Rabu
07- Ramadhan 1447 (1-9-1447)
*NCS SAHUR Di HARI RABU 7 RAMADHAN 1447 H* * Tetaplah beri peringatan, peringatan itu bermanfaat.
- cetusan us zuhairi - Amalan berselawat antara tarawih
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Selamat hari ke tujuh Ramadhan! Semoga terus istiqomah dengan meningkatkan amalan di minggu pertama yang mulia ini. Baharui lah niat, perbaiki diri jadi lebih ber takwa. Dah boleh masuk gear 2 dah, tingkatkan lah semangat beribadah, kurangkan keluhan, gandakan sedekah agar puasa kita akan lebih bermakna memasuki minggu ke 2 Ramadhan nanti…
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Hari ke 7 pembuka bicara.
… buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin muslimat semua nya di mana ada nya jua…..
Semoga hari ke 7 di Ramadan ini membawa kan ketenangan dan keberkatan buat kita semua !
Terimakasih kena terus memberi satu kekuatan berjihad puasa pagi ini sehingga ke maghrib nya nanti. Hanya lah Engkau saja yang tahu di mana kah “benar” puasa kami hari ini. Malam tadi masih lagi dalam momentum terawikh 20 rakaat. Maka, untuk itu pagi ini di sertakan perkongsian dr cetusan perkongsian semalam oleh Zuhairi berkenaan maksud sebalik wirid solat terawikh..
#Amalan berselawat antara tarawih
Amalan berselawat antara tarawih amalan sejak turun temurun kalangan penduduk di nusantara ini. Hal ini bertujuan mengisi dan merai makna tarawih itu sendiri. Tarawih berasal dari perkataan “raaha” bermakna istirahat, atau santai, tidak tergesa2 gesa pelaksanaannya, dalam erti kata lain ialah tak terus berdiri setelah selesai dari dua rakaat tarawih, tapi istirahat beberapa minit berzikir, berselawat, berdoa dan seumpamanya.
Fuqaha’ bersepakat akan pengsyariatan istirahah pada setiap empat rakaat tarawih kerana ia merupakan warisan para salaf yang memanjang kan qiyam dalam tarawih, imam serta makmum berehat lepas 4 rakaat tarawih.
“Dan dinamakan bagi setiap empat rakaat tarwihah kerana mereka dahulu berhenti berehat setelahnya, iaitu ia ber istirehat.”
Setiap kali imam solat tarwihah, maka imam duduk antara dua solat tarwihah dengan kadar tarwihah bertasbih, bertahlil, bertakbir, berselawat ke atas Nabi SAW, dan berdoa.
Namun, meninggal kan istirahah ini juga adalah dibolehkan, tapi melaku kannya lebih utama dari meninggalkannya
“Adanya istirahah lepas setiap empat rakaat dgn rehat yang singkat. Hal ini dilakukan oleh para salah, dan tidak ada salah jika meninggalkan nya”
Justeru, dalam hal ini, para ulama’ terdahulu tidak pernah menetap
kan amalan amalan yang perlu dilakukan antara setiap tarawih melainkan amalan bersifat umum seperti berzikir, berselawat, membaca alQuran, dan berdoa dan seumpama nya bagi mengisi waktu istirahah antara tarawih. Malah tika penduduk Makkah melakukan solat tarawih sebanyak 20 rakaat, mereka juga tawaf Kaabah sebanyak 7 kali pusingan setiap dua kali tarwihah. Hal ini telah menyebabkan penduduk Madinah menambah rakaat Tarawih kepada 36 rakaat mengimbangi amalan yang dilakukan ahli Makkah.
“Hal ini sesungguhnya ia dinamakan tarawih bermakna istirehat dan istilah diambil daripada perbuatan para salaf dan juga penduduk Haramain.
“Sesungguhnya para penduduk Makkah melaksanakan tawaf tujuh kali diantara setiap dua tarwihah sebagaimana yang diriwayatkan kepada kami daripada Imam Malik.”
Berdasarkan pada persoalan diajukan, dinyatakan bahawa selawat antara tarawih seperti yang diamalkan di negara kita ini bukanl ah penentu pada sah nya solat sunat tarawih tersebut. Hal ini kerana selawat adalah amalan yang disusun bertujuan untuk mengisi waktu istirahah antara tarawih tersebut dan sekiranya ia ditinggalkan, ia tidak menjadi masalah pada solat tarawih yang didiri kan. Tambahan, selawat yang dikhususkan juga tidaklah jadi ketetapan kerana tidak ada contoh dari Nabi SAW, dan para sahabat dan para salaf yang telah menetapkan sedemikian melain kan amalan yang bersifat umum seperti berzikir, berselawat, berdoa, membaca al-Quran dan seumpamanya.
Begitu juga jika kita menekuni sejarah salaf alsoleh, khususnya para penduduk Makkah dan Madinah. Ada kalangan mereka selepas empat rakaat melakukan tawaf. Justeru, penduduk Madinah merasakan perlu menambah bagi setiap tawaf penduduk Makkah dengan empat rakaat tarawih. Ini men jadikan solat tarawih bagi penduduk Madinah pada satu ketika jadi 36 rakaat.
#Akhirulkalam
Moga sedikit penjelasan ini mampu memberikan kita sedikit kefahaman menjalani kehidupan seharian yang lebih baik di bulan Ramadhan.
Amin.
Selamat seminggu berpuasa..
Wallahua‘lam.
Barakallahufikum semua…
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 25 Feb 2026, 7 RAMADHAN 1447*

Comments
Post a Comment