Jumaat
02 - Ramadhan 1447 (1-9-1447)

Ustaz Baktiar. Hikmah puasa. 



*PERKONGSIAN NCS Di HARI JUMAAT * 
- Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanfaat. #Ustaz Azhari Musa - cuti CNY pun tetap dengan ber kulliyah maghrib (2 ) 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

SALAM dinihari salam Qiam salam subuh di RAMADHAN  buat yang di kasihi Allah makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin muslimat  semua nya. Mubarakalaikum pada yang telah berjaya men yantuni malam pertama hari pertama dan juga malam kedua Ramdhan dengan jalan terbaik seperti di anjur kan agama. Semoga semuanya menjadi Ramadhan terbaik kali ini. Ini adalah rintisan untuk hari hari di bulan selepas Ramadhan. 
Semoga dijayakan di Ramadhan dan selepas. Awal seruan ini di alun kan demi mengharap kan ada hidayah Allah untuk yang telah awal Ramadan memenuhi masjid surau malam tadi dan malam sebelum nya serta subuh subuh kini. Tetapkan kami ya Allah dijalan Mu

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah. Dah Dua Malam Ramadhan solat semua dapat ditunaikan  berjemaah untuk semua waktu. Moga nya tidak berlaku lagi salah faham pada yg asyik mengejar solat terawikh hingga lupa pada berjemaah isya. Isya adalah wajib sedang terawikh adalah sunat. Maka, usahakan lah utk berjemaah isya. Kalau nak balik buat terawikh kat rumah pun tak apa apa. Semoga ada pentunjuk dari Allah untuk ini. 

INgat, kalau rasa terlalai, yang terawikh tidak ada dalam bulan lain. Kalau ada niat nak tunggu next Ramadhan, ingat pula yang nyawa kita belum tentu ada di next Ramdhan. So, jangan nak “gedege” dengan Allah. Semoga Allah jadikan kita termasuk dalam puak puak yang sentiasa ada kekuatan untuk ini semua mya di dalam Ramadhan. Cari lah elok elok apa yang ada sebalik Ramadhan. 

Untuk pagi ini, di serta kan kesinambungan nota yang dah lama tergantung, apa pagi semalam, tidak hadir bersiaran selepas men dapati penyesuain masa antara Qiam dan Sahur, menjadi ianya suntuk untuk menulis coretan pagi….

#Ustaz Azhari Musa -cuti CNY pun tetap juga kulliyah maghrib (2 ) 

#kisah mukjizat nabi saw, tentang pertukaran kiblat. Dan ssghnya nabi saw awalnya setuju dengan baitul maqdis kerana nak ambil hati puak puak yahudi. Yahudi yang tersentak dengan Nabi saw dilantik nabi akhir, hinggakan yahudi ni ber balah dengan Allah. Dek kerana itu nabi saw berpolitik hadap kiblat baitul maqdis sebagai kiblat dgn harapannya, yahudi akan ikut ajaran nabi saw. Selepas 17 bulan, yahudi sebalik nya telah menemplak nabi dengan berkta ajaran apa ni ikut kiblat kami. Nabi saw bersedih dan dengan itu nabi atas kelebihan pada nya jibrail menyuruh nabi terus saja meminta Allah menukar kiblat. 
Nabi saw akhirnya menunggu wahyu untuk tukar kiblat. Tibalah masa wahyu datang; ssghnya kami tahu ulangalik wajah kamu pandang ke langit , paling kanlah wajah mu ke arah masjidil haram.
Wahyu turun ketika nabi sedang solat ( ada riwayat kata subuh, ada kata zohor, ada kata asar)

Ibn hajar askolani: Nabi saw sdg rukuk waktu zohor di masjid Qiblatain. Di arah tukar kiblat sebanyak 180 darjah. Masa itu sedang ruku’. Kenapa nabi tidak tunggu masa ‘itidal? inilah yang telah dijadi kan alasan untuk kita jika masbuk terus mengikut iman dalam keadaan mana pun iman berada, itu adalah lebih afdal. 

#Sebelum kiamat berlaku, dunia alan dikosongkan 40,000 tahun. 
Dikeringka  dan diturunkan hujan. 
Merekahlah bumi terbukalah kubur masing2. 

#Akhirulalam 

Selamat menempuh Ramadhan penuh gemilang. Satukan rasa demi kerana Nya. Syuku rlah kalau dapat pasti kan satu juzuk satu hari dan tidak tinggalkan terawikh selain pastikan yang wajib tidak terabai. 

Dengan kita berebut rebut ambil peluang dibulan ini sebagai tetamu allah swt dan perbanyak bacaan alquraan alkarim, solat malam,bermunajat dengan lenangan airmata menghitung kembali dosa dosa yang telah banyak kita laku kan. Kita bermohon Allah swt supaya jangan lah menghisab dan menghukum kita dengan keadilan nya ,tapi hukumlah dengan Rahman dan rahim nya. Telah banyak anugerah allah telah diberi yang tidak kita minta dan telah banyak dosa kita yang diampuni tanpa kita merayu.

Barakallahufikum semua…

Wallahu a‘lam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI:  20 Feb 2026, 2 RAMADHAN 1447*


Facebook - Iqbal Zain Al Jauhari

SENARAI ULAMA’ HADITH BERALIRAN ASHA’IRAH DAN MATURIDIYYAH

Para ulama hadith (muhaddithin) yang terdahulu sejak zaman berzaman adalah orang yang mengikut aliran aqidah Asha’irah mahupun Maturidiyyah. Sungguhpun ramai diantara mereka telah menghafal beratus-ratus ribu hadith dan menghasilkan kitab himpunan hadith yang sangat besar sumbangannya hingga ke hari ini, namun mereka tidak membentuk aliran aqidah mereka sendiri. Bahkan mereka tetap berpegang teguh kepada aliran aqidah yang disusun oleh Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

Mengapa? Perlu difahami bahawa para ulama yang pakar ilmu hadith tidak semestinya menguasai ilmu aqidah kerana kedua-dua ilmu tersebut mempunyai ahli pakarnya yang tersendiri. 

Imam Abu Muhammad Al-Ramahurmuzi (w.360H/971M) dalam al-Muhaddith al-Fāṣil Bayna al-Rāwi wa al-Wa'i telah memberi peringatan mengenai sebahagian Ahli Hadith yang hanya mampu meriwayatkan tetapi tidak mampu untuk mensyarahkan isi hadith. Beliau bersepakat dengan Imam Abu Sulayman Hamd al-Khattabi dengan kitabnya A’lam al-Hadith Sharḥ al-Bukhari bahawa mereka itu tidak menguasai Aqidah dalam membahaskan isi hadith yang mereka riwayatkan.

Beliau juga memperingatkan bahawa seseorang ahli Hadith itu jangan menyentuh perkara yang dirinya tidak menguasainya. Beliau mengingatkan bahawa hal tersebut adalah punca kepada sebahagian ahli hadith terpalit dengan kesesatan aqidah iaitu isu tajsim. Beliau memberi amaran kepada ahli hadith dengan berkata, “Seseorang yang sekadar periwayat hadith sahaja sepatutnya tidak berbincang mengenai disiplin ilmu yang dia bukan ahlinya”. 

Imam Abu al-Hasan al-Tabari (w.380H/990M) dalam Ta’wil al-Ahādith al-Mushkilat al-Wāridah fi al-Sifat (Muqaddimah) menyatakan bahawa tujuan beliau mengarang kitab ini adalah untuk menjelaskan kekeliruan yang terjadi dalam kalangan yang menisbahkan diri mereka kepada hadith (al-firqah al-muntasibah ila al-hadith) bahawasanya mereka telah tersasar dalam memahami Hadith Sifat sehingga terjebak ke dalam kancah Tashbih(menyerupakan Allah dengan ciri-ciri makhluk).

Menurut beliau, kekeliruan tersebut adalah disebabkan kegagalan mereka menguasai ilmu-ilmu alat untuk memahami dengan cara yang sahih mengenai Sifat-Sifat Ilahi. Beliau menyatakan bahawa ahli hadith ini sangat bermudah dalam melemparkan tuduhan sesat serta menyimpang daripada Aqidah Salaf terhadap setiap orang yang menyalahi pandangan mereka. Selanjutnya beliau mengingatkan kepada para ilmuan ini yang hanya tahu menulis hadith untuk tidak bermudah-mudah memberi tafsiran terhadap hadith tanpa ilmu yang kukuh. 

Imam Badr al-Din ibnu Jama’ah dalam Īḍāh al-Dalīl telah menegaskan bahawa meskipun Imam Ibnu Khuzaymah (w.311H/924M) adalah seorang Ulama Hadith yang hebat, namun beliau amat lemah dalam penguasaan ilmu-ilmu yang berkait Aqidah. Ini menunjukkan bahawa seorang yang mahir dengan periwayatan hadith tidak semestinya seorang yang mahir dalam bidang Aqidah.

Imam Ibnu Jawzi dalam Daf’u Shubhat al-Tashbih telah menegur dengan tegas terhadap para Ahli Hadith yang mengaku sebagai pengikut mazhab Imam Ahmad bin Hanbal yang terlibat dengan salahfaham Aqidah dengan berkata, “Kalian telah memakaikan pakaian cacat yang buruk kepada mazhab Hanbali ini, sehingga tidak disebut Ulama Hanbali kecuali mereka disinonimkan dengan Mujassim”.

Walaubagaimanapun, terdapat ulama hadith yang menggabungkan kepakaran dalam bidang hadith dan aqidah sekaligus seperti Imam al-Baqillani, Imam Ibnu Furak dan Imam Abu Ishaq al-Isfarayini bukanlah merupakan pakar Ilmu Kalam semata-mata, akan tetapi mereka semua adalah pakar dalam bidang hadith, justeru mereka lebih tepat digelar sebagai “muhaddith-mutakallim” ayang bermaksud “ulama’ hadith yang pakar ilmu aqidah” (ruj: Siyar al-A‘lam al-Nubala’ li al-Dhahabi dan al-Salsabil al-Naqi li Abi Tayyib al-Mansuri)

Dibawah adalah senarai nama ulama muhaddithin yang setiap pelajar hadith pada masakini dari apa saja aliran pasti terhutang budi kepada mereka dalam ilmu hadith. 

𝐒𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐝𝐝𝐢𝐭𝐡𝐢𝐧 (𝐮𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐭𝐡) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐥𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐡𝐚’𝐢𝐫𝐚𝐡

1. Imam Al-Hafiz Abu Al-Hasan al-Daruqutni pengarang Sunan
2. Imam Al-Hafiz Abu Nu’aym al-Asbahani pengarang  Hilyatul Auliya’
3. Imam Al-Hafiz Al-Hakim An-Naysaburi, pengarang al-Mustadrak
4. Imam Abu Ishaq al-Isfarayini
5. Imam Al-Baqillani pengarang al-Ta'dil wa al-Tarjih
6. Imam Ibn Furak pengarang Mushkil al-Hadith wa Bayanuh 
7. Imam Ibnu Asakir pengarang Tarikh Dimashq 
8. Imam Ibn al-Athir pengarang Jami' al-Usul fi Ahadith al-Rasul
9. Imam Al-Hafiz Ibn Hibban, pengarang kitab al-Thiqat
10. Imam Al-Hafiz Abu Sa’id Ibn As-Sam’ani, pengarang kitab Al-Insaf
11. Imam Al-Hafiz Abu Bakr Al-Bayhaqi, pengarang kitab-kitab hadith dan kitab al-Asma’ wa al-Sifat.
12. Imam Al-Khatib Al-Baghdadi
13. al-Hafiz Ibn Jawzi
14. Al-Hafiz Ibn Battal
15. Al-Hafiz al-Zarkashi pengarang al-Tazkirah
16. Imam al-Nawawi pengarang kitab syarh Sahih Muslim dan banyak lagi.
17. Imam Izz al-Din bin Abd al-Salam
18. Al-Hafiz Ibn Al-Salah pengarang Muqaddimah
19. Sharif al-Jurjani pengarang al-Ta’rifat
20. Imam al-Mawardi pengarang al-Hawi al-Kabir
21. Imam al-Qushayri pengarang al-Risalah 
22. Imam Abu Bakr ibn al-Arabi pengarang Aridhat al-Ahwazi
23. Qadi Iyad pengarang al-Shifa'
24. Imam al-Qurtubi pengarang al-Tazkirah
25. Imam al-Baydawi pengarang Minhaj al-Wusul
26. Al-Hafiz Ibn Nasr al-Din al-Dimashqi pengarang Jami' al-Athar
27. Imam Taj al-Din al-Subki pengarang Mu'id al-Ni'am
28. Imam Taqiy al-Din al-Subki pengarang al-Sayf al-Maslul
29. Al-Hafiz Zayn al-Din al-Iraqi pengarang Alfiyah 
30. Imam Ibn Hajar al-Haytami pengarang al-Fatawa al-Hafithiyyah
31. Imam Al-Hafiz Ibn Daqiq al-‘Id
32. Imam Ibn al-Mulaqqin
33. Imam Al-Hafiz Ibn Abi Jamrah Al-Andalusi, musnid Ahlul Maghrib
34. Imam Al-Hafiz al-Kirmani, pengarang syarah sahih Al-Bukhari
35. Imam Al-Hafiz Al-Munziri, pengarang Al-Targhib wa Al-Tarhib
36. Imam Al-Hafiz Al-Abi, pensyarah sahih Muslim
37. Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani, pengarang Faht al-Bari dan sebagainya.
38. Imam Al-Hafiz al-Sakhawi pengarang al-Maqasid al-Hasanah
39. Imam Al-Qustullani pengarang Irsyad As-Sariy
40. Al-Hafiz al-Zarqani pengarah Sharh al-Mawahib
41. Al-Hafiz al-Haythami pengarang Majma' al-Zawa'id
42. Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari pengarang Tuhfat al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari 
43. Syeikh Abd al-Wahhab al-Sha'rani pengarang Mukhtasar al-Alfiyyah
44. Al-Hafiz al-Ala'i pengarang al-I'tirad
45. Imam Al-Hafiz al-Munawi pengarang Fath al-Qadir 
46. Imam Al-Hafiz al-Dimyathi 
47. Syeikh Ahmad al-Qushashi
48. Syeikh Ibrahim al-Kurani 
49. Syah Waliyullah Al-Dihlawi 
50. Sheikh Abu Al-Mahasin Al-Qouquji
51. Sheikh Al-Hafiz Ahmad al-Siddiq Al-Ghumari
52. Sheikh Al-Musnid Muhammad Al-Hafiz al-Tijani.
53. Sheikh Musnid Ad-Dunya Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani.
54. Sheikh Al-Musnid Abbas Al-Maliki
55. Imam Al-Bayjuri
56. Al-Hafiz Muhammad al-Jazari
57. Imam al-Hafiz  Mizzi
58. Imam al-Rafi'i
59. Imam Abu Ishaq al-Shirazi
60. Imam Abu Sulaiman al-Khattabi, pengarang Ma'alim al-Sunan Sharh Abi Dawud
61. Al-Hafiz al-Zamlakani
62. Imam al-Bayquni 
63. Al-Hafiz Muhammad al-Zabidi
64. Al-Hafiz Abu Shamah, guru Imam Nawawi 

Majoriti ulama bermazhab Maliki di sekitar Maghribi dan Andalus adalah beraliran Asha’irah, demikian juga majoriti ulama Mesir, India Selatan dan Alam Melayu adalah Asha'irah. 

𝗦𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗶 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗱𝗱𝗶𝘁𝗵𝗶𝗻 (𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘁𝗵) 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗹𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘁𝘂𝗿𝗶𝗱𝗶𝘆𝗮𝗵

1. Imam Najm al-Din 'Umar al-Nasafi
2. Hafiz al-Din al-Nasaf
3. Imam Abu al-Layth al-Samarqandi
4. Imam Kamal ibn al-Humam
5. Syeikh Kamal al-Din Ahmad al-Bayad
6. Imam Nur al-Din al-Bukhari 
7. Imam Ala' al-Din al-Bukhari
8. Imam Akmal al-Din al-Babart
9. Syeikh Ibn Kamal Pasha
10. Imam Badr al-Din al-' Ayni
11. Al-Muhaddith ibn Qutlubugha
12. Al-Hafiz al-Zayla'i
13. Mulla Ali al-Qari
14. Al-Muhaddith al-Murtada al-Zabidi
15. Syeikh Abdul Ghani al-Maydani
16. Shah Abdul Aziz Dehlawi
17. Shah Abdul Rahim Dehlawi
18. Sheikh Abdul Hay al-Laknawi
19. Mawlana Abd al-Halim al-Laknawi 
20. Mawlana Anwar Shah al-Kashmiri
21. Mawlana Yusuf Binnori
22. Mawlana Yusuf Kandahlawi 
23. Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari
24. Syeikh Ala'uddin Al-Turki Al-Hanafi
25. Mawlana Taqiy Uthmani 
26. Mawlana Qasim Nanotwi
27. Mawlana Mahmud Hasan Deobandi 
28. Mawlana Rashid Ahmad Gangohi
29. Mawlana Khalil ibn Ahmad al-Saharanfuri
30. Mawlana Zakariyya Kandahlawi
31. Mawlana Shabbir Ahmad Uthmani
32. Mawlana Hussain Ahmad Madani 
33. Mawlana Ashraf Ali Thanwi 
34. Mawlana Shafi Uthmani 
35. Mawlana Habib al-Rahman al-A'zami
36. Mawlana Abul Hasan Ali al-Nadwi
37. Mawlana Saleemullah Khan
38. Mawlana Manzur Nu'mani
39. Mawlana Ashiq Ilahi Bulandshahri
40. Mawlana Zafar Ahmad al-Uthmani 
41. Majoriti ulama hadith Deobandi adalah beraliran Maturidiyah 

Semoga Allah merahmati mereka semua dan mengangkat darjat mereka setinggi - tingginya disisi Allah dan membalas segala perjuangan mereka dalam bidang ilmu. 

iqbal Zain al-jauhari

Ramadhan. Setiap hari perlu dihidupkan. Amalan yg disyurkan.
1. Pagi2. Lpas sahur bawa anak solat suboh masjid.
2. Baca Quran. Quran di turunkn dlam bulan Ramadhan
3. .Pintu Ar Rayyan - Syurga buat orang berpuasa. 

Comments

Popular posts from this blog