Ahad
04- Ramadhan 1447 (1-9-1447)






 *PERKONGSIAN NCS Di HARI AHAD di WAKTU DHUHA 
* Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanfaat. #Ust Ahmad Yazid Zainon. •Kitab Idaman Penuntut (terawikh)

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Selamat pagi Ahad, SALAM DHUHA buat makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin dan muslimat seantero alam maya di mana sahaja tulisan ini di gapai mata.. 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Sejahtera lah semua di pagi 4 Ramdhan. Moga makin kukuh di dalam mendirikan kewajipan kita dalam Ramadan. Walaupun di dinihari tadi terlepas ibadah sunat bersahur tapi semangat tetap Tak luntur. Subuh kekal juga berjemaah di rumah Nya dan majlis ilmu tetap di santuni duduk bersama Us Zul Pandan di surau Al amin BTHO. 

Terimakasih Allah. 4 Ramadan 

Daripqsa Abu Hurairah ra, nabi saw bersabda: “Allah SWT berfirman (hadith qudsi): Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya melainkan puasa. Sesungguh nya puasa itu milik Ku (Allah) dan Akulah yang akan mem balasnya.”(Sahih Bukhari no: 5927)

Istimewanya Ramadan juga kerana pahala amalan yang dikerjakan pada bulan ini akan digandakan berbanding dengan sebelas bulan yang lain.

Pengisan pagi adalah untuk fahami apa yang kita semua sibuk men dirikan nya pada setiap malam - solat terawikh. 

#Us Ahmad Yazid. •Kitab Idaman Penuntut
( terawikh)

Pertama selamanya terus rafak kan syukur atas taufik hidayah yang diberikan pada kita

#Solat terawikh. 

Perkataan "terawih" (tarawih) berasal daripada bahasa Arab, merupakan bentuk jamak (plural) bagi perkataan tarwihah (تَرْوِيْحَةٌ)  bermaksud "rehat" atau "istirahat sejenak". Ia dinamakan demikian kerana para sahabat, dan jemaah berehat sebentar selepas melakukan setiap empat rakaat solat sunat pada malam bulan Ramadan. 

Secara ringkasnya, ia merujuk kepada solat malam yakni Qiyam Ramadan  dilakukan secara santai dan beristirahat, biasa nya dilakukan selepas solat Isyak. 

Ada 8 Ada 20 rakaat, tapi kena 2 rakaat satu salam. Tidak sah kalau solat empat rakaat satu salam. Kena solat lepas solat isya dulu barulah boleh terawikh (maksud nya jika jama’ takdim; solat isya masuk dalam maghrib, maka, dah boleh solat terawikh) 

“Solat malam dengan dua”, Sunat dikerjakan berjemaah. Namun, jika buat sendiri akan dapat pahala terawikh saja, kalau buat berjemaah akan dapat pula pahala berjemaah. Hal ini di lakukan oleh Omar ra, kumpulkan jemaah dan bersolat 20 rakaat. 

Kelebihan terawikh berjemaah di masjid? Beriman ;

•“ sesiapa yang solat berserta iman sehingga selesai; maka, men yerupai solat sepanjang malam” (hadis) dan akan dapat 27 pahala. Nabi juga sarankan terawikh dibuat ber jemaah. 

•akan menambah ilmu kita kerana ada nya tazkirah dan majlis ilmu. Di negara arab hal ini menjadi kelaziman, majlis ilmu selepas 8 rakaat atau selesai terawikh. 

•menambah hubungan silatur rahim sesama jemaah. Dapat tahu situasi keadaan saudara kita. 

•mendapat doa dari malaikat.“Adalah para para malaikat ber selawat dan berdoa pada kamu selagi mana berada dalam majlis ingati Allah, solat terawikh dengan doa ya Allah Terimalah keampunan selagi tak berhadas dalam majlis itu” 

Pernah sahabat keluar malam di malam 23 bangun solat qiamul Ramadhan. “ hal keadaan harap iman dan ganjaran pahala dari Allah dengan malam ramadahn maka Allah akan ampunkan dosa nya sepertinya baru dilahirkan oleh ibunya. Maka nabi sunatkan pada kita solat sunat terawikh 

Nabi saw bersolat 8 rakaat saja tapi nabi berbuat 8 kerana dia khuatir jika solat 20 akan jadi sunah nabi kefardhuan dan ia mem beratkan umatnya. Nabi saw solat terawikh di masjid, pada awal awal ramadhan saja selepas itu nabi saw berdiam di rumah. Ini semua untuk menberi contoh pada umat, tak nak umat susah dan rasa berat. Kita ni yg 4 waktu pun terkinja kinja apatah lagi diberi contoh 20 rakaat. Tapi, sesiapa yang mampu buat lebih dari lapan, ianya lebih baik. 

Kebanyakan ullamak mazhab saran 20 rakaat walaupun dalam hadis nabi buat 8 sahaja. Nabi dan para sahabat buat lapan di masjid tapi lagi bakinya di buat di rumah. Kita 8 di masjid berapa di rumah? 😀Apa apa pun 8 pun ok 20 pun ok cuma jangan tak buat langsung. 

Bab baca alquran pula eloknya berusahalah bertaddarus satu juzuk satu malam. Paling kurang. Jika tidak upaya juga, buatlah setakat kemanpuan jangan lah sampai tidak berbuat langsung. 

Bacaan paling simple dalam dua rakaat ada lah rakaat pertama baca surah dan rakaat kedua di baca alikhlas. Wirid wirid selepas solat terawikh dua rakaat amat di galakkan. Jangan jadikan alasan tak ingat wirid maka tak nak buat solat sunat terawikh. Kerana tiada wirid pun tak apa, cuma kalau wirid setiap lepas dua rakaat lagi baik disisi Nya. 

Jika ada kesempitan atau sakit, boleh juga buat terawikh di rumah sendirian, setidaknya alan dapat juga pahala sunat. 

Cerapan untuk malam lailatul Qadr biasanya akan di rujuk pada pendapat imam ghazali.
1 Ramadhan hari khamis ia akan berlaku di malam 25 Ramadan. 
Jangan sibuk hanya malam tu saja tapi berbuatlah seawal hari Ramadhan kerana tak akan Dapat buat jika tidak dijadiakan kelaziman. Khuatir kalau tak buat sebelum lailatul qadr, maka pada malam itu tak pula mampu untuk melalukannya. 

Tamat jam 730 pagi. 

#Akhirulalam 

Selagi mana amal ibadah itu dilakukan bertepatan dengan syarak dengan niat mendekat kan diri kepada ALLAH, sudah tentu keampunan Allah SWT, fadilat dan pahala berterusan menjadi habuan tidak ternilai buat kita sebagai orang beriman. Pintu syurga dibuka seluas luasnya di bulan Ramadan menjadi indikasi tidak ternilai rahmat Allah yang melimpah ruah dan terlalu banyaknya pahala orang orang yang menghidupkan bulan yang suci ini.

Daripada Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah saw bermaksud: “Apa bila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu pintu neraka dan dibelenggu syaitan2”(Bukahri dan Muslim)

Barakallahufikum semua…

Wallahu a‘lam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI:  22 Feb 2026, 4 RAMADHAN 1447*





Perang Madhar (Battle of Madhar)

Perang Madhar ialah satu pertempuran penting antara tentera Islam dan Empayar Parsi (Sassanid) pada awal pembukaan Iraq.
📍 Latar belakang
Berlaku sekitar tahun 634M (12H).
Lokasi: Madhar, berhampiran Sungai Furat di Iraq.
Ia berlaku dalam siri peperangan selepas kemenangan Islam di Perang Waljah dan Perang Ullais.
👑 Pihak yang terlibat
Tentera Islam
Dipimpin oleh Khalid ibn al-Walid
Dibantu oleh panglima Arab Iraq Al‑Muthanna ibn Harithah
Tentera Parsi
Di bawah Empayar Sasanian Empire
Dipimpin oleh seorang jeneral bernama Hormuzan (menurut riwayat tertentu).
⚔️ Jalannya pertempuran (ringkas)
Tentera Parsi cuba menghalang kemaraan Islam di Iraq selatan.
Khalid menggunakan strategi serangan pantas dan pergerakan sayap.
Tentera Parsi akhirnya kalah teruk dan ramai terbunuh.
⭐ Kepentingan Perang Madhar
Membuka jalan kepada kemenangan Islam di Iraq.
Melemahkan pertahanan awal Empayar Parsi.
Mengukuhkan reputasi Khalid sebagai panglima genius.
✅ Kesimpulan:
Perang Madhar ialah salah satu kemenangan awal penting umat Islam dalam siri penaklukan Iraq, yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kuasa Parsi di wilayah tersebut.
Jika mahu, saya boleh ceritakan kronologi penuh peperangan Khalid di Iraq (dari Waljah → Ullais → Madhar → Hira) supaya nampak gambaran besar.
  • .

Comments

Popular posts from this blog