Ahad
11- Ramadhan 1447 (11-9-1447)

The Curve - 


Spt ulasan UAI pada satu soalan, Mengapa Syaitan sudah di ikat tapi manusia masih melakukan kejahatan.
Jawapan beliau santai, Musoh manusia ada empat. Syairan, Nafsu, Manusia itu sendiri dan Dunia (hartabenda). Adapun apa yang Allah kehendaki daripada puasa, bukan suruh jauhkan diri manusia dan dunia tapi jauhkan dari Syaitan dan Hawa Nafsu. Bulan puada Allah dah ikatkan Syaitan dan Hawa nafsu hendaklah kamu lawan sendiri. 

*NCS @ SAHUR Di hari AHAD  11 RAMADHAN 1447 H* 
* Tetaplah beri peringatan, peringatan itu bermanfaat.
* Ust Hasnil on the 10th of the month Ramadhan in the house of Surau AlAmin Btho. 


‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, Seper tiga jalan sudah selamat ditempuh, dua pertiga lagi menanti dengan ganjaran pahala yang melimpah. Jangan lah biarkan semangat itu kendur, teruskan lah istiqomah. Semoga sisa hari ini memberi suatu kekuatan untuk terus merebut kelebihan di malam malam yang mulia.  Berhenti sejenak. 11 Ramadan, juga waktu terbaik muhasabah diri. Hanya kita yang tahu; apa, puasa kita sekadar menahan lapar, atau ia akan mengubah diri kita menjadi lebih bertakwa. Teruskan lah beribadah dengan ikhlas. Yang ni paling penting.. 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Selamat pagi dan salam hari 11 Ramadan. Moga hari ini penuh dengan keberkatan dan amalan kita diterima Allah swt. Syukur, sangat, dapat istiqamah. Walau pun ada bibit mazmumah terbit dalam Ramadhan tapi ia nya bukanlah nak kata biasa tapi nak kena jadikan bahan perkuat kan semangat melawan. 

Just believe that Allah always gives something good to us. Even if it’s not good now, it will be good soon enough.

“Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai kesanggupan nya…” ( Baqarah: 286)

Pagi ini dikepilkan satu salinan nota diambil ketika ustaz Hasnul berkuliah subuh semalam.

#Ust Hasnil on the 10th of the month Ramadhan in the house of Surau AlAmin Btho. 

Alhamdulillah pagi ini berkumpul di hari cuti dlm sabtu Ramadan. 

Ber jogging waktu pagi berpeluh; Ramadan almubarak hari ke 10

Unik; Ramadan semakin berlalu laju, sedar sedar dah habis 1/3. Waktu itu pergi cepat berlalu. Ia nya tanda akhir zaman.

Kemahuan kehidupan beragama nak kena belajar tasauf dan juga tarikat.  Apakah Tasauf vs Tarikat? Nama nama tarikat selalunya akan bergantung pada apa amalan yang diikuti. 

Ayat "Qad aflaha man zakkaha" (قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا) : sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan diri (jiwa) 

Ayat ini ada di dalam Surah Ash-Shams, ayat 9( surah ke 91). Ia nya menekankan kejayaan sejati di sisi Allah swt dicapai dgn penyucian jiwa daripada dosa dan sifat keji. Ayat didahului dengan sumpah Allah mengenai jiwa; diikuti dengan ayat 10: "Wa qad khaba man das saha" (dan rugilah orang yg mengotori nya).

“ Qad ” bermulanya ; sesuatu yang tegas. Dalam ilmu balaghah, bila dah buat kerja kerja baik akan mendapat kejayaan. Ilmu ini di katakan ilmu tasauf. 

Di dalam ilmu tasauf kena juga belajar  ilmu ilmu lain , Tasauf - ilmu penyucian jiwa. Allah tak lihat luaran. Bina akhlak dan jaga tujuh anggota badan. 
    
1. ilmu tauhid - nak kita dengan nabi saw kena banyak selawat ( contoh ) tasauf adalah suatu ilmu jaga akhlak. 

2. Feqah - ilmu tata cara dalam beribadah 

Ilmu tasawuf;  cabang ilmu Islam fokus pada penyucian jiwa (tazki yatun nafs), pembaikan akhlak, dan pendekatan diri kepada Allah (makri fat) melalui pengalaman kerohanian yang secara langsung. Ia merupakan intipati Ihsan; beribadah seolah2 melihat Allah dan didik nafsu patuh pada syariat, bertujuan mencapai keredaan Nya

Secara keseluruhannya, tasawuf ialah komponen penting dalam Islam; ia nya melahirkan peribadi Muslim yang seimbang;  lahiriah (syariat) dan batiniah (hakikat).

Kata Sheikh Daud Al Fattani perihal tasauf - ilmu yg menyempurna kan batin; ianya macam feqah sempurna kan zahir. Batin ini adalah ikhlas, dengki, banyak lagi sifat dalaman yang mazmumah. Ilmu tasauf membina akhlak. Kukuh kan mahmudah, buang jauh jauh mazmumah.

Esok; Apa itu TARIKAT? 

#Akhirulalam 

Selamat berpuasa ; dan tahniah kerna bersahur.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita berperang dengan diri sendiri. Kekecewaan terbesar yang berlaku dalam kehidupan selalunya kerana jangkaan yang salah. Melepaskan diri dari pemikiran negatif adalah langkah pertama untuk kuat. Bila kita dah  bersedia dengan suatu  pemikiran yang terbuka dan positif, pasti tenang boleh menghadapi apa sahaja mendatang.

Sentiasalah latih minda untuk melihat kebaikan dalam setiap perkara.

Wallahua‘lam.
Barakallahufikum semua…

Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI:  1 March 2026, 11 RAMADHAN 1447*

Comments

Popular posts from this blog