Sabtu
03- Ramadhan 1447 (1-9-1447)




*PERKONGSIAN NCS Di HARI SABTU* 
• Tetap lah memberi 
peringatan, bermanfaat. #Disebalik Juz 1: Surah alFatihah dan alBaqarah 

Salam puasa salam ber pahala di pagi hari sabtu yang dijelmakan Allah swt buat kita semua, buat makayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin muslimat seantero alam maya di mana sahaja tulisan ini di gapai mata, semoga turun lah ke mati hati menjadi penawar racun dosa yang sebelum nya.

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Bangun dengan doa, mulakan dengan syukur, dan jalani hari dengan niat yang ikhlas; hidup mati ibadah lillahita’ala se mata mata. Semoga bertambah nikmat dari Nya. 

Tak terlafaz dengan kata kata bila dapat memulakan 3 malam pertama Ramadan diisi dengan terawikh 20 rakaat. Terimakasih ya Allah; tak akan mampu nya di sempurnakan tanpa izin Mu dan amat syukur kerana terpilih menjadi insan yang menutup hari kedua semalam dengan ber tadarus guna you tube sehingga ke ayat 252 surah al baqarah. Siang ini pasti akan berusaha menamatkan ayat 253 albaqarah hingga ayat 92 Al Imran. Semoga akan ditelusuri satu juz satu hari di Ramadhan. Walaupun ini  pencapain paling “debek”, tapi  ber istiqamah di Ramadhan dan selepas nya yang di nantikan..

Apa apa pun, sepanjang bermula nya Ramadan belum dapat lagi duduk dalam majlis ilmu atau pun tazkirah Ramadan. Semoga ada peluang diizinkan Nya nanti. 
Hebat tara mana pun kalau tak di beri Nya tak dapat kita. 

Untuk itu di awal pagi ini di kongsi satu pengisian dari penggalian tentang apa yang di tadabbur kan dari juz 1. Juz satu merangkumi 148 ayat, bermula dari AlFatihah ayat 1 sehingga surah AlBaqarah ayat 141. Juzuk ini keseluruhan surah AlFatihah dan sebahagian besar surah AlBaqarah (awal hingga muka surat 21). 

#Disebalik Juz 1: Surah alFatihah dan alBaqarah 
•TADABBUR RINGKAS JUZUK 1 

1. Dinamakan Surah AlFatihah kerana men
jadi pembuka kepada AlQuran dan merupakan teras kepada 113 Surah selepasnya.

2. Ada 2 bahagian iaitu: Pujian kepada ALLAH, dan juga pengakuan seorang hamba yang lemah yang perlu bergantung pada ALLAH.

3. Dinamakan Surah AlBaqarah kerana di dalam surah ini berkait dengan kerenah Bani Israil yang tidak mahu beriman dan juga taat kepada Nabi Musa as. 

4. ALLAH mencerita kan sifat orang beriman di dalam 5 ayat pertama Surah AlBaqarah, dalam 
ayat 6 - 7;  sifat orang kafir  dan orang munafiq (ayat 8 dan seterusnya).

5. Dalam Juz 1 ini juga ALLAH menceritakan pertembungan di antara 2 golongan disebut di dalam Fatihah. Mereka Golongan yang diberi Nikmat vs Golongan yang dimurkai. 

6. Pertembungan itu berlaku dalam 2 bentuk; Individu (Nabi Adam vs Iblis), Generasi (Nabi Musa vs Bani Israil) dan  hampir keseluruhan Juz 1 ALLAH menceritakan tentang jenayah orang orang Yahudi bermula dari ayat 40 sehingga ayat 120.

7. Antara yang juga menarik adalah kisah permusuhan orang Yahudi dengan Malaikat Jibril as.  Mereka telah menolak menerima ISLAM hanya kerana mereka beranggapan RASULULLAH SAW dibimbing oleh Jibril as yang mereka anggap Jibril sebagai musuh.

8. Pada ayat 102 pula; diceritakan tentang asal usul sihir yang Yahudi beranggapan yang Nabi Sulaiman as berkuasa kerana adanya sihir,
bukan kerana Mukjizat  dikurniakan pada nya. Dalam ayat ini ALLAH beritahu bahawa sihir berasal dari Harut dan Marut, 2 Malaikat yang dihantar ke Babil atau Babylon, bukan berasal dari Nabi Sulaiman as.

9. Di bahagian akhir nya; ALLAH mencerita kan bagaimana Nabi Ibrahim as diuji dengan pelbagai ujian dan akhir nya berjaya melepasi kesemua ujian tersebut. Juga ada kisah perihal pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya, Nabi Ismail as. 

10. Di bahagian akhir Juz 1 juga diceritakan tentang wasiat Nabi Yaakub kepada anak2 Baginda;  ber TUHAN kan lah ALLAH SWT..

#Akhirulkalam

Sekurang kurangnya tahulah kita apa ada didalam apa yang kita berusaha kejar dalam Ramadhan. Pada yang “power” pastinya akan khatam sebelumnya hari nuzul quran. Pada yang sedang sedang, bacalah perlahan tapi ambil isi nya untuk di bawa ke dalam hidup yang fana’; semoga bahagia dunia dan akhirat. 

Semoga Ramadhan ini pertemukan dengan titik jati diri sebagai muslim sejati. Dah mula bersukan Golf semalam; sambil2 kenangkan nabi saw dan sahabat dulu nya berperang  tegak kan islam di Ramadhan Perang Badar…

Barakallahufikum semua…

Wallahu a‘lam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI:  21 Feb 2026, 3 RAMADHAN 1447*

Comments

Popular posts from this blog