Selasa
*tuesDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat ~ Nota Ustaz Abu Jihad: Yang dilaku kan orang soleh bila hendak masuk ke Ramadhan (2)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Selamat pagi Selasa yang ceria buat semua dan buat mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai sedara mara, sahabat sahabiah muslimin muslimat dan juga kepada yang sudi memasang mata ke ruang maya ini pagi ini. Semoga pada yang menjawab salam ini sentiasa dilimpahi rezeki yg tidak pernah putus dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadat pada Nya dan juga bertaubat tidak berhenti..
AHLAN WA SAHLAN YA SYAABAN
SAH.. 30 atau 29 hari jer lagi si Ramadhan akan datang membuka ruang untuk kita raih segala kebaikan yang Allah sediakan demi untuk kebaikan di akhirat. Gunakan peluang itu nanti dan boleh berlatih sekarang diSyaaban.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
"Duhai Allah, berkahilah kami pada bulan Sya'ban dan per temukanlah kami dengan bulan Ramadlan."
Selawat dan salam junjungan besar Nabi Muhammad saw semoga mendapat syafaat di akhirat nanti.
"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”
Syukurlah dapat menikmati majlis lmu di malam tadi usai solat maghrib dengan men dengar ulangkaji berkenaan doa saat naiki kenderaan. Walaupun dah tahun kerna mengulangkaji itu amat lah berguna untuk perbaharui azam beramal sunnah nabi saw.
Di kongsi kesinambungan nota ust abu jihad, yang di tangguhkan semalam…
#Yang dilaku kan orang soleh bila hendak masuk ke dalam Ramadhan (2)
Kesan makanan yang kita makan, amat besar kesan dalam fizikal dan spiritual.
Jaga makan kurang makan dalam syaaban kerana nak jaga “hati” bersedia untuk Ramadhan. Betul, menjaga makan dan mengurangkan makan pada bulan Syaaban adalah amalan sunnah yang baik untuk dan memper siapkan diri secara fizikal dan juga spiritual (rohani) membersihkan diri dalam menyambut Ramadhan,
agar dapat beribadah dengan lebih fokus dan khusyuk, kerana bulan Syaaban adalah bulan
Latihan menyucikan diri sebelum ibadah puasa Ramadhan bermula dengan lebih berat, mengurangkan makanan membantu men gendalikan nafsu dan juga meningkatkan kepekaan rohani.
Payah bangun malam beribadah kerana isu makanan yang dah di makan dan dosa waktu siang. Ini satu realiti dihadapi ramai, tetapi boleh diatasi dengan bertaubat, memohon ampun, menjaga pemakanan tidak terlalu kenyang, dan meng amalkan sunnah; berzikir sebelum tidur, sentiasa mengingati pahala ibadah malam yang besar untuk memotivasikan diri.
Salafusoleh tidak tunggu ramadan cuci dosa tapi rejab syaaban pun dah sedia jaga makan dan kurang kan tido. Solafusoleh juga kurang bercakap ketika berada dalam syaaban. Ertinya mulut kena jaga. Apa yang masuk dan apa yang keluar. Masuk yang baik keluarlah yang baik. Puasa membuat kurang bercakap, sebab puasa ni letih. Nak kurang bercakap banyakkanlah beruzlah, cakap banyak terjadi kerana kita banyak bercampur dengan orang. Bila banyak beruzlah kita banyak sendirian. Apa yang kita sebut, itulah hati kita. Tiada istilah mulutnya lancang tapi hati nya baik.
“Bercakap itu kalau umpama nya perak, beerti diam itu adalah emas” - kata ulamak
Salafusoleh sambut rejab syaaban akan mengurang kan angan angan. Kurang kan tidur. Tidur atas kamu sedap tetapi tidur dalam syurga lagi sedap - sambil tepuk tepuk tilam tempat hendak tidur.
- kurang kan makan
- Kurang kan tidur
- Kurang kan bercakap
- Kurang kan angan angan
#Akhirulkalam
Pentingnya mengulang ilmu adalah agar ilmu melekat kuat di ingatan (memori jangka panjang), tidak mudah lupa, dan benar benar dipahami, bukan sekadar merentasi di telinga atau mata, otak cenderung lupa informasi yang tak diulang. So, Ulangkaji penting; ianya satu proses kuasai sesuatu , memperdalam pemahaman, membentuk kebiasaan baik - zikir dan pengembangan diri secara berlanjutan, nasihat para ulama.
Jangan berhenti belajar jangan puas dengan ilmu learning is never ending proses. Ilmu Allah terlalu luas…
Surah Al-Kahfi (18:109):
قُل لَّوْ كَانَ ٱلْبَحْرُ مِدَادًۭا لِّكَلِمَـٰتِ رَبِّى لَنَفِدَ ٱلْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَـٰتُ رَبِّى وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِۦ مَدَدًۭا
"Katakan lah: "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
SALAM selasa; SELAMAT KEMBALI PADA ALLAH WAHAI DIRI
Barakallahufikum buat semua. Selamat datang Syaaban
Wallahu ‘alam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 19 20 JAN 2026, 1 SYAABAN 1447*
#Ramadhan 29/30 hari lagi
Israq
1. Adam kejadian manusia dari tanah5
2. Isa Yahya - Jasad
3. Yusoff - Cantik
4. Idria ilmu
5. Harun - hikmah
6. Musa Munajaat
7. Ibrahim - ketaatan
Muhamad kesempurnaan
Comments
Post a Comment