Sabtu 
8 Syawal 1447H


Surau AlAmin.

*NCS @ 8 SYAWAL 1447 H* - Tetaplah memberi peringatan, peringatan itu bermanafaat ~ notabuatdiri

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berlalulah seminggu sudah Syawal, apa yang berbaki untuk kita.  Yang tinggal adalah kenangan manis kebersamaan, semoga mengeratkan silaturahim yang terputus, peluang menyambung ibadah puasa sunat enam. Kita jenguk jenguk lah diri, kiranya ini dah masa menilai kejayaan diri dalam kekalkan disiplin Ramadan, merasai suatu kemenangan lawan hawa nafsu, juga hargai insan tersayang yang masih ada. Yang pasti kekal: kehidupan hendak di terus kan; setia kepada Allah dan Islam, dalam berdepan dengan manusia, dunia, nafsu, jua syaitan. Masjid surau pun sudah tak seriuh ramadhan. 

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْ

Masa berlalu, apa yang kita ada dulu pasti akan hilang di bawa waktu; dalam pada mengejar ke depan kita kan diganti dengan benda baru, tidak bermakna kita dapat benda baru kita lupa benda lama. Hari ni kita sedar yang hilang dulu hanya menjadi kenangan di masa depan nya; namun, yang baru kita perlu hargai sampai masa ia hilang..

Dengan ilmu tauhid.  Kita akan faham. Hakikatnya kita berjalan seorang diri saja di Dunia ini. Kita berjalan men jalani hidup ini sebenar nya seorang diri sahaja. Hanya bertemankan Iman dan juga ihsan Allah swt kepada kita.  Dengan ihsan dan kasih jua sayang Nya Allah kurniakan peneman untuk menjalani hidup.  Pasangan, ibu bapa, adik beradik, anak anak, sahabat dan sekeliling kita.  Hakikatnya mereka tidak kekal. Meninggal, hilang atau pergi dari sisi kita dengan macam macam  cara.  Oleh itu, hiduplah kerana Allah. Berbuat baik kerana Allah. Berihsan sesama manusia kerana Allah. Berkasih sayang kerana Allah. Kerana hanya dengan Allah kita takkan merasa sakit dengan apa juga yang datang dan pergi dalam hidup kita. Dunia ini hanya ada Allah dan kita. Satu hari nanti kita juga akan hilang dari dunia ini menuju pada Dia. 

Tauhid lah yang mengEsa kan Allah. Tauhid yang tidak takut kehilangan apa apa selain kehilangan Allah swt. Tauhid bergantung segala nya baik dan buruk adalah kurniaan Allah. Tauhid itulah berserah diri kepada Allah. Kepada Dialah pemilik pada segala apa di Dunia. Bukan diri kita bukan juga manusia lainnya. 

Orang sayang kita, syukur Alhamdulillah. Dan orang tinggalkan kita pun juga Alhamdulillah.
 
Biar hilang manusia atau segalanya. Jangan hilang jiwa yang merasa cukup dgn rasa cinta kepada Allah yang Esa. 

Allahuakbar

Begitulah hidup, semuanya hanya pinjaman miskin kaya semua sama je; Hayati lah satu pengertian ; HAKIKAT
Matlamat seorang hamba Nya hanya mentauhidkan Allah.

#Akhirulkalam 

Alhamdulillah. Semalam sudah dapat duduk balik di ruang surau al amin BTHO mendengar kulliyah ustaz Fairuz. Usai isya, sempat duduk bertanyakan tentang satu doa untuk ibu bapa. Sempat juga ustaz  meng
”ijazah”kannya pada saya.
Jazakallahkhair ustaz. In shaa Allah nanti saya share. Ustaz tu tengah fokus nak habiskan bab Marah dari kitab Imam Ghazali, malam tadi ada di catat notanya, juga akan di share nanti.

Terlanjur bercerita tentang raya, terpelanting keluar dari kepala satu kupasan: jangan lupa lak Hari Raya sebenar orang mukmin ada lah bila dah selamat turun dari titian sirat, melangkah kaki ke syurga bersama dgn semua ahli keluarga yang di  sayangi di akhirat nanti lepas selesai ujian dunia dan berpenat lelah beramal ibadah. Di syurga tu setiap hari adalah hari raya boleh makan dan minum puas2, tidak perlu risau terkena penyakit yang kronik tiga serangkai, tak perlu risau berat badan naik, boleh melaram pakai bju baru tiap hari, boleh je rentas negeri kesana kesini jumpa kawan lama kita, beraya ke Istana atuk nenek kita, beraya ke Istana ibu ayah kita dan sepupu sepapat kita, tidak ada lagi hidup dibawah pemimpian khianat dan menyusahkn, tidak ada lagi hidup di dalam ketakutan kerana pncuri atau bencana alam, tidak ada gangguan syaitan, tidak ada wabak pnyakit. Yang penting nya, disana sentiasanya kekal bahagia 'happily ever after' dan dah tak ada lagi yang namanya kematian dan tak de lagi perpisahan dengan orang yang kita sayang. 

MasyaAllah itulah dia negeri halaman moyang Adam dan Hawa ‘dilahir kan’; negeri ini lah "masa depan" sebenar orang mukmin, asalkan kita sentiasa taat pada printah Allah dan Rasul;  berpegang teguh pada sunnah Baginda saw dan jangan mnsyirikan Allah. Itulah sebenar kunci semua kembali ke halaman kita di negeri akhirat kekal abadi dan hanya ada dua negeri tempatnya  kembali ummat manusia samada negeri orang orang yang celaka atau negeri orang yang berbahagia.

Bayangkanlah…
#https://youtu.be/kZf4nI2S9jM?si=9oQUeU0O7xAvkBlG

Barakallahufikum
Wallahualam 
Wassalam

*#Copyright © by: Ncs68*
*28 March 2026*

Comments

Popular posts from this blog