Jumaat
09- Ramadhan 1447 (9-9-1447)

Tazkirah Jumaat Ust Ibrahim Zakaria




*NCS @ SAHUR Di HARI KHAMIS  9 RAMADHAN 1447 H* 
* Tetaplah memberi peringatan, bermanfaat. TAZKIRAH: Malam ke 8 oleh Us Hishamudin Di surau AlAmin @ BTHO, Cheras. < ALLAH SWT MERINDUI KITA> (pt 2)

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulilah sudah selamat kita bersahur demi untuk puasa di hari Jumaat, pada 9 Ramadhan ini, semoga sahur kita sebentar tadi bukan sekadar makan. Jadi lah ia sesuatu yang di perkukuhkan dengan 
niat yang sebenarnya. 

Untuk puasa, jadikan puasa hari ini sebagai penyucian diri dan fizikal, hati,  pemikiran dengan penuh dengan kesyukuran dan juga kesabaran, serta juga memanfaatkan waktu berkat ini untuk berdoa. 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Salam Jumaat, Salam Subuh dan Selamat Pagi. Jumaat yang ke 2 di dalam Ramadhan diberikan Nya suasana berganda atas gandaan yang diberikan Allah. Maka, beruntunglah pada yang mengambil peluang ini; apa lagi nikmat yang hendak didusta kan? 

Alhamdulillah; akhirnya malam tadi di Masjid Assyakirin  Gombak dapat bersolat sunat terawikh dibelakang imam yang menunaikan 20 rakaat dengan setiap rakaat di baca nya satu muka. bermula jam 915 malam selepas tazkirah, 8 rakaat berakhir jam 950 malam. Syukurlah lah dalam pada ramai yang semuanya nak kalau boleh terawikh imam baca tiga baris ayat sahaja. Dapat pila duduk belakang bilal yang depan nya Alquran besar menjaga dan memerhati bacaan Imam. Satu kaedah yang bagus. Tapi tabik lah imam, sebab saya dari belakang pun dapat melihat sama bacaan imam. Lancar dan betul.. TERIMAKASIH ALLAH. 
Nak lagi? In shaa Allah akan ada.

Kesinambungan perkongsian nota diteruskan pagi ini..

   -#TAZKIRAH: Malam ke 8: Us Hishamudin Di surau AlAmin @ BTHO, Cheras. < ALLAH SWT MERINDUI KITA>( PT 2)


“Wa iza sa'alaka 'ibadi 'anni..." ayat ini adalah sebahagian daripada surah Baqarah ayat 186 yang menegaskan Allah SWT sentiasa dekat dan mengabulkan akan doa hamba Nya. Allah juga memerintah kan hamba Nya untuk beriman dan patuh kepada perintah Nya agar mendapat petunjuk.

Ramadhan datang kali ini cuba untuk dekatkan kita pada NYA, reset balik. Kerana Allah rindu dan sayang pada kita walau banyak mana salah kita. Jika ibu yang tidak di kunjungi anak nya yg pernah derhaka bila tiba tiba dikunjungi anaknya itu pasti akan memeluk anaknya. Apa lagi lah Allah yang cinta kasih

Allah lebih penyayang daripada ibu yang amat sayangi anaknya

Allah tak pernah tunggu kita ini sempurna tapi dia hendak kita selalu kembali pada Nya..

Jika hambaku men dekati sehasta. ..
Hebat hadia qudsi ini..

Bayangkan pencipta Alam sendiri sanggup mendahului dalam usaha mendekati Nya kerana Dia rindu nak dengar rintihan kita dan sebab itu kadang2 kita diuji demi untuk sedar kan kita agar Buang kesombongan kekuatan diri untuk merayu dan meminta pada Nya.

Ramadhan ini adalah surat cinta, ditutup pintu neraka dibuka kan pintu syurga seluas luasnya dan di belenggu ketua syaitan demi untuk kita bangun malam nangis keluar dari bibir bercerita pada Nya kerana sebelum ini 11 bulan kita buang dengan mengumpat.

Ada seorang insan yang merasa terlalu banyak dosa untuk balik pada Allah, maka tiada hanya bercerita pada Allah 

Azzumar .. kulliya ibadi.. katakan lah hamba yang menzalimi diri sendiri melampaui batas jangan putus asa dengan rahmat Allah. 

tanda allah rindu ;

Masih hidup dalam Ramadhan Masih tersentuh hati bila kita dengar alquran dan tazkirah Masih lagi ke rumah Allah untuk berjemaah Masih mempedulikan jiran jiran kita. 

Jawapan - janganlah dekat dengan Allah kerana Ramadan tapi jadilah tetamu Nya selagi nyawa di kandung badan. 

Marilah ambil akan kesempatan di baki Ramadan, carilah masa Duduk bersendirian luahkan segala galanya - terimakasih Allah kerana merindui ku, dan jadilah kami kalangan yang juga rindu pada Mu, seperti rindu nya Kamu pada rintihan rengekan kami …


Aaaamin 

#Akhirulalam 

Gunakan kesempatan dalam Ramadhan untuk dekatkan diri dengan Nya…

Salam Jumaat di dalam Ramadan Kareem..

Wallahua‘lam.
Barakallahufikum semua…

Wassalam
#*Copyright © Ncs68 AL CHERASI:  27 Feb 2026, 9 RAMADHAN 1447*

Khutbah Jimaat 
Zakat dan Kepentingannya.
Jgn lewatkan hingga luput waktu


Comments

Popular posts from this blog