Selasa Jan 27, 2026
8 Syaban 1447 (8 -8-1447)




*TUESDAY’s SCRATCH of NCS* - Sampai kan walau hanya satu ayat  ~ Nota kulliyah Ust Saifudin @ surau al amin ; 23 - 26 AL MAIDAH.  (3): sesat 40 tahun! 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Salam selamat di pagi hari Selasa! Bercintalah dengan agama;  jadikan kasih sayang pada Allah dan ajaran Islam itu sebagai  panduan harian, bukan sekadar hari tertentu. Mulakan pagi dengan syukur, berdoa, tetapkan niat yang baik demi keberkatan dalam kehidupan seharian, tanam iman dalam setiap tindakan mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, ipar duai sedara mara, sahabat sahabiah muslimin muslimat seantero dunia di mana jua. Semoga cahaya Allah selalu sentiasa menyinari,  dimudah kan segala urusan hari ini. Sebarkan kasih sayang dan kebaikan pada di sekeliling setiap hari. 

Semoga hari Selasa hari ini membawa semangat baru dan rahmat daripada Nya. Selawat dan salam junjungan besar Nabi Muhammad saw semoga mendapat syafaat di akhirat nanti.

"Ya allah Ya tuhan, kurnia kan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya…”

Syukur sangat sangat dalam pada diri masih belum sendik dari dosa tapi itu lah bezanya kasih Allah dengan kasih nya manusia, di beri peluang lagi dengan perkara yang baik. Kesedaran datang kembali, malam tetap bercita cita nak di tutup dengan solat isya berjemaah dan beramal dengan anjuran - almulk, ba’diyyah banyak lagi. Alhamdulillah, kesedaran adalah nikmat besar. Kasih Allah sememangnya tidak bertepi, sentiasa membuka pintu taubat dan memberi peluang kedua memperbaiki diri meskipun sering melaku kan suatu kesilapan. Guna kan peluang ini untuk terus bersyukur dan juga beramal soleh. 

Setiap detik hidup adalah peluang untuk kembali kepada Nya…

Dalam Islam, setiap detik kehidupan ada nilai yang tersendiri, dan memulakan pagi dengan amalan yang diberkati adalah cara terbaik mendekatkan diri kepada Allah swt dan untuk tenang dalam hidup. Fokus kepada perkara dan bahan bahan yang positif. Jom mulakan pagi dengan bahan bacaan didikan yang positif.. 

#Nota kulliyah Ust Saifudin @ surau al amin ; ayat 20-26 AL MAIDAH.  (3)

Kisah nasib yahudi…

Ayat 23 - 26

23. Berkata dua orang lelaki dari orang2 yang mereka takut, telah Allah beri nikmat atas kedua nya.

Yusya’ ibnu Nun dan Kalib ibnu Yufana antara yang taat kepada perintah Allah, takut siksaanNya, berpengaruh dan berkedudukan dalam kalangan Bani Israil. Kedua nya berkata, “Masuklah  melalui pintu gerbang. Maka apa bila kalian memasukinya, maka sungguh kalian orang orang yang menang.” 

Serbulah ikut pintu gerbang kota Baitul Maqdis itu. Allah menjanjikan kemenangan. Dia pasti memenuhi janjiNya dan menolong.

“Dan pada Allah, maka bertawakkal lah kalian, jika kalian orang orang yang beriman.”

Jika benar benar beriman, kenalah yahudi bertawakkal hanya kepada Allah dan ikut perintahNya; sokong rasul Nya. Tawakkal kepada Allah satu  persediaan paling kuat dan ianya juga memudahkan urusan. Allah swt pasti akan menolong, dan menyokong juga memenangkan. Yahudi diberi jaminan memasuki negeri yang telah ditetapkan Allah buat mereka. Akan tetapi, hal tersebut tidak mempengaruhi sedikit pun mereka.

“24. Mereka berkata, “Wahai Musa! Sungguh kami tidak akan memasuki nya selama nya selama mereka ada di dalamnya. Maka pergilah kamu dan Tuhanmu, maka peranglah kalian berdua sungguh kami di sini orang orang yang duduk.”

Inilah penolakan yahudi dari  berjihad, sekaligus menjadi penentangan kepada Rasul mereka. Berbeza dengan sahabat Nabi Muhammad saw ketika bermusyawarah perang Badar, mereka ber kata pada Nabi , “Wahai Rasulullah, jika engkau harungi laut ini, nescaya kami akan mengharungi bersamamu, dan jika engkau mengajak kami ke wilayah dekat Mekah kira kira lima hari untuk ke sana, nescaya tak seorang pun meninggal kanmu. Kami tidak akan berkata kata sepeti yang diucapkan kaum Musa kepada Musa, “Pergilah kamu bersama Tuhanmu,  berperang lah kamu berdua. Biarlah kami tetap (menanti) di sini saja. Puak yahudi laknatullah sebaliknya bertekad untuk berangkat kembali menuju ke negeri Mesir. Musa dan Harun sujud pada Allah. Maka Musa as marah kepada mereka.

“25. Dia berkata, “Tuhanku, sungguh aku tidak meng uasai kecuali diriku dan saudaraku,””

Ketika Israil tak berperang, maka Musa marah kepada mereka, doakan keburukan bagi mereka. Musa as: “Ya Rabbku, aku tidak meng uasai kecuali diri sendiri dan saudara ku.” Tak ada siapa pun dari mereka mentaati nabi musa, kecuali musa as  dan saudaranya, Harun. Doa musa as: “Sebab itu pisah kanlah antara kami dengan  orang orang yang fasik itu.”

26. Dia berfirman, “Maka sungguh ia diharamkan atas mereka empat puluh tahun. Mereka kebingungan di bumi.”

Selepas Musa mendoakan keburukan bagi yahudi kerna tak nak berjihad;  Allah telah mengharamkan mereka dari masuk Baitul Maqdis selama empat puluh tahun. Hingga akhirnya mereka terdampar di padang Tiih. Mereka terus menerus berjalan dan tidak memperoleh jalan keluar dari Padang Tiih itu.

Dan kini; Masih mendabik dada lagi bani bani israel ni..

#Akhirukalam 

Ikutlah sunnah Rasulullah SAW kerana ianya bukan sahaja membantu kita jadi lebih produktif, tetapi ianya juga bawa keberkatan di dalam kehidupan harian.  Inshaa Allah ; kesejahteraan dan ketenangan di dunia. Moga Allah memberikan kita kekuatan beramal dengan sunnah Rasulullah SAW dan memanfaatkan waktu pagi sebaik mungkin.

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 

Barakallahufikum buat semua. Sehari lagi BERSAMA ISLAM

Wallahu ‘alam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 27 JAN 2026, 8 SYAABAN 1447* 
#Ramadhan 22 hari lagi

Tujuh sahabat nabi yg paling ditaktui

1. Umar ibnu Khattab - masuk Islam ketika dengar bacaan "Surah toha"

2. Khalid ibn Walid - Saifullah Al Masnun (Pedang yg terhunus)

3. Ali bin Abi Talib - "Pedang Zulfikar" dan ketuai Perang khaibar. melawan Yahudi. 

4. Hamzah bin Abu Mutalib. Bapa saudara nabi.  "Singa Allah dan Singa Rasulullah". Gugur dlm Uhud, Wasi hamba Abu Suffian menombak. 

5. Abu UBAIBAH bin AL JARRAH. "Aminu Haidihul Umah" Amanah Ummah. Pertempuran dgn Kaum Romawi. Wafat kerana taun.

6. Zubair bin Awwam - Hawari rasulullah. Pengawal setia rasulullah. Dibakar dlm tikar oleh bapa saudaranya. 1000 luka pda tubohnya. Masa fitnah beliau terbunuh dalam konflik dan trajis.

7. Saad bin Abi Waqas - Busor "Panah".  Org yg pertama melepaskan panah dlam peperangan. Perang QADISIAH melawan kaisar Persia. Sepuloh yg dijanjikn SYURGA

Comments

Popular posts from this blog