Jumaat







*NCS @ 7 SYAWAL 1447*
* Tetaplah memberi kan peringatan, peringatan itu bermanafaat
* TERIMAKASIH SC22 dan DDH
* Kenapa perlu membaca surah kahfi paling tidak pun 10 ayat pertama/terakhir.

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam seminggu syawal. Masih di sini kita semua ditempat sama, sentiasa bersama dengan Nya. Cuma berbeza masa. Meskipun masa berputar; keadaan sering berubah, hakikatnya kita sentiasa berada di bawah naungan kasih sayang pengawasan Nya yang ini tidak pernah berubah. Kebersamaan dengan Nya itulah yang memberi makna pada setiap detik yang kita lalui, walau di mana pun kita berada. Semoga semangat Syawal ini terus membawa ketenangan dan keberkatan dalam setiap langkah. 

Selamat menyambut baki Syawal yang indah ini. 

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْ

Alhamdulillah. Semalam sudah mula kembali subuh berjemaah di surau Al Amin BTHO. Kembali lah mengisi tabung surau nya segenap subuh jadi sedekah subuh yang tidaklah banyak tapi istiqomah. Awal pagi nya, semalam pun dah mula jalan golf 9 lubang, sambil minum dgn teman teman Kelab IGC berbicara cerita AidilFitri. Kesinambungan, terus ke senja. Sempat kami ber tiga berjemaah maghrib di surau Kelab, dendangkan 10 ayat kahfi yang pertama selaku imam, semoga ada lah jua nanti pendiding dari dajjal kalau tidak untuk kita, mungkin untuk anak cucu. Berwirid berzikir di hujung solat kami bertiga, di akhiri doa sejahtera buat islam di seluruh jagat dari penjahat zionist. Di tutup pula semua dengan selawat buat nabi saw dan bersalam sesama. Usai makan malam, temani zaujah dan anakda berbuka puasa di Restaurant Family Western, terus ke masjid saujana prima. Sayangnya, masih lagi terlepas kulliyah dan tertinggal lagi al mulk. 
Semoga Allah bantu untuk ada kan peluang untuk itu esok kerna sudah seminggu terlepas majlis ilmu secara tallaqi. Yang ada hanya lah ilmu melalui media massa. 

Terima kasih abg saufi dan Dato Dr Hashim sudi temani borak manafaat di terrace: menunggu maghrib dan berjemaah bersama. 

Sempena Jumaat yang mulia ini, nak korek sedikit tentang hebatnya dajjal. Kenapa kita perlu berdoa dihindari bertemu nya dan beramal membaca surah kahfi paling tidak 10 ayat pertama dan terakhir. 

#Apa hebat nya dajjal

Dajjal; fitnah (ujian) yang paling besar dalam sejarah manusia kerana kelebihan nya yang luar biasa menguji iman seseorang. Kehebatan nya bukan lah bermaksud kemuliaan, tetapi kekuatan manipulasi dan sihir yang diberikan Allah sebagai ujian akhir zaman.

* Mengawal Alam Semulajadi: Dia mampu memerintahkan langit untuk menurunkan hujan dan bumi menumbuhkan tanaman di kawasan yang meng ikutinya. Sebaliknya, kawasan yang menolaknya akan meng alami kemarau panjang.
* Kekayaan Melimpah Ruah: Dajjal boleh menge luarkan harta karun dari dalam bumi. Sesiapa yang menjadi pengikutnya akan hidup dalam kemewahan dunia yang sementara.
* Syurga dan Neraka Palsu: Dia membawa sesuatu kelihatan seperti syurga (air yang sejuk) dan neraka (api yg membakar). Hakikatnya, "syurga" Dajjal adalah neraka; "neraka" Dajjal adalah syurga Allah.
* Menghidupkan Orang Mati (Sihir): Dengan  di bantu syaitan menyerupai rupa manusia, Dajjal boleh berpura2 menghidupkan ibu bapa seseorang yang telah mati yakinkan orang tersebut bahawa dia adalah tuhan.
* Kepantasan Bergerak: Dia mampu bergerak di atas muka bumi dengan sangat pantas, "seperti awan ditiup angin," membolehkannya menyesatkan ramai orang dalam masa yang singkat.

Walau begitu, kehebatan nya terbatas; dia tak boleh masuk dua kota yang suci ; Makkah dan juga Madinah kerana dikawal ketat oleh para malaikat.

#Kenapa kita perlu berdoa dihindari bertemu nya 

Kerana kekuatan fitnah (ujian) Dajjal yang sangat luar biasa sehingga boleh menggoyahkan iman orang yang paling alim sekalipun. Berdoa dihindari bertemu Dajjal adalah tanda nya kita merendah diri. Ulama juga berpesan, jangan sesekali rasa yakin iman kita cukup kuat berdepan dengannya. Sesiapa mendengar berita kedatangan Dajjal disaran kan untuk menjauhkan diri, bukan pergi mencabar.

#kenapa perlu membaca surah kahfi paling tidak pun 10 ayat pertama/terakhir. 

* Rasulullah saw pun ada  menyebut bahawa 10 ayat pertama (atau terakhir) Surah AlKahfi berfungsi sebagai perisai. Ia mem berikan kekuatan rohani supaya hati kita ini tidak terpedaya dengan sihir dan kemewahan palsu yang dibawa Dajjal.
* Cahaya Penunjuk Jalan: Surah ini memberi "cahaya" (nur) yang membolehkan mata hati kita ini melihat hakikat kebenaran. Tanpa cahaya ini, manusia akan hanya nampak "kehebatan" zahir Dajjal dan akan mudah tertipu menyangka dia ada lah tuhan.
* Kaitan Pengajaran dalam Surah: Dalam surah AlKahfi ada 4 kisah besar (Ashabul Kahfi, pemilik kebun, Nabi Musa dan Khidir, dan juga  Zulkarnain) yang mengajar kita cara menghadapi ujian agama, harta, ilmu, kuasa. Inilah empat perkara yang akan dimanipulasi Dajjal.

ALLAHUAKBAR!!! 

Ringkasnya, kita beramal bukan kerana takut pada Dajjal, tetapi kerana kita takut kehilangan iman kepada Allah saat fitnah itu tiba.

#Akhirulkalam 
 
Percaya atau tidak, melihat kepada pergerakan masa, dan peristiwa yang berlaku mutaakhir ini, kiamat sudah “just around the corner”. Cuma “Kona” yang mana bukan dalam ilmu kita tapi dalam bayangan diberi nabi saw. Buka mata hati jangan lah jadi sombong.

Kesombongan adalah pintu masuk paling mudah bagi fitnah Dajjal. Sifat rasa diri cukup kuat, cukup berilmu, cukup beriman inilah yang sering kali membuatkan sang manusia terleka dari pada mohon perlindungan Allah.

BUANG HAKIKAT KEAKUAN! 

Jangan pandang rendah pada amalan kecil seperti membaca Surah Al Kahfi atau berdoa dalam solat, kerana itulah "tali hayat" yang menghubungkan kita dengan “roh” penjagaan Allah.

Selamat berhari Jumaat. 7 Syawal dah ooo.. jap lagi 2026 tamat. 

Barakallahufikum
Wallahualam 
Wassalam


#https://youtube.com/shorts/fI8irFrxZkE?si=5cSWXCJy_TOPXEma
*#Copyright © by: Ncs68*
*27 March 2026*

Comments

Popular posts from this blog