Isnin
05- Ramadhan 1447 (5-9-1447)



*PERKONGSIAN NCS SAHUR Di HARI ISNIN 5 RAMADHAN 1447 H* 

* Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanfaat. #Ust Ahmad Yazid Zainon. •Kitab Idaman Penuntut (terawikh) Pt 2

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Bermula dengan nama Allah seawal sahur isnin, satu amalan mulia bagi makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin muslimat dan 

semua nya mencari keberkatan, dan juga ketenangan, kelancaran rezeki sepanjang yang akan datang minggu. Mula kan hari dengan doa, zikir, niat positif untuk memulakan setiap tugasan yang baik baik. Jangan terus ke dunia. Singgah dulu pada Allah. Janji Nya berganda di Ramadan ini, asalkan ianya hal yang baik baik. 

Salman alFarisi RA katanya, nabi SAW bersabda: “Wahai manusia, telah datang kepada kamu sekalian bulan yang agung lagi diberkati. Bulan yang terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah jadikan berpuasa sebagai fardu dan berqiyam malam nya pula sebagai sunat. Sesiapa yang mendekat kan diri pdNya dengan satu amalan baik, maka ia seumpama orang yang menunaikan satu amalan fardu di bulan yang lain. Sesiapa yang menunaikan sesatu amalan fardhu padanya pula, ianya seumpama orang yang menunaikan 70 amalan fardu pada bulan yang lain”

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Salam pagi isnin pada semua berkesempatan menjeguk ke sini; Yang tiada apa2 pun lebihnya. Cuma hendak tanya diri sendiri dan pada semua disini, selepas hari ke 4 Ramadhan, ada terasa apa apa bila dah baca  hadis diatas tu? Kalau tak de, something is wrong tapi tak pe lah kalau rasa nak biar yang “wrong” berlubuk kekal di jiwa. Bak kata satu orang tu, pada sebelum Ramadan tidak solat, di dalam Ramadhan pun tidak solat, dan selepas Ramadhan pun tidak solat. Kena tinggalkan hal gini pada Allah, di sini hanya lah memberi pesanan. Untuk yang tersentak, tahniah lah, sama sama kita ubah, saya sendiri pun makin merudum tinggal lagi izin Allah saja menjadi kan hari ni dah advance ke depan, sudut bacaan sehari sejuz, sudah pun sampai ke ayat 79 surah an nisa. Terimakasih Ya Allah. BerSemangat nak buat baik, berjemaah, nak berterawikh, Allah masih kekal dalam rasa. Moga ada pada semua.

Pagi isnin nak sambung nota yang diceritakan  us Yazid pagi sabtu lalu. 

Ramai yang sudah tahu, sekadar nak ulangkaji…

t. #Ust Ahmad Yazid Zainon. •Kitab Idaman Penuntut (terawikh) Pt 2

Kebanyakan ulamak mazhab saran 20 rakaat walaupun dalam hadis nabi buat 8 sahaja. Nabi dan para sahabat buat lapan di masjid tapi lagi bakinya buat di rumah. Kita 8 di masjid, berapa di rumah? 😀Apa apa pun 8 pun ok, 20 pun ok cuma jangan tak buat langsung. 

Bab baca alquran pula eloknya berusahalah bertaddarus satu juzuk satu malam. Paling kurang. Jika tidak upaya juga, buatlah setakat kemanpuan jangan lah sampai tak langsung. 

Bacaan paling simple su dalam dua rakaat solat terawikh adalah rakaat pertama baca surah dan rakaat kedua di baca alikhlas. Wirid wirid selepas solat terawikh dua rakaat amat lah di galakkan. Jangan jadi kan alasan tidak ingat wirid maka tak nak buat solat sunat terawikh. Kerana tiada wirid pun tak apa, cuma kalau wirid setiap lepas dua rakaat lagi baik disisi Nya. 

Jika ada kesempitan atau sakit, boleh juga buat terawikh di rumah sendirian, setidaknya akan dapat juga pahala sunat. 

Cerapan untuk malam lailatul Qadr biasanya akan di rujuk kepada pendapat imam ghazali.

1 Ramadhan hari khamis malam Qadar biasanya akan berlaku di malam 25 Ramadan. Jangan sibuk hanya malam tu saja tapi berbuatlah seawal hari Ramadhan kerana tak akan Dapat buat jika tidak dijadikan kelaziman. Khuatir kalau tak buat sebelum lailatul qadr, maka pada malam itu tidak mampu untuk melalukannya. 

Tamat jam 730 pagi. 

#Akhirulkalam 

Seperkara nak tambah, sebelum tutup ruang yang tak dibaca orang ni, tapi kalau hati dah buta tak boleh buat apa.  Ini untuk hati yang dah celik… bab sedekah. 

Salah satu jalan pintas untuk menggandakan pahala tanpa perlu menambah bilangan hari berpuasa adalah memberi makan kepada orang yang berbuka.

Kalau di Madinah atau mekah, puasa 30 hari tak yah keluar duit. Ingat lagi 2019 masa tunaikan umrah keluarga besar kami, hari pertama, buat macam di malaysia, ber beli belah sakan. Sekali duduk nak berbuka di masjid nabawi, kejap orang tu bagi makanan kejap orang lain bagi makanan. Mereka ini semua sedar dan celik hati apa yang dah nabi sarankan. Tapi di sini, pelik, masjid dan surau merayu rayu nak isi ruang tabung untuk, berbuka; tepuk dada tanya iman. 

“Siapa yang menyedia kan makanan berbuka buat orang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun  pahala orang tersebut.” (alTirmidzi).

Not many care! Yang penting kena penuhkan bazaar ramadhan..  kan? 

Barakallahufikum semua…

Wallahu a‘lam

Wassalam

#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI:  23 Feb 2026, 4 RAMADHAN 1447*

Comments

Popular posts from this blog