Sabtu
10- Ramadhan 1447 (10-9-1447)
*NCS @ SAHUR Di hari sabtu 10 RAMADHAN 1447 H* •Tetaplah beri peringatan, bermanfaat.
#Nota kulliyah subuh bersama Us Zul Pandan #kisah sahabat ketika berperang di dalam bulan Ramadhan.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah. Bermula seawal dinihari hari ini, berkesempatan rezeki singgah sahur bersama ahli ahli masing masing. In shaa Allah, dengan
keberkatan pagi dimulai bersahur, akan memberi tenaga dan ketenangan untuk menghadapi hari ke 10 Ramadhan penuh kekuatan dan juga rasa semangat.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Selamat pagi semua ! syukurlah alhamdulilah sudah masuk di 10 hari pertama di Ramadhan.
Kita masih bernafas lagi hari ini dan semoga nya dipanjangkan ke Lailatul Qadr pula. Malam tadi, dapat selesai tenang 20 Rakaat belakang Imam Rasidi di surau Al Amin BTHO. Berkat betul bila Solat bersama orang orang yang mahir dan tahu Al Quran; 20 rakaat itu terasa seperti debu ditiup angin jer. In shaa Allah; Ibadah panjang terasa singkat apabila hati merasai nikmat nya hubungan dengan Allah.
Sama2lah kita meraikan akan metafora positif menyatakan rasa cinta dan keselesaan dalam menunaikan ibadah 20 rakaat. Semoga kekal istiqamah di Ramadan 1447 kali ini. Mudah mudahan jiwa yang sering kali jiwa bergetar seperti daun ditiup si angin, akan terlindung dek solat solat ini yang menguatkan, membuat rasakan kembali stabil hadapi apa pun yang menanti.
Renungkan.
Pagi sabtu ini, nak share tentang satu penggalian dari kulliyah ustaz Zul Pandan pada pagi ahad lalu. Ramai beriktibar daripada kisah nabi dan para sahabat tentang bagaimana nabi dan sahabat berperang tika pada masa yang sama; kena berpuasa.
#kisah sahabat ketika berperang dalam bulan Ranadhan
Perang pertama perang badar dalam 2 Hijrah, ia berlaku selepas puasa di fardukan dalam ayat 183 al baqarah.
Dari Abu Said al qudri ra bercerita; dalam perang ada yang berpuasa dan sebahagian pula tidak berpuasa. Tiada yang puasa ketika perang kritik yang tak puasa dan yang tak puasa tak kritik pula yang puasa. Kedua dua diboleh kan, ikut kekuatan masing. Feqah - sesiapa yang sakit dan musafir boleh berbuka puasa. Dan perang tu sudah tentu lah berada di dalam suasana tegang sakit walaupun tidak musafir.
Saidina ‘Umar bin al-Khattab ra mencerita kan perkara yang sama: Kami berperang dalam dua buah peperangan (Badar dan Pembukaan Kota Mekah) bersama Rasulullah Saw pada bulan Ramadhan, lalu kami berbuka puasa pada kedua perang tersebut- alTirmizi (714) dan alBaihaqi
Begitu juga, ketika kisah fathul Makkah; berlaku dibulan Ramadhan juga. Ketika saat nak masuk mekah, nabi saw arah kan semuanya berbuka puasa: bimbang ada lak yang tak mampu walau pun asalnya berpuasa.
Dari Abu Sa'id al Khudri ra: “Kami bermusafir bersama nabi SAW ke Mekah ( utk pembukaan Mekah). Kami sampai di satu tempat; lalu nabi saw bersabda: "Kamu semua sedang meng hampiri musuh kamu sedangkan berbuka puasa itu lebih kuat untuk kamu". (Kata Abu Said alKhudri): Maka itu ialah satu kelonggaran (untuk terus berpuasa), maka di kalangan kami ada yang berpuasa dan ada yang berbuka. Dan kemudian kami sampai ke satu tempat yang lain nabi saw ada bersabda: "Kamu ini sedang lah berhadapan dengan musuh kamu, berbuka puasa itu lebih kuat untuk kamu : maka, berbukalah."
Disimpulkan, alasan disyariatkan berbuka bukan kerana musafir akan tetapi disebabkan musuh telah dekat dan mereka saat itu perlu kan kekuatan tubuh badan optimum untuk berjihad. Walau dalam keadaan menetap di daerah sendiri ( tidak bermusafir), mereka tetap boleh berbuka untuk menjaga stamina tubuh supaya jadi kuat dalam hadapi musuh.
Berdasarkan sunnah nabi SAW dan juga arahannya, berbuka ketika peperangan jauh lebih afdhal kerana maslahat puasa untuk peribadi tetapi kekuatan itu dengan tenaga pada fizikal adalah untuk satu kemenangan buat Islam. Inilah yang telah dilaku kan Rasulullah SAW dan para sahabat serta yang mengikut jejak langkah nya.
Tahqiqkan ayat 7 surah alHasyr :
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا
Dan apa jua perintah yang dibawa Rasulullah saw kepada kamu maka terimalah dan amalkan, apa jua yang dilarang Nya kamu melakukan nya maka patuhilah larangan Nya.
Said bin jubair juga menceritakan pada malam di Ramadhan; para sahabt hidupkan al Quran. Saat inilah, tika bulan ramadhan para sahabat tidak banyak bercakap dan kalau pun bercakap dengan guna kan ayat ayat al quran.
Antara kisah, dizaman tabiin, ada seorang ibu kumat kamit dengan ayat quran, bila sahaja diberikan salam dijawab nya dengan “ salamun kaulamirabbi rahim” - di ambil dari ayat yassin. Perbualan seterusnya di jawab dengan ayat ayat al quran kepada setiap soalan dan perbualan.
“Cukuplah dengan kesombongan dengan Allah, masuk Ramadhan pun kita macam tu dan keluar dari Ramadhan pun kita seperti itu “
Jadilah baik dan doakan semua jadi baik bermula Ramadan dan seterus nya.
#Akhirulkalam
Kalau setakat bersukan sedikit dalam Ramadan; tidak perlu lah nak fikir untuk berbuka. Seelok nya jangan lah bersukan awal pagi: khuatir akan membawa dehydration.
Bersenamlah sedikit selepas asar ; letakkan syarat kena setel dulu 1 juz, semua solat kena berjemaah di rumah Nya; baru lah layak nak bersenam belah petang.
Kalau tak duduk rumah baca Quran. Biiznillah. Terima kasih ya Allah, izinkan saya ber”Golf” dalam setiap kali puasa RAMADAN tapi selepas syarat ketat Ramadhan ditunai dulu.
Bersenam semasa di Ramadan sememang nya indah dan bukan satu halangan. Waktu yang sesuai bersenam di bulan puasa adalah 1 jam sebelum berbuka.
Riwayat Abu Hurairah ra: “orang mu’min yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah swt ber banding mu’min yang lemah” - muslim (2664).
Wallahua‘lam.
Barakallahufikum semua…
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 28 Feb 2026, 10 RAMADHAN 1447*

Comments
Post a Comment