*NCS @ 1 SYAWAL 1447* *SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI YANG MULIA*
* Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanafaat.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨
Maaf zahir dan batin dari saya NCS 68 , sepanjang bersiaran disini.
Sama sama kita meraih akan satu keberkatan Aidilfitri; hadiah buat hati yang suci. Bila melepaskan amarah, dan menyambung semula hubungan yang renggang dan memohon juga memberi kemaafan secara ikhlas, maka kita sebenarnya sedang men cipta ruang untuk turunnya rahmat dan keberkatan. Ini yang ramai tidak sedar. In syaa Allah; Hubungan sama keluarga lebih harmoni, jua masyarakat lebih bersatu dan kehidupan dipenuhi dengan ketenangan.
INDEED !
Sempena di hari yang mulia; ingatlah hati yang bersih adalah tempat turunnya rahmat dan kasih sayang ALLAH swt. Maka mohon maaflah dan maafkanlah..
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Hari Aidilfitri disambut tanda kesyukuran atas nikmat iman kejayaan ibadah sepanjang bulan Ramadan. Semangat kan hari ini dengan takbir raya di awal pagi.
Syukurlah semalam dapat solat jumaat di Masjid Btho dengan kenakan pakaian raya lengkap ber sampin. Tergerak memakainya bila sedang mencari pakain solat jumaat terpandang pasangan baju melayu dari tahun tahun yang sudah; tergerak rasa takut akan di tanya Nya nanti dek kenapa pakaian tu asyik tergantung saja; sedang kan di saban tahun AidilFitri hadir pasti nya akan ada sepasang baju melayu baru. Lalu, di kenakan set 2022. Dah agak ia akan mengundang soalan atau pun perkataan yang macam macam dari rakan jemaah. Tetapi tolak ketepi itu semua, moga ada perkiraan dari Allah. Walau pun tiada dalil hadis sahih yang khusus menetapkan tempoh tertentu seperti 40 hari untuk pakaian yang tidak dipakai akan dihisab. Walau bagaimanapun, Islam menegah pembaziran harta, dan setiap pakaian dimiliki akan dihisab nanti , sama ada dipakai atau disimpan. Digalakkan bersedekah pakaian yang tidak diguna kan untuk mengurangkan hisab. Renungan pagi raya.
So. inilah bahan pengisian untuk pagi ini.
* Menyimpan pakaian secara berlebihan tanpa manfaat (tidak dipakai) adalah makruh kerana ia termasuk dalam perbuatan membazir, yg bertentangan dengan prinsip Islam.
* Galakan Sedekah: Daripada membiarkan pakaian berkumpul dan menjadi bebanan hisab, adalah lebih baik disedekah kan kepada yg memerlukan, yang mana ia merupakan amal soleh yg berkekalan.
Islam sangat menganjurkan menyedekahkan pakaian yang tidak lagi digunakan agar memberikan manfaat, daripada menyimpannya hingga rosak atau expired. Oleh itu, membersihkan lemari sedekahkan pakaian yang tidak dipakai adalah tindakan yang lebih sesuai dengan prinsip Islam.
Ringkasnya, fokus utama adalah mengelakkan sifat pembaziran (tabzir) dengan tidak mengumpul harta (ter masuk lah pakaian) tanpa keperluan.
Wallahualam
Selamat Hari Raya.
#Akhirukalam
Sama sama lah kita semua menjaga hukum dan adab di hari Aidilfitri. Ini penting demi kesinambungan akan ibadah kemenangan, ianya termasuk menjaga aurat, hindari pergaulan bebas (terutama nya ipar duai), bermaafan, juga ziarah menziarahi dengan adab. Hidupkan sunnah sunnah; antaranya mandi sunat, makan sebelum solat, juga melalui jalan berbeza ke masjid.
Untuk saya; kemenangan Aidilfitri adalah suatu kemenangan melawan hawa nafsu, bukannya kebebasan melanggar perintah agama.
Jangan lupa solat subuh berjemaah lebih utama dari solat sunat aidilftr.
Hargai solat fardu Subuh jemaah terutama di pagi Aidilfitri. Jangan sampai mengejar sunat (solat raya) tetapi meninggalkan fardu (Subuh).
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Barakallahufikum
Wallahualam
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*21 March 2026*
Comments
Post a Comment