Ahad , Feb 17, 2026
*PERKONGSIAN NCS Di HARI SELASA* Tetap lah memberi peringatan, ianya bermanfaat. #Ust Azhari Musa @ surau alAmin BTHO - cuti CNY pun tetap ada kulliyah maghrib.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam selasa bahagia dunia dan bahagia di akhirat buat makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin muslimat di mana jua. Semoga semua dikurnia kan kebahagiaan, serta keselamatan, dan juga keberkatan hidup dunia dan akhirat. Sama sama kita menjemput bahagia dunia akhirat dengan mengasihi Allah swt dan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Semoga kita termasuk dalam golongan yang bahagia akhirat kerna ;
•suka membaca lafaz,
لاَ اِلَهَ اِلَّا اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ
•bila ditimpa musibah, akan ucapkan, اِنَّا ِللهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ
•bila diberi nikmat dia baca,
الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ
•bila mulai sesuatu ucapan atau perbuatan, ia baca,
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
•bila banyak dosa, di baca,
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ
"Jangan banyak bicara, selain zikir pada Allah, sesungguh nya banyak berbicara selain zikir apenyebab hati yang keras dan sesungguh nya sejauhjauh manusia dari (rahmat) Allah ada lah orang yang memiliki hati yg keras." (Tirmidzi)
Yang kat atas tu adalah pesanan pagi untuk diri sendiri. Malam tadi akhir nya kembali ke surau al amin selepas dua tiga hari hilang dan terasa amat beruntung kerana dapat dengar kuliyyah dari ustaz Azhari Musa, yang butir bicara nya jelas. Syarahannya ialah berkenaan Syaafat yang Agung Nabi saw ketika di padang mahsyar.
#Ust Azhari Musa @ surau alAmin BTHO - cuti CNY pun tetap ada kulliyah maghrib.
SYUKURLAH , Ada lagi kekuatan dari Allah swt hingga kita masih kekal berada di dalam majlis ilmu, janji Allah pada yang berada dalam majlis ilmu melalui nabi Nya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah rumah Allah, membaca kitab Allah (alQur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi malaikat serta Allah swt akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi Nya”. [Muslim (4867)]
Ini bukti besar ketika timbang tara tawaran dengan perbuatan di padang Mahsyar nanti.
#Bab di syarah; Hadis syafaat Nabi saw.
Ketika manusia bangkit di mahsyar, manusia akan berjumpa dengan nabi adam, nabi Ibrahim, nabi Musa dan Nabi isa untuk minta pelepasan kedahsyatan padang Mahsyar. Sesunggunya yang hanya layak beri syafaat hanyalah Nabi Muhammad Saw yang telah bersujud rebahkan diri di depan Allah swt selama masa yang telah dikehendaki Allah, masa sujud itu lah ; Allah swt menyuruh nabi angkat kepala baginda dan firman Allah; minta lah apa yang dikehendaki baginda. Masa itulah nabi saw puji Allah ( diilhamkan Allah saat itu bentuk pujiannya); selepas itu nabi saw merayu pada Allah - kasihanilah umat Ku, masa itulah Allah perkenankan, dan diberilah peluang awal kalangan umat nabi saw untuk di hisab. inilah kisah kehebatan syafaat nabi saw. Inilah syaafat agung. Soal ke neraka atau ke syurga itu ada lah bergantung pada masing masing punya amalan tapi ia nya dapat syafaat di percepatkan hisab di mahsyar yang hebat. Yang ramai akan dapat syafaat ini adalah kalamgan alim ulamak. Dari imam Shafei: “Aku sayang orang orang yang solih walaupun aku ini bukan dari kalangan mereka, dgn harapan akan dapatlah syafaat nabi saw juga” nabi saw: akan masuk ke syurga umat ku dengan syafaat dari umatku. Begitu juga untuk mereka yang syahid. Begitu juga Sahabat sahabat yang kita kenal solat bersama puasa bersama, ada yang ke syurga jika kita pula tertinggal tidak ke syurga, mereka ini juga boleh memberi syafaat untuk membawa yang di neraka ke syurga. Maka, carilah kawan ahli ibadah.
Selepas dikabulkan urusan pdg mahsyar , Allah akan membuka mahkamah nya untuk setiap orang di adili. Setiap orang dah ada buku catitan. Sebenar nya, Allah boleh terus menghukum semuanya kerana semuanya ada dalam ilmu Nya, tapi kerana nak tunjukkan keadilan di buka buku catatan dan di soal jawab tanpa mulut kita yang menjawab tapi anggota badan yang menjawab. Jangan rasa pelik kerana di dunia moden ni pun dah ada rakaman yang macam macam. Kalau kini ada teknologi cd, teknologi Allah jauh lebih hebat. Maka jangan rasa pelik.
Semua di tanya dan akan di hukum. Soalan yang di tanya adalah ada dalam hadis nabi saw: semua di tanya dan tak akan bergerak kaki anak adam selagi tak di tanya 4 soalan:
•hal umurnya; perkara apa di habiskan. Apa kita dah lakukan selama kita hidup. Pastinya kita tidak bermula dengan orang soleh. Memang direnung kan balik, ada hal hal yang bodoh yang tak patut kita lakukan masa masa dulu masa remaja dulu. Ini maksud nya, akan berlaku satu kerugian dalam hidup manusia tapi selepas itu akan untung kerana ber pesan kebenaran dan beramal soleh. Maka, bertaubat lah dan ber geraklah kearah yang lebih baik. Rahmat Allah terlalu amat luas buat umat nya.
•tentang ilmu: apa yang kita manafaatkan atas ilmu. Moga Allah seiring kan ilmu dan amal kita. Tahu, tapi tidak beramal, pasti akan di tanya Allah
•tentang harta benda. Satu ujian. Dari mana di ambil dan ke arah mana di habiskan. Semua nya akan di tanya, cari yang halal; habis kan ke arah urusan akhirat.
•hal sihat tubuh badan akan juga di persoalkan.
Bersedia kah kita?
Esok ; kisah sebalik mukjizat nabi saw, tentang pertukaran kiblat.
#Akhirulalam
Kita ni diingatkan lah berulang kali tentang Padang Mahsyar pun; masih lagi buat macam lembu kenyang jer, napa agaknya?
Fenomena "lembu kenyang" atau alpa walaupun sering kita diingatkan hal Padang Mahsyar berpunca dari cinta dunia keterlaluan (wahan), hati yg keras akibat dosa, kurang nya keyakinan iman yang mendalam pada hari akhirat. Kita ni sering terpedaya dengan kesenangan duniawi sementara, selalu saja anggap kematian masih lambat, sering terlupa yang setiap perbuatan akan dihisab.
Ini adalah teguran untuk saya yang terutamanya moga terus terusan untuk bermuhasabah dan perbanyakkan amal soleh sebelum ianya dah terlambat.
"Di Padang Mahsyar, Tak Ada Lagi Keluarga. Tak Ada Lagi Gelaran. Yang Ada Cuma Diri Kita Dan Amal Yang Pernah Kita Buat"
Esok last daya: sebelum Ramadhan.
Barakallahufikum semua…
Wallahu a‘lam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 17 Feb 2026, 28 SYAABAN 1447*
#Ramadhan 1 hari lagi

Comments
Post a Comment