Ahad

Gulthrie Resort Port Dickson





*NCS @ 2 SYAWAL 1447 H* 
* Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanafaat.
* SELAMAT kembara HARI RAYA AIDIL FITRI hari ke dua. 
* Jangan tinggal ber jemaah solat fardhu. Ikhtiarkan sesuatu 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam syahdu kembali di hari kedua Syawal ini. 🌙✨

Ahlan wa sahlan ke bulan raya sebulan di Malaysia. Tak percaya tunggulah. Minggu pertama sibuk beraya di halaman masing masing. Minggu seterusnya di bandar bandar terusan  meraikan perayaan tiga minggu seterus nya. Tak salah pun, cuma kalau di negara arab: raya aidilfitri sehari saja. Apa pun fahami hakikat yang SYAWAL dari sudut kerohanian umat Islam membawa erti: naik nya ketaatan pada Nya selepas melalui madrasah latihan di Ramadan. Ada nya sambutan Aidilfitri suatu tanda kemenangan melawan hawa nafsu dan kembali pada fitrah yang sucii. Inilah masa untuk mensyukuri segala nikmat Allah dan pengampunan dosa yang telah dikurnia kan. Antara amalan sangat digalakkan demi menanda istiqomahnya kita untuk terus mendekatkan diri pada Allah even Ramadhan sudah pergi; termasuklah puasa enam hari - dimana ganjarannya menyamai puasa setahun dan juga amalan eratkan silaturahim.
So, enjoy open house jugak lah kira nya.😅

Selamat mengekalkan istiqomah beribadah ! 

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Alhamdulillah. Kembara hari raya sudah bermula selepas maghrib semalam. Syukur lah sangat selepas doa naik kenderaan diikuti pula doa ciptaan sendiri; 

“Perjalanan yang jauh didekatkan jarak yang panjang di pendekkan perjalanan yang susah di permudah kan dan jika sekiranya ada musibah tertulis di loh mahfuz terkandung di dalam kembara ini tukarkanlah ia menjadi satu kebajikan”

Jalan di PLus Highway dari Taman Seri Minang menuju ke Lorong Sejahtera Kluang di permudahkan. Tiada jem langsung. Terimakasih ya Allah. 

Berjemaah di rumah Allah di hari raya pertama; FAILED. Kerana ada hanya subuh. Yang lainnya jemaah tapi dengan ahli keluarga dan di rumah sahaja. Semoga ada  perkiraannya disisiNya..

Timbullah persoalan dalam diri dan ini bukan isu baru cuma sekadar ulangkaji dan motivasi. 

#solat berjemaah di rumah sendiri atau di mana mana sama ke dengan jemaah di rumah Allah

Itu satu soalan yang sangat bagus, terutama di dalam suasana hari raya di mana kita semua berkumpul ber sama keluarga di rumah.

Dari segi pahala asas ber jemaah, kedua duanya mem berikan gandaan pahala yg  besar 27 darjah berbanding dengan solat bersendirian. Berjemaah di ruang rumah bersama isteri, anak, atau ahli keluarga akan tetap mendapat ganjaran 27 kali ganda berbanding solat bersendirian. Walau bagai manapun, perbezaan dari segi kelebihan tempat dan fadhilat:

* Keutamaan Masjid atau Surau: Bagi lelaki khusus nya, solat berjemaah di masjid ada kelebihan yang lebih tinggi. Selain pahala jemaah, kita akan mendapat pahala melangkah menuju ke masjid, pahala iktikaf, doa para malaikat. Masjid dianggap "Rumah Allah" yg  ada keberkatan khusus. 
* Berjemaah di Rumah: Sangat baik untuk meng hidupkan suasana ibadah dalam keluarga dan men didik anak anak. Jika ada kekangan untuk ke masjid (seperti menjaga tetamu atau jarak yang jauh), solat berjemaah di rumah tetap sah dan mendapat gandaan pahala jemaah 
* Kesamaan: Dari segi syarat sah solat dan rukun, kedua duanya adalah sama. Membezakannya hanyalah "bonus" pahala tambahan yang ada di masjid.
* Situasi Rumah Lebih Baik: Solat di rumah diboleh kan atau lebih baik dalam keadaan uzur (sakit, hujan lebat), atau untuk solat sunat (seperti tahajud, tarawih) agar rumah tidak jadi kubur.

Ringkasnya, solat di mana mana secara berjemaah adalah jauh lebih baik daripada solat sendirian, namun masjid tetap men jadi tempat yang paling utama (afdal). Walaupun berjemaah dirumah sudah memadai kerana menyamai, berusaha ke masjid untuk solat fardu adalah lebih afdal. Masjid menawarkan kelebihan tempat yang suci, silaturrahim, dan juga syiar Islam, manakala rumah pula sesuai untuk pendidikan keluarga.

Dari Riwayat Abu Daud (554); Nabi SAW pernah menyebut : ” Solat seorang lelaki bersama lelaki yang lain lebih elok dari solat secara bersendirian. Dan solatnya bersama dua orang lelaki lebih elok dari solat bersama seorang lelaki. Dan lebih banyak itulah yang paling disukai oleh Allah SWT.” 

Dari Riwayat AlBukhari (731): “ Wahai manusia solatlah (solat nafilah) di rumah kalian. Sesungguh nya sebaik baik solat sunat bagi seseorang adalah di rumahnya kecuali solat fardhu.” Syarahan AlHafiz Ibnu Hajar AlAsqalani yang dimaksudkan adalah solat lima waktu perlu di diri kan di masjid.

Semoga Allah swt beri kita kekuatan untuk sentiasa hadir menunaikan solat berjemaah di masjid walau pun di musim perayaan. 

Wallahu’alam.

#Akhirulkalam 

Tulisan diatas tertuju khas terutamanya kepada diri ini sendiri bilamana semalam sesampai di rumah selepas beraya di rumah kakak di PJ : azan asar pula sedang berkumandang. Tapi buat keputusan bersolat dengan anak anak sebab nak rehat sebelum gerak ke kluang malamnya. Semoga Allah maafkan kami, dan pada masa yang sama Allah terima solat jemaah di rumah itu. 

Semoga ini menjadi tanda iman yang hidup. Perasaan  penyesalan (al nadam) 

ASTAGHFIRULLAH! 

Hati yang lembut adalah anugerah. Jangan biarkan ia membawa rebah, biarlah ia bawa lebih dekat kepada sejadah.

Selamat berhari raya; semua masih dalam cuti. 

Barakallahufikum
Wallahualam 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*22 March 2026*

Comments

Popular posts from this blog