Khamis
08- Ramadhan 1447 (1-9-1447)
*NCS @ SAHUR Di HARI KHAMIS 8 RAMADHAN 1447 H*
* Tetaplah memberi peringatan, bermanfaat.
•TAZKIRAH: Malam ke 8 oleh Us Hishamudin Di surau AlAmin BTHO, Cheras. < ALLAH SWT MERINDUI KITA> (Pt 1)
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam pagi Khamis 8 Ramadhan yang indah, semoganya di hari ini ia nya membawa rahmat, nikmat, dan berkat buat makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan juga muslimin muslimat
semua. Selamat terus berpuasa! Jom manfaat kan di bulan ini, perbaiki hubungan dengan Allah dan sesama manusia.
Selamat beribadah dan moga istiqamah walau pun dah selesai bulan Ramadhan nanti.
Alhamdulillah. Malam tadi yang di kejar dulu adalah solat isya secara berjemaah kemudian nya baru mencari ruang tamatkan terawikh 8 atau 20. Itulah terjadi senja semalam; usai iftar di IGC, terpaksa bertukar plan. Kena cari peluang Isya berjemaah kerana ia lebih penting dari terawikh. Kemudian bergegas pula ke surau Alamin; sesampainya di sana, sudahpun selesai rakaat yang pertama di permulaan terawikh. Dengan tenang dan rasa rehat, mengikutinya dgn bangun tambah rakaat hingga cukup & rakaat. Di surau al amin, kalau jer weekday; 8 rakaat terawikh dan ia diikuti kulliyah, di akhir sekali, 3 rakaat witir 2 salam. Terimakasih Allah izin Mu.. semuanya terjadi!
Disini disertakan nota yang di ambil di dalam keadaan emosi merasa sebak dek penyampain Us Hishamudin yang menjiwai pengisian nya. Dan saya menulisnya dengan titisan airmata kenangkan teruk nya saya melayan Allah. Sedang Dia tak pernah sedetik tertinggal dalam merindui saya pendosa tegar ini…
Terimalah…
#Tazkirah malam ke 8 oleh Ustaz Hishamudin Di surau AlAmin BTHO, Cheras. ( Part 1)
Ar rahman
ٱلرَّحْمَـٰنُ ١ عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ ٢ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ ٣ عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ ٤
Alhamdulillah. Dengan izin Nya masih berpuasa dan dapat berterawikh dan bertazkirah sama sama lagi dan di dalam Ramadhan pulak tu..
Pernah kah rasa sunyi dalam hidup, sedang orang ramai di keliling kita, pernah rasa kosong walau ada yang mengisi ruang itu. Sesungguh nya Allah swt rindu kita. Bukan bereti ianya sama jika hendak dinisbahkan dengan insan manusia merindui. Kenyataan ini membawa maksud yang sangat dalam. Rindu nya Allah pada hamba Nya itu, bukanlah perasaan emosi, kekurangan, atau pun keperluan seperti manusia merindui insan lain, tetapi ia nya adalah rahmat, kasih sayang, dan kehendak Allah swt yang melimpah limpah nak memberi kebaikan kepada hamba Nya.
* Manusia Merindui: Disebabkan oleh kerana jarak, perpisahan, atau keperluan fizikal atau emosi pada seseorang. Rindu ini adalah tanda kelemahan dan juga keterbatasan.
* Allah "Merindui" Hamba: Disebabkan kasih sayangNya (Mahabbah) agar hamba itu kembali, bertaubat, dan men dekatkan diri kepada Nya. Ia tanda Allah ingin memberi ganjaran dan keampunan.
Allah merindui hamba Nya dengan cara mem beri petunjuk agar hati manusia gelisah dengan maksiat dan rindu untuk sujud semula. Dia akan menerima Taubat, Allah swt sangat lah gembira dan merindui hamba Nya yang selalu kembali bertaubat, ia lebih dari rasa kegembiraan orang hilang barang berharga, menemuinya semula. indeed, ujian itu adalah teguran, terKadang, ujian yang melanda adalah tanda "rindu" Allah agar kita berhenti mengejar dunia dan kembali mengingati Nya.
"Barang siapa yang suka ber jumpa dengan Allah, maka Allah suka berjumpa dengannya..." (Muslim).
Dalam hadis qudsi lain, Allah berfirman: "Jika hamba Ku men dekati Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta.".
Layakkah kita yang banyak dosa ini untuk dirindui Nya. INGATLAH; Allah itu al wadud, inilah sifat mencintai, bukan cinta manusia yang jauh dari kita bila kita ada jer buat salah, Allah tidak sekali gitu malah kita lah yang merasa jauh dengan Nya tapi Dia sentiasa dekat dengan hamba hamba Nya.
الْوَدُودُ
Salah satu daripada 99 Asmaul Husna; maksud, Allah Maha Pencinta, Maha Mengasihi, dan Maha Penyayang. Sifat cinta Allah yang tulus, mendalam, dan tanpa syarat kepada hamba hamba Nya, terutama nya pada yang beriman. Berbeza dengan cinta manusia yang selalunya bersyarat, tapi cinta Al Wadud adalah abadi, penuh dgn kelembutan, sentiasa ada walau pun hamba lalai.
Hud (90): "Sesungguh nya Tuhan ku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih - AlWadud "
Sebagai hamba, kita dituntut membalas kasih sayang Allah swt dengan cara mentaati perintah Nya, dan juga menyayangi sesama makhluk, menghayati sifat kasih sayang di dalam kehidupan.
AlWadud mendidik manusia mencintai Allah melebihi segala galanya !
Bersambung…ESOK.
#Akhirulalam
Bersempena Ramadhan ini, nangislah merintih lah sepuas2 nya pada Nya.
Alhamdulillah sudah seminggu berpuasa di Ramadhan.
Wallahua‘lam.
Barakallahufikum semua…
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 26 Feb 2026, 8 RAMADHAN 1447*

Comments
Post a Comment