Selasa
*NCS @ 11 SYAWAL 1447 H* Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanafaat
* Bersama ustaz Dr mat rofa. Ber kisarkan pada maklumat terkini berkenaan perang Iran vs US-Israei. PART 2
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Di pagi hari di bulan masih Syawal penuh barakah, duduklah ada seorang diri yang sederhana tetapi penuh makna. Tak kaya harta, tetapi kaya kasih sayang. Tak hebat rupa, tapi kuat ikatan jiwa. RAMADAN berlalu bukan lah sekadar meninggal kan kenangan ibadah, seharusnya juga tinggalkan kesan mendalam dalam jiwa setiap Muslim. Persoalan nya, sejauh mana kah roh Ramadan itu terus hidup di dalam diri apabila di dalam Syawal dan bulan seterus nya ? Tak ramai nak peduli pun, termasuklah saya. Semoga ada ruang di jiwa kita untuk benar benar merenunginya.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْ
Keberkesanan nya akan "roh Ramadan" dalam diri seseorang selepas berlalu nya bulan tersebut sering diukur melalui istiqamah nya (konsistens) dalam ber ibadah dan juga menjaga akhlak - Selain yang wajib, ianya tahajjud, tadabbur Quran, sabar dan menjaga lisan. Sebaik sahaja Syawal bermula, atau diteruskan walaupun dalam kuantiti yang lebih kecil tetapi berterusan. Ulamak sering menyebut tanda amalan Ramadan seseorang itu diterima (mabrur) adalah apabila mereka jadi lebih baik selepas Ramadan berbanding sebelumnya. Jika lah perubahan itu kekal, maka roh Ramadan idianggap benar2 "hidup". Tak per lah mungkin ada yang tak kisah apa yang dibuat dalam Ramadhan bersambung dalam syawal dan dalam bulan seterus nya atau pun tidak. Bagi kelompok ini, Ramadan mungkin suatu "detoks" sementara atau sekadar memenuhi tuntutan agama tanpa penghayatan yang mendalam utk mengubah karakter diri dalam jangka panjang. So, cerita pagi ini adalah bagi mereka yang benar benar menghargai "roh" nya si Ramadhan, Ramadan hanyalah titik permulaan untuk satu perjalanan yang lebih panjang. Kubur itu benar, mashar itu benar, titian sirat benar. Yang ada hanyalah dua: Syurga atau Neraka. RENUNGKANLAH..
Perkongsian cenisan nota dari kulliyah ust Mat Rofa pada lagi Ahad yang lalu di teruskan demi ilmu seawal pagi.
* Bersama ustaz Dr mat rofa. Ber kisarkan pada maklumat terkini berkenaan perang Iran vs US-Israei.
PART 2.
Kita hari ini, Palestin masih berdarah. Apa sumbangan kita?
Sekurang2nya, jangan lah berhenti berdoa dan boikot apa yang patut. Itu selemah lemah iman.
Free Palestine. Moga lahir lagi Salahuddin baru zaman ini.
KINI TINGGAL SO - called SYIAH berjuang kedaulatan tanah Palestine. Pasukan keselamatan Iran, termasuk Markas Pusat Khatam al Anbiya, baru baru ini men gesahkan komitmen untuk terus mempertahankan dan sokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi serangan.
Dalam kes perang iran vs Isreal-Us; antara Syarat Perdamaian: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, men yatakan bahawa Iran sedia menghentikan tindakan ketenteraan sekiranya Israel tamatkan serangan ke atas wilayah Palestin dan menghormati kedaulatan serantau. Malah mereka ada yang yakin bahawa imam mahadi telah muncul.
Bendera iran telah diganti kan dgn bendera hitam imam mahadi. Walau pun begitu Tiada bukti rasmi yang menyokong dakwaan IIran telah mengesahkan kemunculan Imam Mahdi atau menggantikan bendera kebangsaan mereka secara kekal dengan "bendera hitam Imam Mahdi."
Kekeliruan ini berkemung kinan berpunca beberapa peristiwa simbolik baru baru ini di Iran:
* Kematian Ayatollah Ali Khamenei: Media antara bangsa dan tempatan melaporkan kematian Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khameink pada awal Mac 2026 akibat serangan udara.
* Pengibaran Bendera Hitam: Susulan kematian tersebut, bendera hitam telah dikibarkan di atas kubah Makam Imam Reza di Mashhad. Dalam tradisi Syiah, pengibaran bendera hitam ini adalah simbol berkabung(mourning) atas kematian pemimpin besar dan bukannya tanda rasmi kemunculan Imam Mahdi.
* Bendera Merah "Dendam": Selain bendera hitam, bendera merah juga dikibarkan di Masjid Jamkaran, Qom, yang melambangkan tuntutan keadilan atau "dendam" atas kematian pemimpin mereka.
* Kepimpinan Baharu: Iran telah menamakan Ayatollah Seyyed Mojtaba Khamenei sebagai Pemimpin Agung yang baharu untuk meng gantikan bapanya. Beliau menyampaikan perutusan sulungnya sempena tahun baharu Nowruz pada 20 Mac 2026.
Semua tahu sifat yahudi pada islam. Rujuk baqarah ayat 120.
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ ٱلْيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم بَعْدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّۢ وَلَا نَصِيرٍ ١٢٠
Orang orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali kali akan bersetuju atau suka padamu (Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesung guhnya petunjuk Allah swt (ugama Islam itulah suatu petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesu dah datangnya (wahyu yg memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Pada mereka syiah atau suni, tidak ada beza. Semua musuh mereka dan islam adalah musuh mereka, kena di lenyapkan dari bumi. Mereka kini pula secara sejarah mendabik dada mengatakan sebelum datang muhammad merekalah yang ada di madinah dan yang menanam kurma ajwa. Meraka sudah sedia Map of israel’s promised land yang mana satu semenanjung arab akan di kuasai.
Dengan keadaan begini, Hingga kini islam masih berdiam diri, hanya Iran yang melawan.
ESOK: Benarkah , turkey dan greece pun menyokong Israel.
#Akhirulkalam
Selamat lah semuanya. Semoga kita semua kekal dalam iman dan islam.
Melihat kepada ayat 120 Al-Baqarah di penutup pada perkongsian dipagi ini, dalam konteks dunia hari ini, ramai yang merasa gelisah dengan situasi umat Islam yang dilihat seolah olah "berdiam diri" atau lemah.
Jom umat Islam pakat2 lah kembali perkasakan diri dengan ilmu dan amal. Kekuatan sebenar tidak datang daripada reaksi emosi yang meluap luap, tetapi dari kualiti dalaman dan kesatuan berlandas kan syariat. Jika kita tunduk kepada tekanan luar dan meninggalkan ilmu wahyu, kita akan kehilangan Wali Pelindung dan juga Nasir Penolong iaitu Allah.
Maka, "diam" yang paling bahaya adalah diamnya kita dari menegak kebenaran di dalam diri dan komuniti sendiri.
Terus berpesan dengan sabar dan kebenaran!
Selamat berjuang !
Barakallahufikum
Wallahualam
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*31 March 2026*

Comments
Post a Comment