Selasa
06- Ramadhan 1447 (1-9-1447)
NCS SAHUR Di HARI SELASA 5 RAMADHAN 1447 H*
* Tetaplah beri peringatan, peringatan itu bermanfaat.
- Tazkirah Ringkas @ usai 8 rakaat terawikh sebelum witir 3 rakaat oleh Us Dr Zukhairi
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Pembuka bicara dan mukadimah awal pagi selasa 6 Ramadhan dan yang semakin terfokus kepada keberkatan, peningkatan ibadah, dan kesyukuran dek masih lagi diberi Nya kesempatan bernafas di bulan mulia. Terutama nya pada yang sedar. Semoga di hari ke 6 ini, amalan kita semua di Ramadhan ini semakin diterima Nya.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam awal dinihari buat mak ayah, ahli saya, adik beradik, makcik pakcik, iparduai, sedara mara, sahabat sahabiah dan muslimin muslimat semua walau di mana berada. Alhamdulillah, tidak terasa sudah 5 hari kita dah menjalani ibadah puasa. Juga terkejut dengan apa yang ada kemampuan menelesurinya bersama 5 Juz. Kalau bulan biasa hari biasa nak sentuh Quran pun payah, itulah beza nya. Target hari ini nak juga sampai ke In shaa Allah dengan rasa harapan sampai ayat yang ke 81 AlMa'idah sebelum berbuka hari ini. Tak perlu kejar dengan satu bacaan kucar kacir kena juga ber tanddarus hatta dengan U tube pun.
Sekurangnya ada lah bacaan yang salah di betulkan.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada mu rezeki yang baik, ilmu yang bermanfaat dan amal yang diterima. Aaminn
Semoga ibadah puasa dan amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT
PENGISIAN PAGI, sharing nota dari tazkirah malam tadi. Syukur lah, menjadi makmum pada anak da. Sekejap sahaja us Dr zuhairi sampaikan isi tazkirah, tapi padat dan cukup untuk di renungi..
#Tazkirah Ringkas @ usai 8 rakaat terawikh sebelum witir 3 rakaat oleh Us Dr Zukhairi
Pertama selamanya rafakkan rasa syukur atas nikmat iman dan islam dari Allah swt. Usia kita pula di panjang kan hingga ke Ramadan; mendapat peluang lagi untuk hidup di dalam bulan yang dalam nya penuh hikmah dan kelebihan..
Umurnya panjang ini bukan suatu yang perlu diambil secara granted sahaja. Perlu diikuti dengan amalan amalan baik.
“Sebaik baik manusia adalah yang panjang umur dan baik amalan nya “
Itulah wirid wirid dalam tarawikh. Inilah tazkirah zaman zaman dulu, semuanya seruan bukan setakat zikir biasa.. inilah apa yang ada dalam amalan ahli sunnah wajammah. Pujian pujian pada Nabi dijadikan wirid wirid dan tazkirah selepas solat terawikh. Itulah suatu kenangan yang tidak patut di biarkan berlalu malah perlu di kekalkan, cuma perlu di fahami dengan qpa yang ada sebalik templet wirid selepas setiap rakaat solat terawikh, ia nya bukan sekadar laungan semata mata. Maksud wirid itu mendalam
Sesungguhnya seorang mukmin dalam bulan Ramadhan ada dua jihad, Siang nya jihad berpuasa dan jihad malam nya pula ada berqiam. Siapa yang himpunkan antara dua jihad ini, dengan sabar melaksanakan nya, di sempurnakan ganjaran nya tanpa hisab” maka sedari lah dan carilah dua jihad ini di dalam Ramadhan. Jihad itu menuntut akan suatu kesungguhan. Moga kita terpilih termasuk di dalam puak golongan ini sehinggalah keluarlah kita dari Ramadhan kali ini, dengan penuh taqwa
Esok; Penggalian wirid terawikh.
#Akhirulalam
Sharing untuk yang berpagi pagi hari ini keluar rumah sebaik saja usai solat subuh; almaklumlah, sahur boleh sampai jam 613 am, lima minit sebelum subuh. Lepas tu boleh terus ke pejabat. Baca lah niat ini, ikut melayu lagi rasa akan maksud nya.
“Sahaja aku keluar bekerja men cari rezeki yang halal untuk keluargaku hari ini kerana lillahi taala”
Amalkan setiap hari semasa hendak pergi mencari rezeki dan pergi menimba ilmu. Sesungguh nya Alllah swt sentiasa bersama kita dan Muhammada itu kekasih Nya.
Puji syukur ke hadirat Allah SWT, kerana atas izin dan rahmat Nya, kita telah melangkah ke hari ke 6 Ramadhan. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, serta sahabat baginda.
Barakallahufikum semua…
Wallahu a‘lam
Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI: 24 Feb 2026, 6 RAMADHAN 1447*
Comments
Post a Comment