Ahad




 *NCS @ 8 SYAWAL 1447 H* Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanafaat
* #DOA untuk ibu bapa dibaca ikut keadaan. (Yang diijazahkan)

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Indah sekali memulakan pagi 8 Syawal dengan ucapan selawat ke atas Baginda Nabi saw. 

‎اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

"Allahumma Solli 'Ala Muhammadin Wa 'Ala Aali Muhammad"

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad

Semoga keberkatan Syawal dan kecintaan kita kepada Rasulullah sentiasa meng iringi langkah sepanjang hari ini. Semoga ini juga menjadi asbab untuk kita lebih istiqamah mengamal kan sunnah Baginda saw. Janganlah  sombong, kita perlukan syafaat nabi nanti. Benar sekali, peringatan yang sangat mendalam. Sifat rendah diri adalah kunci mendekatkan diri pada Baginda SAW, kerana hanya dengan rahmat Allah dan syafaat nabi,  kita meng harap keselamatan masa di akhirat kelak. Tiada yang layak disombongkan kerana segala nikmat, termasuk peluang merasai Syawal ini, hanya pinjaman. Semoga selawat kita hari ini menjadi asbab untuk kita dikenali dan mendapat pembelaan Nabi Muhammad saw di Padang Mahsyar nanti.

AMIN. 

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْ

Alhamdulillah. Hampir dah berbalik pada kehidupan yang sebelum, kecuali sibuk dalam menyusun jadual menghadiri majlis kahwin dan Open House Aidil Fitri. Berkenaan majlis ilmu pun, ada lagi kekurangan kerana assatizah pun nak beraya juga. Malam tadi kulliyah maghrib di surau al Amin BTHO di batalkan. 

Demi untuk sebuah pagi dengan ilmu; di sertakan suatu pencarian tentang bacaan doa untuk ibu bapa yang mengikut situasi. Ini ada lah lanjutan dari peng
”ijazahan”  doa ibu bapa oleh yang di rahmati Allah ustaz Fairuz semalam. 

#DOA untuk ibu bapa dibaca ikut keadaan. 

Banyak doa doa yang sangat menyentuh hati, memohon keampunan untuk diri sendiri dan kedua ibu bapa yang  membesar kan kita dengan penuh kasih sayang sejak kecil. Sesungguhnya, antara tanda kita menghargai syafaat Nabi saw adalah dengan menjadi anak yang soleh dan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan orang tua kita, sama ada mereka masih ada atau telah tiada. Doa terbaik merangkumi permohonan keampunan, kasih sayang, dan kesejahteraan di dunia serta akhirat, terutamanya selepas solat. 

Sebahagian doa tersebut disebut di dalam beberapa ayat dalam alQuran ianya berkaitan kepada kedua ibubapa, antaranya:

 رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang orang yang beriman, pd masa berlaku nya hitungan amal dan pembalasan.” (Ibrahim: 41)

Perhatikan juga ayat ayat Surah Nuh ayat 28, Surah alHasyr ayat 10, Surah al-Isra’ ayat 24

Ayat ayat alQuran di atas adalah yang menceritakan berkaitan lafaz doa kepada kedua ibu bapa. Tetapi, ia disebutkan dalam bentuk mufrad (tunggal - untuk seorang).

Dan inilah yang telah diijazahkan; Antara lafaz doa yang boleh dibaca adalah berbeza mengikut siapa yang ingin didoakan. Sekiranya ia seseorang itu hanya ingin mendoa kan kepada dirinya dan kedua ibubapanya sahaja boleh membaca dengan lafaz ini

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebaga imana mereka mengasihiku sejak kecil.”

Adapun, kiranya seseorang itu ingin mendoakan pada ramai dan untuk kedua ibubapa mereka boleh berdoa dengan lafaz ini:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Selain itu, lafaz yang ketiga ini sama seperti lafaz yang kedua -  mendoakan untuk ramai. Tetapi bezanya ada lah pada lafaz “وَلِوَالِدِيْنَا” dibaca dengan baris bawah dan bukannya dengan baris atas “وَلِوَالِدَيْنَا” seperti mana di dalam lafaz yang kedua. 
Tambahan pula, lafaz yang ketiga ini (dibaca dengan baris bawah) bukan hanya terhad kepada ibubapa, bah kan ia termasuk datuk, nenek dan ke atas. Kalau jadi imam tempat umum bolehlah banyak doa ini. Lafaznya adalah:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

#RINGKASAN.

Rabafirghlana wa liwa lidina Kama rabau na sighara - umum

Rabafirghlana Wa liwa lidaina Kama rabayana sigharq - anak beranak & siblings

Rabafirghli wa liwa lidaiyya Kama rabayani saghira - individu

Semoga Allah menempat kan kedua ibu bapa kita bersama golongan orang orang yang dapat naungan rahmat daripada Allah swt. Amin.

#Akhirulkalam 

Tidak kira lah di bulan apa jua pun, malah berdoa kepada ibu dan bapa sepatutnya di alunkan setiap hari. 

Selain daripada doa, sedekahlah bagi pihak ibu bapa atau sertakan wakaf bagi pihaknya kerana ia juga di antara amalan soleh, antaranya seperti sedekah dalam pembinaan masjid walaupun jumlahnya kecil seperti 10, 50 atau 100 ringgit sekalipun. Begitu juga wakafkan al Quran atau mashaf kepada masjid dan surau bagi pihak ibu bapa. Pasti kan jika ibu bapa ada meninggalkan puasa, maka puasalah untuknya sebagai qadha’ atau ganti mengikut pendapat yang terpilih di sisi Imam alNawawi. 

Mendoakan ibu bapa bukan hanya sekadar kewajipan, malah ia adalah pelaburan untuk diri sendiri kerana suatu hari nanti, kita juga akan berada ditempat mereka meng harap doa daripada anak anak kita.

Sentiasa titipkan doa dalam setiap sujud dan keadaan, kerana doa anak soleh adalah antara tiga perkara yang tak terputus pahala nya. 

Semoga Allah memberkati setiap langkah kita dan menerima segala amal ibadah di bulan Syawal. D pagi yang mulia ini, terus kanlah menghubung kan silaturahim.

Barakallahufikum
Wallahualam 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*29 March 2026*


Iran VS US&Israel War 28Feb2026
Military, Economy, Political, Narrative Strategies

Comments

Popular posts from this blog