Rabu
*NCS @ 5 SYAWAL 1447 H*
* Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanafaat.
* 2.9 juta kenderaan memasuki Lembah Klang hari ini. Bagaiamana nak jaga solat dalam jemm krengg?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam hari ke 5 Ramadhan; saat jalan balik ke Kuala Lumpur di tahap maximum jem kreengnya. Dari satu sumber, Pihak berkuasa lebuh raya (LLM) menjang kakan sebanyak 2.9 juta kenderaan akan memasuki Lembah Klang hari ini, dan kesesakan dijangka mula seawal tengah hari hingga lewat malam.
Selamat pulang!
Tenanglah wahai si sang penggembara jalan darat pulang ke kota. Rancanglah perjalananan mengambil kira ibadah sekali. Elakkan terlepas waktu solat akibat kesesakan. Sentiasa sedia kan botol air berwuduk atau gunakan tayamum jika air tiada keadaan mendesak.
Selak website ulangkaji tayamum.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Alhamdulillah. Semalam sehari di KB penuh dengan aktiviti menjemput pahala: belanja makan makan dari pagi sehingga ke malam bersama sedara mara dan kawan sekolah. Dalam pada itu, mana2 kawan kawan yang dah balik, ikut jalan darat, dan sudah sampai ke Kuala Lumpur merungut berdepan jem sehingga 15 jam memandu. Teringat lah pula hari ini, hari dijangka kan maximum kesesakan. Kerana Solat fardu tidak boleh ditinggalkan dengan sengaja walau dalam 'jem', pagi ini kongsikan beberapa nota dari penggembara di musim perayaan. Moga ada manafaat.
#Solat wajib ketika jem dalam kereta.
Solat fardu adalah wajib, dalam apa jua keadaan, tapi ada lah tertibnya nak diikuti jika terperangkap di dalam kesesakan melampau (jem) menuju ke Kuala Lumpur. Solat di dalam kenderaan adalah pilihan terakhir.
1. Keutamaan: Berhenti di R&R atau Stesen Minyak
Jika masih ada ruang untuk menyimpang keluar ke tol, stesen minyak, atau hentian sebelah, ia wajib berusaha untuk solat dengan secara sempurna (berdiri meng hadap kiblat).
2. Jika Waktu Hampir Habis (Darurat Jem)
Sekiranya trafik total stand still dan waktu solat hampir tamat (contoh: Maghrib nak masuk Isyak) tapinya masih jauh dari susur keluar:
* Niat dan Takbir: boleh solat dalam keadaan duduk di tempat duduk pemandu atau penumpang.
* Kiblat: Sebaiknya pusing kan badan sedikit ke arah kiblat semasa Takbiratul Ihram jika arah jalan tidak menghadap kiblat. Jika mustahil (kerana dalam memandu), solatlah ikut arah kenderaan.
* Pergerakan: Lakukan rukun dengan isyarat tunduk kepala. Tunduk untuk Sujud mestilah lebih rendah daripada tunduk untuk Rukuk.
* Wuduk: Guna air botol (cukup sekadar mem basuh anggota wajib) atau boleh jer semburan spray.
3. Solat Hormat Waktu
Jika kena solat juga dalam kereta tanpa wuduk yang sempurna atau tak hadap kiblat kerana darurat, ada sebahagian ulama keluar kan pendapat ia adalah Solat Hormat Waktu. Perlu mengulangi (qada) solat tersebut apabila sudah sampai ke destinasi atau di kawasan yang memboleh kan solat sempurna.
Tips Musafir: Gunakan lah kemudahan Jamak Takhir (himpunkan Zohor ke Asar, Maghrib ke Isyak): memberi ruang masa lebih panjang sambil merancang mencari tempat berhenti yang lebih selesa.
Situasi terperangkap dalam jem sebenarnya menguji keutamaan seorang Muslim dalam solat. Islam tidaklah menuntut kesempurnaan mutlak bila dalam keadaan darurat, tetapi menuntut kesungguhan menjaga hubungan dengan Allah walau dalam keterbatasan.
Rasulullah saw: “Sedekat dekat seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia sujud.” (Muslim)
Walau sujud hanya dengan isyarat di dalam kereta, nilai kehambaan dan ketaatan tetap sampai kepada Allah swt. In shaa Allah.
Keindahan fiqh Islam men didik umat islam beribadah dengan hikmah dan juga penuh kefahaman.
Rancanglah demi kerana Nya…. 💕
#Akhirulkalam
Jangan lupa untuk berdoa sebelum memula kan akan perjalanan kerana ini antara amalan terpaling mustajab bagi yang dalam perjalanan. Jangan pun juga berhenti berdoa berzikir sepanjang perjalanan; berkaroake lah dengan irama dan lirik yang ingatkan kita pada Nya.
In shaa Allah tahun ini saya akan balik ke KL mengguna kan jalan udara. Kapal AK di jam 7 pm, merentasi awan KB ke awan KL. Dan In shaa Allah akan tiba pada jam 8 malam esok.
Semoga urusan perjalanan kita semua dipermudahkan, dan semuanya dikurniakan kesabaran yang tinggi, juga dilindungi dari apa pun jua kesulitan di sepanjang nya perjalanan pulang ke kota esok.
Selamat memandu dengan cermat. Biar lambat, asal selamat sampai ke rumah.
Moga raya kali ini jadi ibadah.🌹
Barakallahufikum
Wallahualam
Wassalam
*#Copyright © by: Ncs68*
*25 March 2026*

Comments
Post a Comment