Mensyukuri nikmat, men junjung rahmat” (cetusan khutbah Jumaat minggu lepas si Masjid sekitar S’gor)
An nahl 78
وَٱللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَـٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًۭٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَـٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak men getahui sesuatupun; dan dia men gurniakan pada kamu pendengaran dan peng lihatan serta hati akal fikiran; supaya kamu bersyukur.
Syukurlah dengan buat baik dengan apa yang diberikan Allah pada kita. Bukan hanya bila dapat harta kita hanya bersyukur, Amanah tanda syukur.
Ini satu manifestasi tertinggi syukur, melibatkan hati, lisan, dan perbuatan. Ia dilakukan dengan mengakui semua kurniaan berasal dari Allah dengan menggunakan nya ke kebaikan bersedekah, menjaga kesihatan berterima kasih, yang janji Nya akan menambah nikmat tersebut.
* Syukur dengan Hati: Menyedari sepenuhnya segala nikmat adalah anugerah Allah, bukan semata mata usaha diri sendiri.
* Syukur dengan Lisan: Mengucapkan Alhamdulillah dan zikir memuji Allah atas nikmat Nya.
* Syukur dengan Perbuatan: Menggunakan harta, tenaga, ilmu, dan kesihatan untuk jalan yang diredhai Nya; menolong sesama, beribadat pada Nya pun menjaga kesihatan.
Bersyukur adalah kunci kebahagiaan; dapat menghindarkan diri daripada sifat sombong dan juga membazir. Bersyukur lah dengan menjaga hak dan kita tak usik hak orang lain.
Syukur seharusnya diamalkan setiap masa, bukan sekadar menerima harta atau kesenangan, ia mencakupi penghargaan pada nikmat kesihatan, pancaindera, ketenangan jiwa. Bersyukur atas nikmat kecil dan sederhana akan membuka pintu keberkatan, menjadikan hati cukup, serta menjauhkan diri daripada sifat kufur nikmat.
#Akhirulkalam
Semoga barakah setiap hari yang dilalui dengan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
Semoga Allah merestui majlis resipsi anakda pagi ini, walaupun mungkin ada sedikit kekurangan mohon di jadikan kekurangan itu sesuatu yang baik baik juga..
Wallahu ‘alam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 31 JAN 2026, 12 SYAABAN 1447*
#Ramadhan 18!hari lagi

Comments
Post a Comment